Ilmu Feqah adalah salah satu cabang ilmu agama. Perkataan 'fiqh' membawa maksud 'faham'. Disebabkan aku masih tak cukup ilmu ini, aku akan cuba huraikan sedikit berkaitan pertanyaan seorang pelajar berkaitan dengan haid dan artikal yang bacanya dalam halaqah. Aku harap para ilmuan yang jumpa entri aku ini, tolong betulkan dan tegur jika tidak sampai kepada maksudnya.
Solat jama'
Sebagaimana yang diketahui, solat jama' adalah solat yang menggabungkan dua solat fardu. Solat jama' ada DUA jenis. Jama' taqdim dan Jama' ta'khir.
Jama' taqdim adalah solat yang menggabungkan solat fardu zohor dan asar ketika sudah masuk waktu solat zohor / solat yang mengabungkan solat maghrib dan solat isya' ketika sudah masuk waktu maghrib.
Manakala Jama' Takhir pula adalah solat yang mengabungkan solat asar dan zohor ketika waktu solat waktu asar / solat yang mengabungkan solat isya' dan maghrib ketika waktu solat isya'.
Oleh itu solat subuh tidak termasuk dalam solat jama' tadi. Cukup penerangan ringkas ini.
Haid
Haid hak milik wanita sahaja. Lelaki tidak termasuk tetapi perlu faham kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan kepada mereka. Lelaki mempunyai ibu, kakak, adik perempuan, isteri, ibu-ibu saudara. Jadi lelaki juga perlu faham.
Secara normal, haid akan keluar selama 7 hari. Paling kurang satu hari satu malam. Paling lama 15 hari mengikut mazhab Syafie.
Apabila seseorang wanita sedang didatangi haid, wanita ini tidak boleh solat, puasa, tawaf, bersetubuh dengan suami dan tidak boleh duduk dalam masjid.
Ganti solat
Timbul persoalan sekarang adakah wajib seorang wanita yang sedang haid mengantikan solat fardu yang ditinggalkannya?
HARAM bagi wanita yang sedang haid solat dan wanita ini tidak perlu menggantikan solat fardu yang ditinggalkannya.
Cuma ada beberapa perkara yang seorang wanita ini sering lupa.
1. Adakah anda sedar bila anda didatangi haid?
Adakah ketika itu anda sudah solat subuh? Adakah anda sudah solat zohor? Adakah anda sudah solat asar? adakah anda sudah solat maghrib? adakah anda sudah solat isya'?
Jika anda sudah tahu, maka anda perlu ingat bahawa anda sudah tertinggal solat kerana melewatkan waktu solat. Saya akan bagi contoh.
Apabila masuk waktu solat, anda tidak didatangi haid lagi. Oleh itu, anda perlu solat zohor itu. Andai kata anda terlambat solat dan menyedari bahawa anda sudah didatangi haid, maka anda tidak boleh solat. Bahkan anda perlu QADA' solat zohor itu selepas suci dari haid.
2. Andakah anda sedar bila anda suci dari haid?
Apabila anda sudah tahu bila anggaran anda suci haid, anda perlu berhati-hati. Sebagai contoh.
Andai anda sudah suci dari haid ketika sebelum masuknya waktu maghrib. Anggarannya anda sempat solat asar satu rakaat tapi anda masih tidak mandi wajib lagi. Selepas mandi wajib, anda perlu menggantikan solat asar itu. Disebabkan solat asar adalah termasuk solat yang boleh dijama'kan, anda perlu solat zohor juga. Itu adalah pendapat ulama' yang boleh anda baca dalam link SINI. Wallahua'lam ^^
Ini sahaja yang boleh aku huraikan menggunakan ayat yang mudah. Maaf jika masih ada kekurangan. Teguran anda amat dialu-alukan. Terima kasih.
p/s: untuk pengetahuan anda, aku masih tidak dapat ruju' buku Ihya' Ulumuddin Jilid 2 berkaitan haid. Buku ini tiada dalam simpananku.
alhamdulillah :') saya dah faham . terima kasih ustzah :')
BalasPadamafwan. Harap berguna :)
PadamSalam. Bagaimana pula dgn wanita y ber isti hadas. Sbgai contohnya,sy slalu isti hadas. Dan haid saya smpai 15hari. Bermakna solat magrib hari 16 (dlm islam) yg perlu sy start solat? Syukran :)
BalasPadamIstihadhah dikenali sbg darah penyakit. Secara normal wanita datang haid 7 / 8 hari. Mazhab Syafie menetapkan paling lama 15 hari 15 malam. Oleh itu, hari ke-16 wajib bagi seseorang itu mandi wajib dan meneruskan solat dan puasa seperti biasa. Sekali wudu' untuk satu solat fardu.
