11 Oktober 2021

Saham Patuh Syariah.

 Assalamualaikum semua.

Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat dan sentiasa positif dalam apa jua keadaan. Aku kurang menulis di sini kerana aku masih ada tempat lain yang harus aku tulis. Menulis menjadi satu terapi kepada aku pada suatu ketika dahulu. Namun sekarang bukan fokus aku kepada penulisan blog. Aku fokus kepada penulisan dalam penyelidikan. Di samping itu, aku berjinak-jinak dengan dunia saham. 

Aku pernah mendengar tentang forex. Ada 'ustaz' yang masuk dan buat promosi forex ini. Setakat pembacaan aku forex masih tidak dibawah kategori 'halal' lagi. Apatah lagi aku bukar pakar dalam bidang muamalat. Merangkak dan bertatih dalam penulisasn berkaitan bidang Usul Fiqh, istihsan dan maslahah mursalah yang menjadi pertikaian para ulama'. Aku masih belajar.

Saham aku tak pernah ambil tahu walaupun ada adik-adik dan abangku membuat pelaburan saham. Aku hanya dengar dan tidak fokus dengan penceritaan mereka. Mereka masuk kelas online. Aku sekadar memerhati dan tidak peduli. Aku tak minat. Itulah asal usulnya.

Ada seorang adik aku, baru habis belajar. Banyak juga dia buat pembacaan berkaitan dengan saham. Dia daftarkan akaun Central Depositary Sentral (CDS) di bawah Malacca Security sebagai broker. Remisernya jika tidak silap aku adalah ISaham. Rupanya adik aku yang lain juga guna remiser yang sama. Mereka ini ada yang ada untung, ada rugi. Banyak rungutan yang aku dengar adalah rugi. Seram sebenarnya.

Adik aku datang pujuk aku untuk daftarkan diri bawah remiser mahersaham masih broker MPlus. Aku suruh dia cerita sedikit pasal saham. ok...sebenarnya dari penerangan dia, aku tak faham. Jadi aku buat pilihan, aku masuk dan adik aku daftarkan aku dibawah remiser mahersaham. RM11 sahaja. Macam tak percaya sebab aku rasa...tak kan semurah ini? jadi aku layankan sahaja. Biarkan dia daftar. Nak IC aku bagi. Nak tandatangan, aku tandatangan. Aku ikut sahaja.

Tak sampai 2minggu, aku dapat emel mplus.com. aku terus ikut arahan, buka laman web mplus, login, pw sementara, pw baru dll. ikut sahaja. Oh! ini ke platform mplus. Depan mataku banyak kaunter dengan nilai nombor yang banyak. Fuh...kegilaan matematikku mula menari-neri di depan mata. bling222...

Akhir bulan itu, aku dapat jemputan hadir ke bengkel saham untuk newbie dari mahersaham. Aku rasa tak salah pun mendengar. Jadi aku join. Masa itu, cikgu saham ini perempuan, bercakap punyalah laju. sambil-sambil aku dukung baby. alamat memang tak fokus. Jadi babsyitter sambil berbengkel memang tak fokus. Bila tak fokus, aku tak faham. Jadi aku abaikan lagi. 

Aku rasa nak tahu sebab aku dah daftar. Jadi aku download apps mahersaham dari playstore. Kira aku godek-godek jugak. Ada video untuk newbie. Aku dengar semua video itu sambil buatkan nota. Buku nota 160 muka surat ini lebih separuh, nota saham sahaja. Aku dengar dan tulis tapi faham belum lagi.

"BACA TEORI TANPA PRAKTIKAL = TIDAK FAHAM"

Aku mula trade sebab nak cuba faham secara praktikal. Hasilnya semua rugi. hahaha!

Sebab apa? Aku beli berdasarkan modal aku ada dan tidak pandai kawal emosi. Masa ini aku takpandai nak guna tradingview untuk plan cutlos. Bila dah rugi hampir RM50 aku dah jual. Gelabah. Ketakutan. Adusss!

Yang aku elakkan adalah kaunter warant dan kaunter penny (RM0.200 ke bawah). Kaunter warant ini kira macam kaunter bagi anak. Kaunter asal dipanggil kaunter mak. Kaunter mak ini biasa MAIN MARKET. Kaunter warrant ini biasa warna purple. Kaunter mak pulak warna biru turqouise. Kaunter yang ada tanda bulat kecil di atas adalah kaunter patuh syariah. Jadi, 3 benda yang aku perhatikan;

1- Kaunter MAIN MARKET

2- Kaunter Patuh Syariah.

3. Harga kurang dari RM 0.200

Pasal kaunter patuh syariah pulak, rupanya banyak kaunter patuh syariah. Boleh rujuk di SINI. Setakat aku jumpa adalah 971 kaunter patuh syariah. Semua ini diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di SINI. Nak tahu lebih lanjut boleh baca di SINI. Kena buat pembacaan dari sumber sebab aku sendiri masih tak tahu. Masih membaca. Mendengar. Baru peringkat beginner, orang kampung cakap.

Nak jadikan saham ini patuh syariah, kena buat kajian, kena ada ilmu, bukan buy call. Buy call aku nampak lebih kepada tenung nasib atau lebih kurang berjudi. Jadi belajarlah sedikit demi sedikit. 

Ada satu screener dalam mahersaham ini yang aku nak tahu sangat adalah teknik MILo (Moving average 50 + Ichimoku cloud + 50 weeks low). Aku dah cuba satu kaunter selepas guna teknik MILo dalam tradingview SINI. aku tunggu dalam 11 hari. Memang naik 6 %. Kuncinya adalah sabar dan jangan tamak.

Bagi sesiapa yang nak buka akaun CDS, cuba la cari Mahersaham.com. Inicadangan sahaja. Aku tak dapat komisen pun. Untung dan rugi di tangan kalian bukan pada skim cepat kaya. Buatlah kajian. Jika berminat, hubungi mereka.

Jika ragu-ragu tentang patuh syariah atau tidak, anda boleh layari link di bawah.

1- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (SINI)

2- Cara melabur (SINI)

3- Pendapat Dato' Dr Daud Bakar dalam Majalahlabur.com (SINI)

4- Apa kata Majelis Ulama' Indonesia -MUI (SINI)

5- Video UZAR


Cukuplah di sini dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...