30 Disember 2017

Nabi Sulaiman

Nama sebenar: Sulaiman Bin Daud Bin Isya Bin Uwaibit Bin Boaz Bin Salmun Bin Hasyon Bin Aminabat Bin Aram Bin Hasyrun Bin Farish Bin Yahuza Bin Yaacob.

Anak perempuan Aminabat, isteri kepada Nabi Harun.

Hidup 100 tahun. 1063 - 963 SM (Sebelum Masihi)

Kahwin dengan Ratu Negeri Saba' ,Puteri Balqis.

Memerintah manusia, jin dan haiwan. Tahu bahasa burung dan semut seperti cerita dalam Al-Quran.

Rekod sejarah mendapati wujud seorang ratu yang tinggal di wilayah Saba antara 1000 -950 SM dan telah merantau ke utara (Baitul Maqdis).

Ketika zaman pemerintahan Nabi Sulaiman, orang melakukan sihir dihukum mati. Kitab sihir dikumpulkan dalam istana bawah tanah. Jika kita tengok filem 'The Nasional Treasure'. Filem ini berakhir dengan penemuan emas. Hakikat sebenarnya mereka jumpa buku sihir. Inilah mungkin punca Yahudi Zionis perlukan Baitul Maqdis.

Surah An-Naml ayat 15 - 44:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Daud dan Sulaiman dan kedua-duanya berkata: Segala kepujian terpulang kepada Allah yang telah melebihkan kami di atas kebanyakan para hambanya yang beriman"

"Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia  berkata: Wahai manusia! kami telah diajarq ilmu bahasa burung dan kami telah dikurniakan segala sesuatu. Sesungguhnya pemberian ini adalah limpah kurnia Allah yang amat nyata"

"Dan untuk Sulaiman dihimpunksn tenteranya dari jin, manusia dan burung dan mereka diatur dalam barisan yang rapi"

"Sehingga apabila mereka tiba di lembah semut, berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut! Masuklah ke sarang kamu masing-masing supaya kamu tidak dipijak Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak sedar"

"Lalu dia tersenyum dan ketawa kerana mendengar perkataannya dan berdoa: Wahai Tuhanku! Tumpukan diriku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau kurniakannya kepadaku dan kepada kedua ibubapaku dan supaya aku mengerjakan amalan soleh yang diredhaiMu dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh"

"Dan kemudian dia memeriksa burung-burung, lalu dia berkata: Mengapa aku tidak nampak hud-hud? Adakah dia termasuk kumpulan yang tidak hadir?"

"Sesungguhnya aku akan azabkannya dengan azab yang berat atau aku akan sembelihkannya atau dia membawa alasan yang terang kepadaku"

"Tidak lama kemudian, (datanglah hudhud) lalu berkata : Saya telah mengetahui apa yang anda tidak tahu dan saya datang kepada anda dari negeri Saba, membawa berita yang diyakini kebenarannya."

"Sesungguhnya saya dapati di sana ada seorang raja perempuan memerintah mereka. Dia telah dikurniakan segala sesuatu dan dia mempunyai singgahsana yang besar."

"Saya dapati dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah. Syaitan telah mendandankan perbuatan-perbuatan mereka  (yang keji) dan menghalang mereka tidak mendapat hidayah."

"(Tujuan syaitan berbuat demikian)  supaya mereka tidak menyembah Allah yang berkuasa melahirkan segala sesuatu yang tersembunyi di langut dan di bumi dan mengetahui segala apa yang disembunyikan kamu dan segala apa yang dinyatakan oleh kamu"

" Allah, tiada tuhan yang lain melainkan Diam Tuhan yang memiliki 'Arasy yang besar"

"Ujar Sulaiman : kami akan lihat apakah engkau benar atau engkau termasuk dalam golongan mereka yang berbohong"

Selepas mendengar berita itu, Nabi Sulaiman telah mengeluarkan perintah dibawah kepada hudhud.

"Pergilah engkau membawa suratku ini dan campakkannya kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka dan lihatlah apakah yang dibicarakan merekan."

Sejurus itu, Al-Quran menerangkan kejadian yang berlaku apabila Ratu Balqis menerima surat tersebut.

"Berkatalah (Ratu Balqis) : Wahai sekalian pembesar! Sesungguhnya ada sepucuk surat yang mulia telah dicampakkan kepadaku"

"Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman dan isi kandungannya ialah Bismillahir Rahmanir Rahim"

"Janganlah kamu bersikap angkuh terhadapku dan datanglah kamu kepadaku sebagai Muslimin (orang-orang yang menyerah diri kepada Allah)"

"Berkatalah (Ratu Balqis): Wahai para pembesar! Berilah kepadaku pendapat kamu terhadap urusanku ini. Aku tidak pernah membuat sesuatu keputusan sehingga kamu datang bermesyuarat denganku"

"Jawab mereka: Kita adalah umat yang kuat dan gagah berani. Keputusan berada di tangan anda. Oleh itu, fikirkanlah apa yang anda hendak perintahkan."

"Berkatalah (Ratu Balqis): Sesungguhnya adat raja-raja itu, apabila mereka memasuki sesebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduk-penduduknya yanb mulia hina dina. Dan begitulah pula mereka akan lakukan (terhadap negeri kita)."

" Dan sesungguhnya aku akan menghantar utusan membawa hadiah kepada mereka dan aku akan menunggu apakah yang akan dibawa balij oleh utusan-utusan itu"

"Apabila utusan itu datang menemui Sulaiman, dia pun berkata: Apakah kamu mahu menghulurkan harta kekayaan kepadaku, sedangkan apa yanb dikurniakan Allah kepadaku adalah lebih baik dari segala apa yanv dikurniakan kepada kamu, malah kamulah sahaja yang bergembira dengan hadiah kamu ini,"

" Pulanglah sahaja kepada mereka, sesungguhnya kami akan menyerang mereka dengan bala tentera yang tidam mampu ditentang mereka dan kami akan mengusir mereka keluar dari negeri Saba' dengan keadaan hina dina dan mereka akan tundum patuh"

"Berkatalah Sulaiman: Wahai para pembesar! Siapakah di antara kamu yang boleh bawa ke mari singgahsananya (Balqis) sebelum mereka datang sebagai Muslimin?"

"Berkatalah ifrit dikalangan jin: saya sanggup membawa sinhgahsana itu sebelum anda bangkit dari tempat duduk anda. Sesungguhnya aku adalah yang gagah membawanya lagi amanah"

"Lalu berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab / Zabur: Saya sanggup membawa singgahsan itu sebelum mata anda berkelip. Kemudian apabila Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, dia pun berkata: Ini adalah limpah kurnia Tuhanku untuk mencubaku sama ada aku bersyukur kepadaNya atau kufurkan nikmatNya. Dan barangsiapa bersyukurm maka sebenarnya ia bersyukur untuk kebaikan  dirinya dan barangsiapa yang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya dan Maha Pemurah."

