Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya:
"Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.
Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya:
"Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?"
Dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
********************
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,
di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan,
menurunkan rahmat,
mengampuni dosa-dosa kamu,
memakbulkan doa-doa kamu,
melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar
dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.
Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.
Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
*****************
Sahur....! Jangan tak sahur...banyak keberkatan sahur ni selain menampung perut hampir 12 jam atau 13 jam ni. Sahur lah sekurang-kurangnya minum air kosong (ada juga orang sebut air mati. Kuman dah mati kot atau zat air dah mati..hehehe)
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
**********************
Baharu sehari puasa. Mulut tak terjaga. Masih bercakap sesuatu yang sia-sia. Merendah-rendahkan orang lain. Alangkah indahnya diri kita jika dihiasi dengan senyuman, zikir dan baca al-Quran. Berharganya puasa ni. Jika tidak puasa tiada gantian lain hingga kita mati...huhuhu
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan