12 Mac 2017

Selepas 4 Tahun.

2012 merekalah yang terbaik. Merekalah sangat terkesan. 2017 aku sendiri banyak terkesan. Dulu menangis. Sekarang juga menangis.'Mereka' aku tidak tahu. Drama atau tidak, mereka yang tahu. Ada juga yang 'kering' hatinya. Semakin meningkat usia,  mereka pasti 'lembut' hati pada masa 5 tahun akan datang.

Walaupun 4 tahun yang lalu,  perbelanjaan tidak banyak beza. Peningkatan dari segi penginapan,  makanan dan pengangkutan. Ekonomi juga tidak seperti 4 tahun yang lalu.
Jika 4 tahun yang lalu, anak masih kecil. Sekarang mereka semakin membesar. Perbelanjaan juga besar. Pengorbanan juga bertambah besar. Sebuah keluarga pasti sangat 'berkira' untuk perbelanjaan tertentu.

Kadang terfikir,  adakah program ini memberi kesan atau tidak? Bagi pengendali program,  peserta wanita sangat terkesan.

Aku juga tidak boleh beri 'persepsi' awal tentang diri mereka. Itu sahaja yang termampu aku berikan. Hanya Allah yang memberi hidayah.

Aku doakan semoga semua peserta ada perubahan pada tahun 2017 dan seterusnya.
Aktiviti yang sempat aku saksikan.

****************************


Abdul Muthalib telah bernazar untuk  korbankan seorang zuriatnya
Maka jatuhlah ia kepada Abdullah, anaknya yang paling indah wajahnya

Kebesaran Allah yang menunjuk jalan , ditukarkan dengan dikorbankan unta
Maka selamatlah anaknya Abdullah , Disyukuri dengan linangan yang suci

Abdullah pemuda kacak dan  tampan , Dikahwinkan Aminah, puteri rupawan
Maka mengandung ia, akan Baginda, Yang penuh kemuliaan dan keberkatan

Ayahnya Abdullah dipanggil Tuhan, berduka Aminah, anaknya yatim
Rabi’ul Awwal lahirlah bayi yang mulia, yang bersujud pada Allah yang Esa

Amat sempurna indah memancar, cahayanya menyinari seluruh  Alam
Seluruh makhluk langit dan  bumi mengucap salam ke atas kewujudannya

Abdul Mutalib menatap bayi yang indah, terpilu hati melihat yatim tiada berayah
Dibawa cucunya tawaf di Kaabah, berdoa kepada Tuhan sepenuh hati

Maka mendengarnya bisikan pada qalbi, namakan Muhammad, dia insan terpuji
Apabila Halimah Sa’diah memandang Baginda, kasihnya mekar dipangkunya pulang

Padahal ketika itu tiada yang mahu menyusunya, kerana Baginda anak yatim tiada berkayaan
Barakah rezeki melimpah pada keluarga Halimah, kerana cinta mereka kepada Baginda

Bayi yang barakah dikembalikan kepada Aminah,
lalu dibawa menziarahi pusara ayahnya Abdullah

Kesedihan menimpa ,  baginda yang kecil
Ibunya Aminah pula meninggal diperjalanan

Dipelihara pula datuknya sehingga meninggal
Dipelihara pula oleh Abu Talib yang amat miskin

Hidup kecilnya sudah berdikari
Itulah susunan Allah, Yang Maha Penyayang

Mengembala kambing jauh di gunung
Tiada pernah merungut akan kesusahan

Kelaparan dan kesunyian adalah kehidupannya
Haiwan dan gunung menjadi teman penghiburnya

Gelaran Al-Amin diberikan kepadanya
Hidupnya suci tiada berdusta

Dilamar Siti Khadijah sebagai suami
Melihat akhlak indah menguruskan dagangannya

Di Gua Hira’ Baginda berkhalwah sayu
Maka didatangi Jibril, membawa wahyu

Bacalah Wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu
Engkaulah penutup para Nabi dan Rasul

Duhai Para saudara semua
Apakah kalian tiada gembira

Kelahiran Baginda penyelamat insan
Dari kegelapan tiada bertuhan

Duhai Para saudara sekalian,
Janganlah berpaling dari Nabimu

Jalannya membawa pada kebahagiaan
Jalannya menghancur nafsu dan syaitan

Bagindalah nanti yang akan mencarimu
Ketika ketakutan di Hari Akhirat

Syafaatnya luas tiada terhingga
Para malaikat tak dapat menahannya

Maafkan kami yang lalai selawat padamu
Sedangkan engkau amat mencintai kami

Maafkanlah kami wahai jiwa yang pemaaf
Diri kami yang penuh dosa dan noda

Ya Rasulullah, sudilah kiranya
Sudilah Tuan memandang kami

****************************
BAYANGAN WAJAHMU (click tajuk untuk dengar lagu ini)

Usah lari mengejar bayanganmu
Henti langkah jika kau sedar
Tunduk bersimpuh hadap dirimu
Dirimu adalah bayanganNya...

Jangan tempuh sempadan laisa..
Pasti langkahmu akan tersasar..
Pandanglah alam juga dirimu...
Semua ternyata wajahnya..

Co

Wujudku bayanganMu
Wujudku wajahmu
Wujudku bayangMu
Wujudku wajahmu

Bukan Aku diriMu
ku sekadar....ceritamu..
Bukan Aku diriMu
ku sekadar....ceritamu..

Kau tiada pada sibuta..
Kau nyata pada yang tahu.
Kau tiada pada sibuta..
Kau nyata pada yg tahu.

Dibalik mata
kau yg memandangmu,
Hilanglah aku nyata wujudmu..
Dibalik mata
kau yg memandangmu,

Hilanglah aku nyata wujudmu..
Wujudku bayanganMu
Wujudku wajahmu

Wujudku bayanganMu
Wujudku wajahmu
Bukan Aku diriMu

ku sekadar....ceritamu..
Bukan Aku diriMu
ku sekadar....ceritamu..

Kau tiada pada sibuta..
Kau nyata pada yang tahu.

Kau tiada pada sibuta..
Kau nyata pada yang tahu.

Dibalik mata
kau yang memandangmu,
Hilanglah aku nyata wujudmu..

Dibalik mata
kau yg memandangmu,
Hilanglah aku nyata wujudmu..

Hilanglah aku nyata wujudmu..
*****************************

Nazam Sifat 20 (click tajuk untuk dengar)

*****************************

40 peserta dibahagi kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan ada 8 ahli. Kumpulan berdasarkan warna fail. Hijau, biru, kelabu,  kuning dan pink.

Pak ketua bagi kem ini ialah Hafiz. Manakala mak ketua ialah Athirah. Tugas paling penting dalam kem ini selama 3hari 2 malam.

Ketua kumpulan terdiri dari Udin,  Daus,  Halal, Wan, Ibad.
Peraturan:
1. Jaga masa.
2. 100% komitmen.
3. Jaga adab dan ikhtilat
4. Susun selipar/kasut.

~ADAB-MASA-KOMITMEN~

Tugas bermula dengan aktiviti beri nama kumpulan,  visi,  misi.
Bacaan Motto MRD,  Asmaul Husna, prinsip10.

Ada penceritaan tentang siapa kita? siapa Allah. Bab Tauhid diperteguhkan. Selawat tobibi. Nyanyian Nazam Sifat 20. Bayangan Wajah. Nyanyian kisah nabi Muhammad. Zikir Munajat. Bacaan Surah Al-Insyiqaq dan tadabur makna.

10 - 12 Mac di Brindley Traning Camp,  Pasir Panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...