"Berkatalah Sulaiman: Ubahlah singgahsananya itu supaya kita dapat melihat sama ada dia dapat mengenali singgahsananya atau dia termasuk dalam golongan  orang-orang yang tidak mengenalinya"

"Apabila Balqis tiba, dia bertanya: Apakah singgahsana anda seperti ini? Dia pun menjawab: Ya, seakan-akan singgahsana ini, dan kami telahpun dikurniakan ilmu sebelum ini dan kami menjadi golongan Muslimin."

"Dan yang telah menghalangnya dari beriman selama ini ialah amalannya yang menyembah tuhan yang lain dari Allah. Sesungguhnya dia dahulu adalah dari golongan orang-orang yang kafir"

Zaman Nabi Sulaiman telah memiliki teknologi yang maju. Di dalam istananya dihiasi hasil-hasil seni yang menarik dan objek-objek lain bernilai
Sesiapa sahaja yang melawat akan kagum melihat keindahan ini. Lantai di pintu masuk istana diperbuat dari kaca.

" Lalu dikatakan kepadanya: Silakan masuk ke dalam istana. Apabila dia melihat lantai istana itu, dia menyangka sebuah kolam air lalu dia menyingsingkan kedua betisnya. Sulaiman berkata: Sesungguhnya istana ini diperbuat dengan cara yang halus dari bahan kaca. Lalu Balqis berkata: Wahai tuhanku! Sesungguhnya aku telah menganiyai diriku sendiri dan aku telah menyerahkan diriku bersama Sulaiman kepada Allah ,Tuhan semesta alam"

Kisah Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman merupakan sejarah terpenting bagi Bani Israel

SUMBER :

1. TAFSIR FI ZILALIL QURAN diterjemahkan oleh Dato' Yusof Zaky Hj. Yaacob. Jilid 7.

2. Ceramah Youtube dari Ustaz Auni Mohamad

3. Buku Kaum-kaum Yang Pupus oleh Harun Yahya.

26 November 2017

Pengenalan Siapa Yahudi

Bukan mudah mencari maklumat sekarang walaupun dunia serba moden. Tidak tahu sama ada benar atau salah, kita perlu cari lagi maklumat ini. Kali ini, aku cuba tulis apa yang difahami dari sumber pembacaanku yang dahulu, dirungkai oleh Ustaz Auni dan ditambah dengan maklumat dari sumber internet lain. Jangan percaya! Cuba nilai dan lengkapkan lagi maklumat yang aku perolehi berdasarkan kefahamanku sendiri. Jika salah tolong betul berdasarkan hujjah yang kukuh. Ini sahaja kemampuanku.



Yahudi sekarang mungkin berbeza dengan Yahudi ketika zaman Para Nabi. Pada pandangan mata kita, mereka genius. Mereka mengusai pasaran dan ekonomi dunia. Mereka mencipta makan 'fastfood' untuk non-Yahudi. Sedangkan mereka mengamalkan pemakanan sunnah dalam kehidupan keluarga mereka. Mereka makan susu kambing, kismis, kurma, madu dan banyak lagi. Kita disediakan air 'coco cola' yang boleh cuci tandas. Bila kita minum, apa akan jadi kepada usus kita. Pasti sesuci 'jamban' yang dijirus dengan air itu.

Nabi Ibrahim (Abu Anbiya'- Bapa Para Nabi dan Rasul)

Sebelum ini, aku hanya tahu , Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri dan anaknya adalah Ishak dan Ismail. Apabila mendengar ceramah dari Ustaz Auni, beliau menyatakan Nabi Ibrahim mempunyai 4 orang isteri.

Isteri pertama adalah Sarah. Isteri kedua adalah Hajar. Apabila Sarah mandul, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar atas permintaan Sarah. Hajar muda dan melahirkan seorang anak, iaitu Ismail. Kemudian ditinggalkan di padang pasir yang sekarang dikenali sebgai Mekkah. Dari keturunan Nabi Ismail inilah, lahirnya Nabi Muhammad S.A.W.

Sarah dalam usia 90 tahun mengandung dan melahirkan seorang zuriat yang diberi nama Ishak. Dalam Bahasa Arab dari kalimah "Yadhak" (يضحك) membawa maksud tertawa. Mungkin dalam usia 90 tahun dan mandul mana mungkin beliau ada anak.

Beza usia Ishak dan Ismail adalah 14 tahun.

Isteri ketiga Nabi Ibrahim adalah Qantura (قنطرا بنت يقطن) . Lahir dari rahim Qantura adalah Zimran (زمران), Yukhshan (يقشان) , Madam (مادان) , Madyan (مدين), Nasyik (نشق ) dan Siraj (سرج). Dari Qantura ini lahir Bani Jawi. Dalam kepala aku, adakah orang Melayu ini Bani Jawi? Wallahu a'lam. Mungkin juga Jepun, Korea . Ada juga dikatakan akan lahir dari keturunan ini Al-Mahdi. Bani Jawi yang hilang. Mungkin mereka telah temui. Inilah bangsa yang ditakuti oleh 'Yahudi' sekarang. Ada juga dikatakan bahawa jika ada 'genius' Melayu, mereka akan hancurkan.

Isteri keempat Nabi Ibrahim adalah Haajun (حجون) . Anak dari rahim Haajun adalah Kaison (كيسان), Amim (اميم) , Sawraj (سورج) , Luthon (لوطان)  dan Nafis (نافس) .

Ishak 

Ishak telah berkahwin dengan Rifqah Bin Batuil. Pasangan ini mendapat kembar. Abang diberi nama Aish dan adik diberi nama Yaakub. Nabi Ishak memberi tumpuan lebih kepada Yaakub menyebabkan Ishu selalu merasa iri hari terhadap Yaakub. Oleh itu, Nabi Ishak telah menghantar Yaakub ke tanah asal moyangnya, Faddam A'ram di Iraq. Di sana terdapat bapa saudaranya iaitu Laban atau Laman (Abang kepada Rifqah). Disebabkan adiknya Yaakub tiada, Aish telah merantau ke Rom. Dia digelar Bapa Rom.

Anak Laban ada 2 orang anak perempuan. Kakak nama Laiah dan adiknya, Rahil. Yaakub suka kepada Rahil kerana Rahil ini cantik. Oleh kerana kakaknya belum kahwin, Laban mengahwinkan Yaakub dengan Laiah. Tetapi pasangan ini kelihatan tidak bahagia. Kemudian Laban mengahwinkan Yakub dengan Rahil. Syariat ketika itu, membenarkan perkahwinan dihimpunkan adik dan kakak. Syariat Muhammad atau syariat sekarang tidak membenarkan kecuali kakak telah meninggal dunia atau telah bercerai.