Padamsalam... mohon share ustazah.. tq
BalasPadamAssalamualaikum ustzh...mohon ustazah betulkan kalau saya salah..
BalasPadam- Kalau berhenti haid sebelum maghrib (sempat utknya solat asar), wajib qada zohor.
- Kalau berhenti haid sebelum subuh (smpat utknya solat isya), wajib qada maghrib.
- Kalau berhenti haid sebelum zohor/selepas zohor, wajib qada' subuh.
- Kalau berhenti haid sebelum asar (smpat utknya solat zuhur), adakah wajib qada solat subuh?
Solat subuh tidak perlu qada' kerana haid berakhir sebelum waktu asar. Harap maklum.
PadamWaalaikumussalam...harap Aisyah tidak panggil saya ustazah. Ini untuk pelajar saya sahaja :)
BalasPadamSaya perlu jelaskan kepada saudari tentang fardu subuh. Subuh bermula dari terbit fajar sodik hingga terbit matahari. Terbit matahari hingga masuk waktu zohor, ketika ini tidak dianggap waktu subuh. Oleh itu, mana wanita yang haid ketika ini tidak perlu qada'(ganti) solat subuh.
"Kalau berhenti haid sebelum maghrib (sempat utknya solat asar), wajib qada zohor"
Berhubung kenyataan di atas, wajib bagi mana-mana wanita solat asar walaupun sempat satu rakaat sebelum masuk waktu maghrib. Untuk berhati-hati, para ulama' menyarankan supaya ganti solat zohor kerana solat asar dan solat zohor boleh dijama'kan (gabung). Ini dalam bab Jama' dan Qasar. Begitu juga dengan solat maghrib dan solat isya'.
Harap saudari bertanya secara bersemuka dengan ustaz atau ustazah anda. Mungkin penjelasan saya masih keliru bagi diri saudari
Salam. Saya dapat tahu, kitab ini dah ada terjemahan dalam bahasa melayu kan? kat mana saya boleh dapatkan ye? Terima kasih :)
BalasPadamWsalam. Maaf saya tak tahu ^^'
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamSaya nak tanya.
Jikalau wanita itu mendapati dia masih lagi haid selepas masuk waktu asar tetapi mendapati bahawa haidnya telah kering diakhir waktu asar, adakah wanita itu perlu qada solat zohor?
Terima kasih
Ya, wanita itu perlu qada' solat zohor. wallahua'lam.
Padamassalamualaikum.sy nak tanya, kalau wanita mandi wajib semasa waktu isya, dia menyedari haidnya telah tiada pada waktu magrib. adakah dia perlu qada waktu maghrib sahaja atau dia perlu qada waktu maghrib,asar,dan zohor?
BalasPadamwaalaikumussalam. Qada' waktu solat maghrib sahaja.
PadamMaksudnya solat asar dan zohor kita kena jama kan
BalasPadamQada' solat asar 4 rakaat dan qada' solat zohor 4 rakaat. Bab Jama' adalah bab lain. Hal ini cuma berkaitan dengan wanita haid yang telah suci ketika waktu asar. Untuk berhati-hati, qada'lah solat zohor 4 rakaat. Mohon jumpa mana2 guru agama secara bersemuka. Harap maklum.
PadamSaya dulu tak tahu pun kene qada balik solat. Jd saya x brp nk ingat brp bnyk yg nak kene qada. Mcm mane tu? Perlu ke saya solat je, smpi lah terdetik dlm hati yg solat sy dh cukup?
BalasPadamDah tahu, solatlah dik.
PadamMaknanya kite kena qadha solat yg kita tinggalkan walaupun masa tu kita tak tahu, kan?
BalasPadamSebaiknya begitulah supaya berhati-hati.
PadamAssalamualaikum, saya nak tanya, wanita yg istihadah boleh tak jamak takhir?
BalasPadamWsalam. Sepanjang pengetahuan saya, wanita istihadhah tak boleh jamak ta'khir. Setiap satu solat fardu, sekali wudu' (ini pegangan saya). Mungkin anti boleh tanya orang alim lain. Mungkin ada kelonggaran dalam mazhab lain. wallahua'lam.
PadamMaaf bertanya, sekiranya sedar hbs haid sebelum solat isya' dan sempat bgnya solat maghrib 1 rakaat, wajibkah di qadha' solat maghrib dan asar? Atau hanya solat maghrib shj? Tq
BalasPadamAnti perlu faham tentang solat jama' dan qasar. Jama' hanya boleh dilakukan bagi gabungan solat zohor dan asar pada waktu siang; dan gabungan solat maghrib dan isya'.
