17 November 2011

UPSR 2011.

Tahniah buat adik-adik yang kecemerlangan dalam UPSR. Terengganu tetap unggul sebagai No.1...Harap dapat dikekalkan termasuk sahsiah pelajar.

Semua orang inginkan cemerlang akademik tapi jangan lupa sahsiah dan akhlak tetap menjadi keutamaan. Berapa ramai yang belajar tinggi tapi ibu bapa dibiarkan di 'rumah orang tua'. Harap semua ini tidak akan terjadi.

Guru sekolah rendah mesti sibuk hari ni kan. Keputusan 'cemerlang' dari pelajar menjadi kebanggaan mereka. Aku, guru sekolah menengah akan menerima kemasukan pelajar-pelajar ini tahun depan. Insya Allah ^_^

Hari ni dengar ceramah 'Transformasi Pendidikan'. Sempat lagi aku terlelap. Entah apa yang dibebelkan.

"Dia tak tau ke kita tengah sibuk kat sekolah...,"

"ermm...ni mesti nak basuh kepala aku ni,"

"Senangnya dia nak guna-gunakan cikgu-cikgu kan,"

Terdengar suara dibelakangku.

Ada juga yang bercerita tentang percutian, pengalaman naik flight...macam-macam suara. Tiada orang nak layan ceramah 'barain wash' ni. Tiada soalan yang diajukan tadi. Semua orang nak balik cepat. Masing-masing dah tengok jam di tangan. Aku pun tak terkecuali...

Bayangkan...di sekolah buat kerja-kerja. Lepas tu berkejar ke tempat 'penyerlahan gagasan 1 Malaysia'. Nama aku ada dalam senarai. Pergi je la tapi hati tetap berat.

Macam-macam orang buat untuk hadapi pilihan raya kan...Bila pilihan raya ni? nanti tukar pulok gagasan...

'wawasan 2020'

'Islam Hadhari'

'1 Malaysia'

...lepas ni apa lagi? kami yang jadi mangsa. Kena ikut sempena gagasan mereka.

Dunia...dunia...memang tak pernah puas. Apa nak jadi...

2 ulasan:

  1. tu la realiti bila manusia tamak dengan pangkat dan kuasa..rakyat yg jadi mangsa..emmm papepon TAHNIAH buat adik2 yang berjaya.saya dulu x cemerlang pon lam UPSR..huhuhu

    BalasPadam
  2. walaupun xcemerlang UPSR tetap bleh jadi peguam sekarang kan.hehehe

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...