Nabi Ishak telah memanggil pulang Yaakub ke Kan'an atau Palestin. Dalam perjalanan dari Faddam A'ram ke Palestin, Yaakub diberi pembantu kepada Laiya iaitu Zalfah dan pembantu Rahil adalah Balhah. Yaakub telah berkahwin dengan mereka berdua. Oleh itu, Yaakub telah berkahwin empat.

12 Anak Nabi Yaakub

Anak dari rahim Laiya ada 6 orang iaitu, Ruben, Simon, Levi, Yahudza, Isakhar dan Zebulon. Anak dari rahim Rahil adalah Yusuf dan Bunyamin. Anak dari rahim Zalfah adalah Gad dan A'syer. Anak dari rahim Balhah adalah Dan dan Nattali.

Simon atau Syamun ini mempunyai anak lelaki namanya Thalut. Levi, nenek moyang Nabi Isa. Yahudza melahirkan keturunan Nabi Daud, Sulaiman. Bunyamin lahirkan keturunan Nabi Yunus.

Nama mereka seperti dalam filem-filem Inggeris. Nanti kita sama-sama tonton.

Kitab

Kitab yang wajib kita umat Islam percaya adalah;

1) Taurat -Nabi Musa
2) Zabur - Nabi Daud
3) Injil - Nbai Isa
4) Al-Quran - Nabi Muhammad S.A.W

'Old Testament' / perjanjian lama adalah kitab taurat yang telah diubahsuai, ditokok tambah dan dikurangkan isi kandungannya. Mazmur dan Sam (Isi kandungan Zabur) telah ada dalam 'Old Testament' pada bab doa dan syair. 'New Testament' adalah kitab Injil yang telah diubahsuai.

Taurat atau Tanakh adalah undang-undang bertulis. Dalam Tanakh atau Shebikhtar terbahagi kepada 3 iaitu Thora(TA), Nabiin(NA) dan Khetubin (KH). Gabungan 3 kitab ini wujud TANAKH. Kitab Tanakh yang dipegang oleh Yahudi ada 46 kitab. Dalam Taurat ada cerita tentang Safar Musa (5), Safar Sejarah atau Legenda(16), Safar Doa dan Syair(6) , dan Safar Nabi-nabi (19).

Safar Musa
Image result for kitab
gambar hiasan google

1) Book Of Genesis (bab penciptaan dari Adam hingga Nabi Yusuf mati)

2) Book Of Exodus (bab penghijrahan -keluar Mesir menyeberangi Lautan dikejar Fir'aun)

3) Book Of Leviticus ( bab bani levi- kisah Nabi Musa Bin Imran)

4) Book Of Numbers (bab bilangan - N. Musa dan N.Harun kira bilangan Bani Israel yang selamat 603550 orang yang berumur 20 tahun dan ke atas)

5) Book Of Deutronomy (bab perulangan)

*Beza Taurat dan Suhuf Musa.

Allah kurniakan 110 suhuf dan 4 kitab. Pembahagian suhuf ;

1) 10 suhuf kepada Nabi Adam
2) 50 suhuf kepada Nabi Syith
3) 30 suhuf kepada Nabi Idris
4) 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim.
5) 10 suhuf kepada Nabi Musa

10 suhuf nabi Musa atau Ten Commandments turun sebelum Taurat;

1) Jangan sembah selain Allah
2) Jangan buat patung dan berhala
3) Jangan permainkan kalimah dan nama Allah
4) Ingatlah 'Hari Sabas'- Hari Sabtu. Black Sabas. Hari ke-7.Hari Ibadat.
5) Hormatilah hak ibu bapa
6) Jangan membunuh
7) Jangan berzina
8) Jangan mencuri
9) Jangan bersaksi palsu atau tuduhan palsu
10) Jangan ambil hak orang lain dengan cara zalim.

Safar Sejarah

1)Safar Yasukh

"Siapa paling alim?" tanya orang ramai.

"Aku paling alim," Jawab Nabi Musa tanpa fikir panjang.

Allah tempelak dan mengatakan ada hambaku dihujung. Nabi Musa kena bawa ikan. Simbol apa?Ikan hidup dalam air. Hati hidup dengan zikir.

Nabi Yushak Bin Nun Bin Afrad Bin Yusuf (cicit Nabi Yusuf) menemani Nabi Musa pergi mencari Nabi Khaidir. Kisahnya berakhir setelah Nabi Musa berjumpa Nabi Khaidir (dalam Al-Quran). Raja Yushak membawa Bani Israel masuk Palestin selepas kewafatan Nabi Musa.

Ceritanya di SINI

2) Safar Hakim.

Pemerintahan hakim. 12 orang hakim dilantik dari setiap Bani Israel. Safar Fudah' kata 4 kurun perintah. Yang sebenarnya 1 kurun sahaja. Ada juga hakimnya dikalangan perempuan.

3) Safar Raja-raja I
4) Safar Raja-raja II
5) Safar Raja-raja III
6) Safar Raja-raja IV
7) Safar Hari-hari I
8) Safar Hari-hari II
9) Safar Raus -Nenek Nabi Daud sebelah bapa. Daud Bin Isha Bin Uwaibid (Isterinya, Raus)
10) Safar Izra
11) Safar Hernia
12) Safar Tobia
13) Safar Easter - Permaisuri Raja Parsi. Puterinya kahwin dengan panglima yang selamatkan Bani Israel.
14) Safar Yahudids
15) Safar Raja Mukabi I
16) Safar Raja Mukabi II

Safar Doa dan Syair

1) Safar Ayub
2) Safar Muzamir
3) Safar Pujangga
4) Safar himpun
5) Safar Lagu
6) Safar Kesedihan Ernia (Nabi Ernia sedih)

Safar Nabi-nabi.

1) Nabi Ashaia
2) Nabi Armia
3) Nabi Barukh
4) Nabi Ezzakiel
5) Nabi Daniel
6) Nabi Husya'
7) Nabi Yuail
8) Nabi Amus
9) Nabi Oubdia
10) Nabi Yunan
11) Nabi Mikha
12) Nabi Nahum
13) Nabi Hebekuk
14) Nabi Tsofnia
15) Nabi Hijri
16) Nabi Zakaria
17) Nabi Malakhi
18) Safar Hikmah
19) Safar Yasuk Sirakh

Ada lagi Thorakh Shebik A'thar (Undang-undang Lisan). Sila dengar video ustaz Auni.

