07 Ogos 2010

Balik Kampung...

Lama dah aku tak balik kampung. Lega bila masuk ke negeri sendiri. Perjalanan kami mengambil masa 6 jam setengah dari Bangi. Terus berjalan tanpa henti kecuali untuk solat jama' qasar. Ini kelonggaran yang diberikan Allah kepada umat Muhammad. Alhamdulillah...

Dalam perjalanan ke kampung, aku berhadapan dengan ragam-ragam pemandu. Ada tanpa bagi 'signal' terus masuk ke kanan atau kiri. Ada juga yang terus masuk ke tengah. waktu maghrib adalah waktu paling memeningkan. Perubahan dari suasana cerah kepada gelap.

Waktu inilah berlaku 'sesuatu' ke atas aku. Jalan 2 'line'. Aku yang duduk di 'line' tepi(kiri). Tiba-tiba sebuah kereta wira masuk ke 'line' aku. Secara automatik aku mengelak. Sebab kereta aku dalam keadaan laju 100km/j. Tak mungkin aku brek mendadak. Kebetulan 'line' kanan aku ada pajero yang lebih laju dari aku muncul di sebelah kanan. Aku sempat lihat pajero ni dan kedudukan aku di tengah 'line'. Hampir bergesel myvi aku dengan pajero ini. Marah betul pemandu pajero. Hon dibunyikan masa aku hampir himpit dia. Lepas aku jalan seiring dengannya, sekali lagi dibunyikan hon. Aku hanya tepuk kepala. Allah masih memanjangkan usia aku yang sudah tua ini. huhuhu...Lain kali pandu dengan cermat!

Isnin ini mak ayah ke Mekah untuk menunaikan umrah. Teringin aku ke sana. Jika duit mencukupi dan tiada kekangan lain, insya Allah aku akan menjejakkan kaki di sana. Merasai perasaan berhadapan dengan Kaabah adalah saat aku tunggu. Merasai air zamzam yang lazat...ermmm tak dapat aku bayangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...