10 Ogos 2010

Sedih...Gembira...

Esok...
Hati gembira menyambut bulan yang penuh barakah...
Dalam 12 bulan, satu bulan sahaja Allah wajibkan puasa penuh...
Ahlan Ya, Ramadhan! Ahlan! Ahlan!

Tak habis lagi air jernih ini mengalir...
Mengalir dan terus mengalir...
Mungkin air ini kering
Baru ia tidak akan mengalir...

"Man dan Salam tidur dengan aku. Sedih dan sebak aku tengok diorang ni. Menangis 'slow-slow'. Tak tau la macam mana nanti. Sedih sangat-sangat 'wase'...,"

"Diorang tahan nangis. Tadi diorang nangis masing-masing. Man nangis bawah bantal. Adik je tak tahan. Esak-esak slow-slow. Sebak aku tengok air muka budak-budak ni....,"

"Aku selama ini tak keluar air mata pun 'selok' dah ni...,"

"Budak-budak ni, esok lusa ok la. sekarang pun tidur dalam air mata,"

Ini lah isi kandungan mesej yang salah seorang keluarga aku sempat hantar. Memberi laporan tentang 2 orang adik aku. Masing-masing 6 tahun dan 10 tahun. Ini lah keadaan mereka selepas mak dan ayah aku bertolak ke Mekah membuat umrah selama sebulan. mereka bari bertolak pukul 10 malam semalam dari KLIA ke Amman, Jordan dahulu kemudian ke Jeddah.

Air mata aku tak tertahan lagi. Tumpah lagi. Aku tak tahannnn...Huwaaaa!

"Adik mimpi, mak ajak adik pergi Mekah,"

Mak senyum sahaja bila adik sebut tentang mimpi dia. Adik minta macam-macam. Mak layan. Mak tak nak adik sedih bila mak tinggalkan dia selama sebulan. Mak belikan baju raya 2 pasang seorang untuk Man dan Salam (adik).

Malam sebelum mak ayah aku bertolak, ayah azan isya' di surau. Mak dan kami adik beradik berkumpul di surau. Ayah yang menjadi imam. Sebaknya hatiku bila ayah baca ayat panjang. Air mataku terus mengalir dalam solat. Teringat...esok ayah nak pergi ke Mekah dah. Macam sengaja ayah panjangkan solatnya. Kotor sejadah surau dengan air mataku. Nasib tak banjir.

Ini sahaja yang sempat aku kongsi...

Doakan SEMOGA MAK DAN AYAHKU selamat pergi dan balik dengan SELAMAT.SEMOGA IBADAT MEREKA MENJALAN LANCAR.

"Ya, Allah. Selamatkan ibubapaku daripada segala bencana. Mudahkanlah perjalanan mereka ke sana menunaikan ibadah kepada-Mu untuk mendekatkan diri kepada-MU. Semoga mereka selamat pergi dan pulang. Serta jemaah yang lain...ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار,"

4 ulasan:

  1. yah...sedihnyer..akhirnya yah jugak mengalir air mata...semoga mak ayah yah selamat pergi dan pulang semula..dan dapat menunaikan ibadat umrah dengan sebaik2nya..ameeen..sirru ala barakatillah.

    BalasPadam
  2. Sedih kat adik-adik. Kecil2 lagi dah kena tinggal. Ni bukan sekejap. Sebulan mereka buat umrah...Amiin ^_^

    BalasPadam
  3. sabar ye akk,,,
    mga Allah merahmati dan melindungi segala2nya....

    BalasPadam
  4. Yhe...kalau akak baca semula pasal citer ni, pasti air mata mengalir. Ada adik akak yang sekolah menengah ni baca bila tau akak ada blog. Menangis dia sorang-sorang...Ayah mak dah selamat pulang. Alhamdulillah ^_^

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...