Yahudi Asli vs Yahudi Hibrik 

Yahudi asli adalah dari kumpulan yang baik. Biasa dari Yahudi Ortodok. Pakai topi panjang;

1) Nature Kartai
2) Agudat Israil

Yahudi Hibrik pula adalah yahudi samar-samar. Mereka inilah Yahudi Zionis. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan, iaitu;

1) Ashkenazim - Nazi Jerman
2) Safardi  - Portugal/ Spain
3) Mizrahi  - Timur Tengah
4) Yow Tai - Kai Feng (keturunan Lee) -China
5) Sassons, Meyer, Cochin - India
6) Black Jews- Afrika

*Siapa 6 juta yahudi dibunuh oleh Hitler dala peristiwa Holocaust?

Mereka adalah yahudi yang beriman kepada taurat yang asli. Mereka tahu tanah Palestin bukan hak mereka kerana kemurkaan Allah. Mereka dibunuh supaya hal sebenar dikuburkan.

Antara nama Yahudi Ashkenazim;

  • Hitler
  • Lenin
  • Karl Mark
  • Stalin
  • Theodore Hertzel- Pengasas Yahudi Zionis
  • Sigmund Frued
  • Bill Gate
  • Golda Melr
  • Anna Frank
1924 Masihi, Yahudi pecahkan negara-negara Islam kepada negara kecil. Mereka tahu orang Arab taksub kepada kumpulan mereka. Apabila pecahkan negara, kekuatan Islam akan berkurangan. Inilah yang menyebabkan Palestin bersendirian walaupun dikelilingi oleh negara Arab. Bagi mereka 'asalkan jangan kacau aku'. Inilah kelebihan Yahudi "Mind Control". Tahun ini juga Turki Uthmaniyyah jatuh dan mereka merancang menubuhkan negara Israel.

1948 Masihi, mereka berjaya masuk Palestin dan menjadikan negara mereka, Israel. Cara mereka adalah menarik simpati negara lain dengan mengatakan orang Israel merempat di beberapa negara di dunia. Cerita peristiwa Holocaust.

Yahudi Mizrahi;
30,000 orang yahudi tinggal di Iran iaitu daerah Isfahan, Tehran dan Hamdan. Akhir zaman 70,000 orang yahudi ini ikut Dajjal. Tehran adalah Pusat Nuklear. Iran merupakan bumi suci Israel selepas Palestin. 

Rumusannya, dalam Islam kita boleh ambil kisah Taurat dan Injil ada persamaan dalam Al-Quran diterima. Kisah Taurat dan Injil tidak sama dengan Al-Quran dan Sunnah ditolak. Kisah Taurat dan Injil tiada dalam Al-Quran dan Sunnah tetapi ada nama orang dan tempat boleh dijadikan ilmu sahaja dan tidak boleh dijadikan hujjah. Perlu diingatkan semula hanya kitab Al-Quran sahaja yang kekal terpelihara. Kitab Taurat, Zabur dan Injil bukan asli lagi.

"JANGAN TERIMA SEPENUHNYA, JANGAN TOLAK SEMUANYA'

Entri terdahulu SINI yang tak sempat buat sambungan.

SUMBER: abidfana, youtube : Ustaz Auni Muhamed, keturunanketurah, wikipedia-yaakub, wikipediataurat, ilmufromquran, wikisuhuf, Kitab Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Kathir dan ditahqiq semula oleh Ahmad Jadd cetakan Darul Hadith, Qaherah, Mesir.

11 November 2017

Allah Sebaik-baik Penjaga

Sejak bulan April, aku telah drive kereta myviku balik kampung. 500 km sehala. Bayangkan 3 kali aku balik.

Awal bulan Nov, aku buat major service di pusat servis perodua. Kali pertama selepas kemalangan bulan 4.

Apa yang mengejutkan, tangki radiator untuk sejukkan enjin tiada. Aku tidak tahu fungsi tangki itu. Selepas dijelaskan oleh pihak perodua, inilah kefahamanku. Jika tiada tangki ini, enjin kereta akan panas melampau.

Terus aku telefon tempat baiki kereta sebelum ini. Tempatnya tidak jauh dari pusat servis perodua. Dia datang tengok. Dia juga hairan. Tak mungkin you tak balik kampung. Takkan you ini kali pertama you servis sejak bulan 4. Itulah kata-kata yang sempat terakam dalam minda terkejutku.

Bila fikir semula secara logik aku akan hadapi masalah dalam perjalanan jauh ini. Allah masih peluang kepadaku untuk terus hidup.

Sejak kemalangan itu, aku selalu ikut pesanan ayah. Baca selawat. Baca doa pelindung ayah bagi.

بسم الله الشي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم 7x

اللهم انت ربي لا اله الا انت عليك توكلتُ وانت رب العرش العظيم،
ما شاء الله كان وَمَا لَم يَكُنْ ،لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم،
بسم الله ذِي الشَّأْنِ ،عظيمِ البُرْهان، شديد السلطان، ما شاء الله، كان اعوذ بالله من الشيطان،
حسبي الله لا اله الا هو عليك توكلتُ، وهو رب العرش العظيم، لا حول ولا قوة الا بالله.

Baca ma'thurat sambil memandu.

Pagi kemalangan berlaku, ayat kursi sangkut. Tak dapat habiskan. Aku buka radio untuk hilangkan perasaan 'tak sedap hati'. Terus kena langgar dari belakang.

Jadi, hati-hati memandu. Allah sebaik-baik pelindung. Allah tahu apa yang kita perlukan.

25 Oktober 2017

Pengiring

Kenapa aku terpilih? sedangkan pelajarku tiada. Ramai lagi guru lain, kenapa aku dipilih? Siapa pilih aku? 'pilih' itu kerja Allah.

Guru pengiring sebahagian kerja yang perlu dilaksanakan. Aku pernah jadi guru pengiring di peringkat sekolah, peringkat daerah dan peringkat negeri.

Suatu ketika, aku baru balik dari perjalanan musafir yang jauh. Hampir 500km. Pada pagi keesokan perlu hadir ke suatu tempat menjadi guru pengiring. Badan panas. Kepala berdenyut. Demam. Boleh sahaja aku ke klinik ambil mc. Tetapi aku tidak suka ke klinik. Ada sebabnya. Paling tidak suka bila kena 'warded'.

Aku teruskan tugas itu bersama pengiring lain. Kata bos "dah sampai di sini, teruskan....".Yang pasti kami berdua sahaja guru pengiring perempuan. Semuanya ada hikmah walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Di sana, aku banyak habiskan masa  mandi dan nikmati air sungai. Sejuk, nyaman dan tenang. Kepalaku pasti merasai kenikmatan itu. Aku tidak berseorangan tetapi bersama guru pengiring lain dan juga jabatan lain. Aku 'join' sesiapa yang turun sungai. Berkenalan dalam air. Mereka sangat 'sporting'.  Rupa-rupanya mereka senior kusza. Rasa kerdil diri ini.

