12 April 2011

'Mukhayyam' >>>>>

Berkejar-kejar...ke sini...ke sana...
redah hujan... redah jalan raya sesak...
masuk pejabat ini...masuk pejabat itu...
masa yang terasa terlalu singkat...
Semuanya aku terpaksa lalui.

Perlu ke aku harapkan orang yang 'tak berguna' buat kerja?
Adakah aku memaksa?
Impian tinggal impian...
Adakah 'duit' nampak di mata?
Terus jadi orang 'paling bijak'?

Tidak mudah menjadi orang yang 'selesa'.
Selagi tidak sampai ke tempat pengadilan Allah.

Adakah kita tidak nampak 'audit' Allah?
Adakah kita nampak SR*M ..baru kena hukuman?
Pengadilan Allah adalah sebaik-baiknya.


'Mukhayyam'...
Takut aku nak hadapi program ini.
Nanti perlu bermalam di sekolah.
Tempat tidur tak selesa...
Aku tak kisah tapi...
Pelajar 'manja' ni macam mana yea?

Update: 13/4/2011
Mesyuarat pada awalnya tidak bersetuju buat program ni hari sabtu dan ahad dengan pelbagai alasan. Program ini perlu bermalam dan mereka tidak yakin dengan kemampuan pelajar ini. Jika tidak mahu melibatkan diri, pelbagai alasan diberi. Pada akhir mesyuarat ini, program ini diteruskan mengikut jadual. Alhamdulillah. Allah membuka pintu hati mereka-mereka yang berusaha mencari keredhaannya. Moga program ini berjalan lancar. Insya Allah ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...