PadamKembali kepada persoalan, selepas mandi wajib, anti solatlah solat isya' dan qada' solat maghrib.
Boleh kah kiranya ustazah kalau kita bg masa satu hari untuk tgk betul2 kering atau tidak.sbb kadang2 kita tgk kering masa subuh..tp asar keluar lagi..
BalasPadamAda juga masa saya tunggu untuk tgk betul2 kering masa subuh..dah betul2 tiada haid plak.jd saya harus qada subuh zohor asar maghrib?
Boleh. Sebaiknya setiap waktu solat, perlu buat check up (cadangan) supaya tahu waktu yang perlu di qada'. Terpulang keapda badan masing2. Kadang-kadang tanda habis haid dengan kehadiran keputihan. Wallahu a'lam.
PadamAssalamualaikum..saya ingin bertanya..kalau seorang perempuan itu sedar yg haidnya terputus dalam waktu asar??adakah perlu qada waktu zuhur??sbbnye mase zuhur kita sedar yang kita masih datang haid lagi??mohon pencerahan
BalasPadamwsalam. Ya, perlu qada' solat zohor sebab dikira boleh dijamakkan solat zohor dan asar. wallahu a'lam
PadamAssalamualaikum, mcmne ye, klu lepas lima hari, berhenti sekejap, kemudian hari ke 6 datang balik haid, masa hari ke 5 kene bersuci dan solat dulu @ bagaimana?
BalasPadamwsalam. perlu tunggu 24 jam untuk pastikan tiada haid lagi. Setelah 24 jam tiada haid lagi, solat lah seperti biasa.
PadamAssalamulaikum...sy nak tanya. Macam mn kalau awal pagi haid masih ada.Lepas tu kita pergi sekolah waktu tu kena balik pukul 5 petang.kita sedar yg sebelum zohor tu haid dah tak ada. Adakah Kita perlu qada'zohor dan asar selepas mandi wajib di rumah?
BalasPadamWsalam. Jika sebelum zohor dah tiada haid dan mandi wajib selepas asar, solatlah asar. sebaiknya qada' subuh dan zohor sekali (sekadar berhati-hati)
PadamAssalamualaikum. Saya nak tanya jika kita datang haid ketika waktu asar tetapi tidak belum menunaikan asar, adakah kita perlu qada dengan menjamakkan zohor dan asar? tetapi kita sudah solat zohor. mohon penjelasan
BalasPadamqada' asar sahaja kerana solat zohor telah ditunaikan.
PadamSaya ada sedikit persoalan .. kan ada menyatakan .. sekiranya suci pada waktu asar perlu qadha zuhur sekali sebab waktu asar boleh jamak dengan zuhur .. untuk solat zuhur itu niatnya qadha atau pun jamak
BalasPadamniat qada'
PadamAs Salam.. saya ingin bertanya, bagaimana solat2 yg terdahulu yg ketika kita belum mengetahui tentang haid dan qadha' solat ini? Perlukah kita qadha'kan semua sekali atau dimaafkan kerana kejahilan terdahulu?mohon pencerahan. Terima kasih
BalasPadamwsalam. qada'lah solat itu setiap kali solat fardu. mohonlah keampunan dari Allah.
PadamAssalamualaikum
BalasPadamSye de persoalan. Sye ni jenis yg haid dlm belasan hri. Bile nk berhenti, kdg" time subuh bile check dh xde, tpi time asar ade plk. Last" sye ambil keputusan mandi wajib esok paginya. Jd, sye perlu qada solat ke?
wsalam. check setiap kali waktu solat utk pastikan solat yang perlu diqada'. Ya memang kena qada' solat yang ditinggalkan itu.
Padamassalamualaikum.. sya nk tanya.. klu saya sedar haid tuh dh kering slps solat subuh@waktu dhuha.m perlu ke sy ganti solat subuh
BalasPadamwsalam. sebaiknya gantilah.
PadamAssalamualaikum. Saya nak tanya.
BalasPadamJikalau wanita itu sedar yg haidnya sudah kering ketika waktu asar sebelum masuk margrib. Dia perlu qadha betul? Tetapi wanita itu perlu qadha sebelum atau selepas mandi wajib. Mohon pencerahan. Terima kasih
wsalam. solatlah selepas mandi wajib. Tak sah solat sebelum mandi wajib dik. hehe
PadamSalam Ustazah, apakah wanita wajib ganti Puasa Ramadhan semasa mereka datang Haid di Bulan Ramadhan?
BalasPadamwsalam. Ya. wanita wajib ganti puasa ramadan selepas nulan ramadan jika didatangi haid pada bulan puasa. Harap maklum.
Padam