Hampir seminggu juga aku berada di sini. Seolah-olah Allah menghantar diriku untuk berehat. Nak pergi sorang2 memang mustahil. Jumpa juga personaliti tv tetapi aku tidak berminat bersembang lama kerana demam dan suara hilang.

Pengalaman di sana sangat  berharga dan tidak boleh digambarkan dengan mata pena. Inilah pengalaman 2 tahun lepas tetapi rasa baharu sahaja berlaku. Moga perkenalan ketika di sana masih terjalin kukuh. Insya Allah.

23 Oktober 2017

Kem Ulu Yam

Sekolah. Selesaikan pemantauan skpmg2 dan semak soalan. 10.50 pagi bertolak ke spi. 12.45 tengahari bertolak dari spi ke Ulu Yam, Sungai Tua. Lalu Batu Caves dan Selayang. Sampai Kem lebih kurang pukul 3 petang.

Demam. Membataskan pergerakan. Moga peristiwa 2010 tidak berulang lagi.

Jumpa rakan-rakan seguru dari pelbagai negeri. Berkongsi cerita. Mandi manda di Sungai Tua. Sejuk. Hilang rasa panas badan.

Kisah suka duka rakan seguru. Apa yang aku boleh simpulkan,iman seseorang bukan pada penampilannya, panggilan ustaz atau ustazah, haji atau hajjahnya. Iman akhir zaman luar biasa. Luar jangkaan. Menakutkan. Jagalah Allah, pasti Allah menjaga kita.

Peserta di sini kelihatan bagus. Anak yang baik. Anak yang mendengar kata. Kerjasama sepenuhnya. Aku fikir, mereka baru sahaja menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

14 Oktober 2017

Catatan Kuliah: Amalan Ibadat Sunat

uHadis 257 Syamail Muhammadiah

Kelebihan solat sunat.

1. dekat dengan Allah. Allah kasih. Bila kasih, Allah jaga kita.

2. Tampung cacat cela ibadat fardu

3. Tanda syukur.

Qiamullail. Mulakan dengan solat ringkas dahulu. Warm up. Dua rakaat ringan.

Mulakan dengan solat duduk pada umur 60 - an sebelum wafat.

Last dengan solat witir 13 rakaat.

Solat Tahajut Nabi jadikan amalan besar dalam hidup.

Sebagai permulaan, mulakan dengan solat witir 1 rakaat.

Abdul Rahman Bin Auf, semua anaknya periwayat hadis. Banyak sedekah, itulah berkat amalannya.

Saidina Omar, 23 rakaat terawih.

Solat malam مثنى مثنى dua rakaat, dua rakaat. Nabi buat.

1 rakaat nabi baca satu surah al-Baqarah.

Khususiyyat nabi, nabi tidur tapi hatinya tetap jaga.

Saidina Abu Bakar, sebelum tidur laksanakan witir, bimbang tak bangun malam. Kemudian bangun malam pula.

10 Oktober 2017

Batch Terakhir

Kali ini cabaran terakhir buat batch kbsm. Semua pengetahuan dan ilmu dicurahkan. Itulah kemampuan diriku yang dhaif. Merekalah harapan terakhirku untuk batch kbsm.

Melihat mereka yang berhadapan pt3 seolah-olah berhadapan dengan calon SPM.

Siapa cakap guru telah melihat soalan dan disebarkan kepada calon? Siapa cakap mereka jawab tiada keberkatan kerana soalan bocor?

Ya. Aku guru mereka. Aku penanda skrip jawapan mereka. Semua ini telah mengikut etika yang telah ditetapkan sebagaimana SOP.

PT3 adalah penentu mereka ke tingkatan 4. Aliran sains.Aliran Sastera. Sains Agama. Sastera agama. Vokasional. Sekolah biasa. Banyak lagi pilihan. Aku lebih suka mereka ke sekolah agama. Ada suasana agama. Bi'ah agama.

Hari ini, rabu. Hari ketiga mereka menjawab soalan PT3. Pagi, hujan telah mendinginkan suasana. Sejuk. Aku harapkan mereka sihat sejahtera. Esok hari terakhir dan juga kertas mata pelajaranku.

Ada yang mula batuk. Ada yang selsema. Ketabahan mereka teruji. Inilah waktunya jika belajar untuk peperiksaan. Belajar perlu diteruskan. Tiada had. Tiada tempoh.

Semoga mereka tenang dan dipermudahkan urusan menjawab soalan pt3.

03 Oktober 2017

Awak suka saya tak?

Isu remaja diluar jangkaan. Mereka kelihatan matang, tetapi hakikatnya masih kanak-kanak. Media massa seperti FB, IG, Tweet, Wechat, What'Up dan banyak lagi mengundang gejala sosial yang lebih serius. Tahniah buat mereka yang tidak mempunyai akaun tersebut!

Mudahnya mereka berkomunikasi.
Mudahnya mereka menabur fitnah.
Mudahnya mereka dapat maklumat.
Mudahnya mereka mendapat cerita.
Mudahnya mereka mendapat kawan.
Mudahnya mereka sindir menyindir.

Segalanya bertambah mudah. Hanya mempunyai telefon dan talian internet. Semuanya dihujung jari. Benarlah! jari sedang berkata-kata.

Ujian semakin banyak. Belum selesai ujian pertama, masuk ujian kedua. Itulah rutin hidup. Hidup sendiri ada masalah, masih cuba selesaikan masalah orang lain.

Tiada manusia yang sempurna. Tiada manusia impikan neraka. Tiada manusia cita-cita hidup susah. Tiada manusia mahu pegang 'api'.

الدين النصيحة
'Agama itu adalah nasihat'

Jika ada perselisihan faham, cubalah berhadapan 'face to face'. Bercakap. Luahkan. Menangislah. Pastikan ada orang tengah yang dihormati oleh kedua-dua pihak. Jika tidak, akan berlaku tumbuk menumbuk. Lebih parah jika ada 'pengadu domba'.

Maaf atas kekurangan diri ini. Bagai tiada masa untuk kalian.

16 September 2017

Penggunaan Inhaler ketika berpuasa Ramadhan

Soalan:
Saya mengidap penyakit athma. Adakah penggunaan inhaler di siang hari membatalkan puasa saya?

Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda ﷺ.
Pertamanya, ingin kami tegaskan di sini bahawa isu ini adalah isu khilafiyah yang banyak dibincangkan oleh para ulama’ terutamanya dari golongan mu’assirin (semasa). Ini disebabkan perkembangan teknologi perubatan yang mana tidak dibincangkan pada zaman dahulu secara khusus.
Berbalik kepada persoalan di atas, para ulama’ terbahagi kepada dua pendapat:
PERTAMA: IANYA TIDAK MEMBATALKAN PUASA
  1. Penggunaan inhaler di siang hari Ramadhan tidak membatalkan puasa. Ini adalah pendapat sebahagian besar ulama’ seperti al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah, al-Syeikh al-‘Allamah al-Faqeh al-Zaman Muhammad bin Soleh al-‘Uthaymeen Rahimahullah, al-Syeikh Abdullah bin Jibrin, al-Syeikh Dr. Muhammad al-Khayyat, al-Syeikh Dr. Muhammad ‘Uqlah Hafizahullah, al-Syeikh Dr. al-Siddiq al-Darir, al-Syeikh Dr. al-Tantawi, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah. Ianya juga adalah jawapan yang telah diputuskan oleh badan-badan yang berautoriti seperti:
  • Majma’ Fiqh Islami
  • Fatwa Lajnah Daimah
  • Islamic Organization for Medical Science (IOMS)

  1. Perbahasan dalil:
  • Bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyaskepada berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’).

Penjelasan mengenainya adalah seperti berikut:
“Satu alat inhaler mengandungi 10 milimeter cecair, yang mengandungi bahan ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebnyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan, ianya mengeluarkan jumlah yang sangat sedikit iaitu tidak sampai 1 milimeter yang mana ianya juga tidak sampai setitis. Satu titis ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan bahagian yang paling besar memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala bakinya jatuh ke dalam perut. Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, sebagai qiyas kepada air yang terlekat pada tekak hasil berkumur dan istinsyaq. Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak daripada kuantiti semburan inhaler yang memasukinya. Dengan ini, jika seseorang berkumur dengan air yang diperkaya dengan bahan-bahan tertentu (seperti mineral atau vitamin, yang hanya boleh dilihat dibawah sinar-x), sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak berapa lama selepas itu di dalam perut, yang sekaligus membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut, tetapi di dalam kuantiti yang sedikit adalah dimaafkan. Kuantiti sisa air dari berkumur dan istinsyaq tersebut dari segi keyakinannya, sudah tentu melebihi kuantiti semburan inhaler yang memasuki kerongkong, jika diandaikan ia memasuki kerongkong[1].”
  • Masuknya sesuatu ke dalam perut daripada inhaler itu bukanlah sesuatu yang qat’ie (pasti) bahkan ianya diragui. Boleh jadi ianya masuk ke dalam perut dan ianya tidak. Maka yang asalnya adalah tidak batal puasanya dan tidak pula puasanya itu rosak dan yakin itu tidak akan hilang dengan adanya syak.
  • Semburan inhaler itu bukanlah seperti makanan atau minuman. Bahkan ianya seperti pengambilan darah untuk ujian klinikal dan suntikan yang tidak mengandungi bahan bergizi (nutritive).[2]
  • Adapun inhaler, bahan semburan tersebut akan keluar dalam bentuk wap dan tidak sampai ke perut sebaliknya hanya sampai ke ruang di dalam paru-paru sahaja.[3]
  • Pakar-pakar perubatan memperakui penggunaan siwak (kayu sugi) mengandungi lapan jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak. Di dalam Sahih al-Bukhari ada menyebutkan daripada ‘Amir bin Rabi’ah: “Aku telah melihat Rasulullah  bersiwak dan beliau sedang berpuasa dengan bilangan yang tidak dapat dihitung[4].
Sekiranya, bahan-bahan kimia yang termasuk ke dalam  tekak ini (melalui bersiwak) dimaafkan, kerana kuantitinya yang sedikit dan tidak disengajakan begitulah juganya keadaan penggunaan inhaler yang mana memasuki tekak, maka ianya juga dimaafkan.

KEDUA: IANYA MEMBATALKAN PUASA
  1. Penggunaan inhaler membatalkan puasa. Maka tidak boleh mengambilnya di siang hari Ramadhan kecuali sekiranya sakit dan berhajat kepadanya. Oleh itu, dia boleh berbuka dan menggantikannya pada waktu yang lain. Ianya adalah pendapat dari al-Syeikh Dr. Fadhl Hasan ‘Abbas, al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Sulami, Dr. Muhammad Alfai, al-Syeikh Taqiyuddin al-‘Uthmani dan al-Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli.

  1. Perbahasan dalil:

  • Bahan-bahan yang terdapat di dalam inhaler akan sampai ke dalam perut melalui mulut. Oleh itu, ianya dianggap membatalkan puasa.
Namun alasan ini boleh dijawab berdasarkan jawapan pertama bagi pendapat yang mengatakan tidak batal puasa menggunakan inhaler pada siang hari di bulan Ramadhan.
Tidak ada (setakat pengetahuan kami) dalil yang lain melainkan alasan ini. Wallahu a’lam.

Tarjih
Setelah melihat kepada kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung mengatakan bahawa penggunaan inhaler di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.
Begitu juga kami mendapati bahawa penyakit athma ini berlaku pada waktu tertentu sedangkan pada waktu-waktu yang lain keadaannya sihat. Alangkah samahahnya agama Islam kita ini dalam memberikan pengecualian bagi pengunaan inhaler kepada golongan ini (tidak batal puasa mereka jika menggunakan inhaler ketika berpuasa) sedangkan mereka juga ingin meraih fadhilat berpuasa sepertimana yang lain.
Pendapat ini amat sesuai dan ianya juga logik. Qiyas yang digunakan, iaitu berkumur, istinsyak dan siwak adalah qiyas yang betul. Ini juga selaras dengan pendapat tokoh-tokoh yang terkemuka pada masa kini dan juga keputusan dari badan-badan yang berautoriti dalam mengeluarkan hukum.
Wallahu a’lam.


Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437H


[1] Lihat Mufattirat al-Siyam al-Mu’asirah oleh Prof. Madya Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil, pensyarah bahagian Syariah di Universiti al-Qasim, Arab Saudi. Beliau memetiknya dari Majalah al-Majma’.
[2] Ini sepertimana fatwa Syeikh Ibn Baz Rahimahullah (15/265).
[3] Ini sepertimana fatwa Syeikh Ibn ‘Uthaymeen Rahimahullah (19/211).
[4] Dikeluarkan oleh al-Bukhari secara mu’allaq. Lihat juga Fath al-Bari (4/158).

14 September 2017

Tadlis/ Penipuan dalam Urusniaga.

