25 April 2010

'Cinta Sufi'

Pelbagai persoalan yang bermain difikiran apabila membaca tajuk buku ini. Ada yang mengatakan ia adalah cinta sesama manusia. Bila difikirkan semula, ia mungkin cinta seorang ahli sufi.

Syabas buat penulis buku ini, Ramli Awang Murshid. Olahan cerita yang menarik. Penceritaan ala-ala komik dari Jepun. Pertarungan atas nama Allah. Sambil berzikir dan membaca potongan ayat al-quran. Penghayatan dalam ilmu tasawuf yang tinggi.

Watak Laksamana Sunan yang digambarkan memang sukar dicari. Semua penyerahan kepada Allah Pencipta segala yang ada di langit mahupun di darat. Sentiasa melaksanakan suruhan Allah walaupun dalam keadaan sakit. Bangun bertahajut di 1/3 malam. Walaupun terasa mustahil wujud makhluk Allah sedemikian, ia boleh dijadikan panduan untuk kita umat Muhammad.

Aku baru sahaja habis baca buku ini. Buku ni jugak sambungan daripada buku2 terdahulu mengenai Laksamana Sunan dan sahabat baiknya, Hang Tuah.

Sesiapa yang belum baca lagi..boleh beli dan baca / pinjam di perpustakaan.

Selamat membaca :P

2 ulasan:

  1. ad sambungan lagi x?????

    BalasPadam
  2. Ada lagi...tunggu buah tangan dari penulisnya, RAM akan datang ^_^

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...