Bab tadlis sangat sukar dicari dalam ceramah dalam youtube. Sumber arab ini boleh digunakan buat sementara.






Takrif tadlis.
·       
         Dari segi Bahasa: berasal dari kalimah ‘dallasa’, dikatakan penipuan dalam urusniaga: Apabila tidak menjelaskan sesuatu keaiban (kecacatan) pada barang kepada pembeli.
·         Dari segi istilah syara’: Menyembunyikan keaiban barang jualan dari pembeli.
*transaksi yang mengandungi hal yang tidak diketahui oleh salah satu pihak.

Dalil pengharaman Tadlis.
*     
Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 188:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”
Tadlis ialah jenis dari cara mengambil harta orang lain secara batil yang diharamkan oleh Allah.
*    
  Surah Al-Mutaffifin ayat 1-3:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Al-Mutaffinfin adalah mereka yang mengurangkan hak manusia dalam timbangan dan sukatan dan ini lah perbuatan orang yang tadlis.
*      

    Hadis riwayat muslim:
“ Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah lalu satu tempat longgokan (gerai longgokan buah) dan memasukkan tangan dalam longgokan itu dan didapati tangan baginda basah, maka baginda berkata,”apakah ini wahai pemilik makanan? Katanya: buah ini terkena hujan, wahai Rasulullah. Baginda berkata, “Adakah kamu tidak meletakkan makanan (buah) ini diatas supaya dapat dilihat oleh orang lain.  Barangsiapa yang menipu, maka dia tidak termasuk dalam golongan kami”.

Jenis-jenis tadlis

1. Penipuan dalam kualiti.
Penjual menyerahkan barang yang tidak berkualiti seperti menjual jam tiruan dengan harga yang mahal dan mengatakan ia adalah jam original.


2. Penipuan dalam kadar sukatan
Penjual mengurangkan timbangan dan sukatannya seperti menggunakan timbangan yang tidak tepat untuk menimbang barang jualan.

3. Penipuan dalam kuantiti
Unta atau lembu atau kambing yang ditinggalkan kantung susunya( tidak diperah) semalaman dengan sengaja supaya susunya berkumpul (banyak) dalam kantungnya, maka pembeli akan menyangka binatang ini sentiasa mempunyai susu yang banyak, maka dia akan berminat untuk membelinya, dan mungkin boleh menambahkan harganya (jual mahal). Apabila berlaku dalam pembelian ini, akad ini sah tetapi bercampur dengan perkara haram, kerana didalam urusniaga ini ada penipuan dan tadlis. Apabila pembeli sedar akan hal ini, dia boleh memilih untuk serahkan semula dengan serta merta. Apabila dia serahkan dan susu telah digunakan, maka penyerahan ini mesti bersama satu sha’ (2.7 kg)tamar/kurma  mengantikan susu yang telah diambilnya.

4. Provokasi
Dalam jualan lelong, jika seseorang sengaja membida dengan harga yangb tinggi, sedangkan dia tidak bermaksud untuk membelinya, cuma nak pastikan barang lelong dijual pada harga tinggi. Apabila berjaya dibeli, urusniaga ini sah. Apabila ada bukti bahawa ia ada persepakatan antara penjual dan orang yang provoke, maka haram(berdosa) kedua-dua mereka. Penjual menipu pembeli dan penipuan keatas pembeli ini, kerana pembeli berhak memilih.

Kesan terhadap perbuatan penipuan.

ü  Jualan sah tetapi tertangguh
ü  Dosa terhadap penipu
ü  Hak pemilihan atas pembeli antara redha jual dan batalkan jualan.

SSUMBER: BUKU TEKS KBD-SYARIAH T3


21 Ogos 2017

Memori Membuat Nota

Aku pernah melalui zaman belajar. Apa yang remaja sekarang pernah lalui, aku juga hadapi walaupun bukan semua. Semua pengalaman itu tersimpan rapi dalam benak fikiranku.

Aku suka baca nota sendiri. Jika satu bab boleh dimasukkan dalam satu kertas, aku akan cuba laksanakan. Jimat kertas. Nota cikgu suruh buat lain. Nota ulangkaji lain. Nota ulangkaji ini biasa akan dimasukkan dalam poket. Kecil dan padat.

Aku pernah baca nota kawan yang lain, namun aku tidak faham. Aku faham nota yang dibuat sendiri. Aku ada simbol dan 'shortform' tertentu untuk menceritakan keadaan sesuatu. Jika ada warna-warni, itulah yang terbaik. Malangnya aku tidak memiliki pen warna-warni. Aku juga kurang minat. Nota biar 'simple'.

Selain itu, nota aku dibuat dari buku terpakai. Jika ada buku tahun lepas yang masih kosong, aku jadikan 'buku 35'. Buku kecil saiz 'smartphone'. Cukuplah. Jika aku tunggu bas, aku boleh baca nota itu. Jika tunggu kawan, aku sempat menjeling nota walaupun terjemahan.

Aku bukanlah kategori pelajar yang pintar. Bukan pelajar yang tidur dalam kelas, terus dapat jawab peperiksaan dengan betul 100%. Bukan pelajar yang baca sekali, terus faham. Aku pernah gagal. Tetapi aku tidak biarkan keputusan peperiksaan bertanda merah akan berterusan. Aku akan usaha. Kadang-kadang usaha tanpa kefahaman, aku hanya dapat markah 'cukup makan'. Sekadar lulus. Mungkin cara belajar yang salah. Akhirnya SPM semua lulus walaupun ada subjek pernah gagal sebelum itu. Begitu juga PMR dan UPSR.

p/s: Buatlah nota untuk diri sendiri bukan untuk guru. Itulah kefahaman kita. Itulah rujukan kita. Tiada tandingan dengan buku rujukan di pasaran. Sekian.

20 Ogos 2017

Surah Al-Fajr


KEBINASAAN KAUM 'AD

  • Menurut satu pendapat, Kaum 'Ad adalah bangsa Arab yang tulen atau bangsa Arab di padang gurun.
  • Kediaman mereka di Al-Ahqaf, iaitu bukit pasir di selatan Semenanjung Tanah Arab. Bukit Pasir ini terletak di antara Hadramaut dan negara Yaman.
Image result for peta antara hadramaut
Sumber: google image
  • Mereka adalah kaum Badwi yang tinggal di khemah-khemah. Khemah-khemah ini ditegakkan di atas tiang-tiang yang tinggi.
Image result for khemah kaum badwi
Sumber: google image
  • Mereka digambarkan dalam Al-Quran kaum yang gagah dan ganas. Mereka juga terkenal dengan kuat dan terkenal.

KAUM THAMUD

  • Kaum Thamud tinggal di al-Hijr di utara Semenanjung Arab. Al-Hijr ini terletak di antara Madinah dan  Syam (Merujuk wikipedia: Lubnan, Palestin, Syria dan Jordan). 
Image result for kaum thamud
Sumber: google image


  • Kaum Thamud telah memotong batu-batu bukit untuk membuat istana-istana. 
  • Kaum Thamud juga memahat bukit-bukit batu untuk dijadikan rumah-rumah kediaman dan gua-gua.
Image result for kaum thamud
Sumber: google image

Image result for kaum thamud
Sumber: google image

Image result for kaum thamud
Sumber: google image



FIR'AUN

  •  Menurut pendapat ynag kuat, yang dimaksudkan dengan binaan-binaan besar yang teguh itu ialah binaan-binaan Ahram (Piramid). Piramid ini berbentuk seperti pasak yang teguh dan kukuh di bumi. Piramid ini terletak di Giza, Mesir atau Egypt.
Image result for piramid
Sumber: google image

Image result for piramid
Sumber: google image
  • Raja Fir'aun yang dimaksudkan di sini adalah Raja Mesir (Fir'aun) yang zalim pada zaman Nabi Musa Alaihissalam (a.s)


SUMBER: TAFSIR FI ZILALIL QURAN oleh Sayyid Qutb. Terjemahan oleh Dato' Yusoff Zaky Hj. Yaacob.

13 Ogos 2017

Sabar Seorang Guru.

👦🏻 MURID OH MURID👧🏻

Situasi dalam kelas yg sering kita hadapi...😄😇😕

😁 Situasi 1
Murid : Cikgu, kena salin ke yg dekat papan tulis tu?
Guru   : ehhh....tak payah salin....tgk je...lepas ni angkat whiteboard ni gi fotostat kat pejabat.

😆 Situasi 2
Murid : cikgu buat sekarang ke?
Guru : tak.....buat tahun depan.

🙄 Situasi 3
( guru sedang menulis di greenboard)
Murid : cikguuuu..... tepi sikit..... tak nampak.
Guru : Jika tak nampak, bawa mata ke depan. Jika tiada kaki, tolong pinjam kaki berjalan ke hadapan 😡😡😡😡

😝 Situasi 4
Murid : cikgu kalau tak cukup boleh sambung muka surat sebelah tak?
Guru : tak boleh..... sambung kat meja.... tak pun sambung kat atas baju kamu.

😞 Situasi 5
Guru : siapa dah siap?
Murid : saya blm lg cikgu!
~~~
Guru : siapa blm siap?
Murid : saya dah cikgu!

😄 Situasi 6
Guru : ok, buka mukasurat 58, baca dan catat dlm buku nota mengikut pemahaman kamu sendiri.
Murid : cikgu, kena baca ke?
Guru : Dak... tak payah baca. Koyak mukasurat tu. Bubuh dlm air... Lepas tu awak minum air tu..
Murid : cikgu ni.. tanya pun tak boleh....

😛 Situasi 7
Guru : Ok... keluarkan buku dan salin nota kat dpn ni.
Murid : cikgu, salin kat dlm buku ke?
Guru : tak... salin kat atas dahi kamu.

😩 Situasi 8
Guru : semua dah dpt kertas soalan?
Murid : dah cikgu...
Guru : ok, kamu ada 2 jam utk jawab soalan peperiksaan ni. Boleh mula sekarang.
Murid : dah boleh mula ke cikgu?

😓 Situasi 9
Guru : esok ada jamuan raya... jd esok dtg sekolah pakai baju raya.
Murid : cikgu, esok ada pj, nak kena pakai baju pj tak?
Guru : ya Allah.... ampunilah dosa hamba Mu ini...

😒 Situasi 10
Guru : masa ada lg 15 min. Siapkan latihan sekarang dan hantar.
Murid : cikgu, kalau tak siap?
Guru : buatla dulu.... baru tahu siap ke tak...
Murid : kalau tak siap jugak?

😅 Situasi 11
Guru BM : Buat latihan pengukuhan ni dlm buku kamu.
Murid : cikgu, buat latihan ni dlm buku apa?
Guru BM : buat dlm buku matematik, ye....
( Faham pulak... terus keluarkan buku BM )

😎Situasi 12 (dalam what'up group ibubapa dan guru)
Guru: Assalamualaikum. Disini saya senaraikan jadual peperiksaan anak tuan/puan 📖📰 bermula esok (isnin - jumaat)
Bapa: Cikgu, esok anak saya pulang pukul berapa⌚?
Cikgu:.....😳😳😳

✏ Sesungguhnya mendidik memerlukan kesabaran yg tinggi. Semoga segala usaha para guru diterima sbg satu ibadah dlm mencari redha dan rahmat Allah swt.

copypaste dari fb.

05 Ogos 2017

Hati-hati terhadap Golongan Ini.

Golongan yang perlu ditolak oleh orang Islam.

1. Golongan yang meng'kafir'kan sahabat. Terutama Khulafa' Arrasyidin, Abu Bakar, Umar dan Uthman. Mereka juga sangat mengagungkan Ali Bin Abi Tholid kerana mengganggap Ali paling layak ganti Rasulullah selepas kewafatan baginda. Syiah

2. Golongan yang mengambil mudah soal fiqh dalam Islam. Terutama yang cuba memecah belah orang Islam. Paling popular berkaitan 'Anak tak sah taraf' boleh di'bin' atau 'binti' kepada bapa biologi tanpa perkahwinan. Ikutlah pendapat yang dikeluarkan oleh Fatwa Kebangsaan. Bukan pendapat seorang sahaja.

3. Golong yang melampau. Seperti jika tidak solat, perlu dibunuh.

4. Golongan yang mudah meng'kafir'kan orang Islam yang lain.

5. Golongan yang menganggap amalan bid'ah semua tidak boleh dilakukan sedangkan bid'ah ada dua; bidaah hasanah (baik) dan dholalah (sesat).

6. Golongan yang menggunakan logik akal sahaja.

7. Golongan yang mengambil hadis dan Al-Quran semata-mata tanpa merujuk pendapat para sahabat, tabiin, orang alim termasuk mazhab ahli sunnah waljamaah kerana kita tidak mahir ilmu Bahasa Arab, ilmu Tauhid, ilmu Fiqh, ilmu usul fiqh,ilmu tasawuf dan ilmu-ilmu yang berkaitan untuk memahami agama Islam sendiri. Tidak lupa juga uruf setempat.

Cukup lah setakat ini yang mampu aku senaraikan setelah selesai baca buku Syiah Imamiyyah Pandangannya Terhadap Tiga Khalifah Al-Rashidin oleh Zakaria @ Mahmod Daud.

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...