26 Oktober 2010
Perompak Yang Baik.
Dalam perjalanan pulang ke Baghdad, Muhammad menumpang kabilah Syeikh Ali Al-Khurasani. Syeikh Ali al-Khurasani memberi amanah kepada Muhammad. Dalam bungkusan itu mengandungi wang tunai berjumlah 100,000 dinar.
Sampai di daerah antaraAbu Warda dan Sirjis tanpa disedari kabilah ini diintip oleh kumpulan perompak padang pasir yang diketuai oleh Fazil bin Ayaz. Nama perompak ini digeruni oleh anggota kafilah yang sering berulang alik antara Khurasan dan Baghdad.
"Orang kita sedang mengintip jemaah haji dari Khurasan. Kami menunggu perintah daripada tuan untuk bertindak," beritahu Malik , pembantu Fazil bin Ayaz.
"Sekiranya mereka kumpulan jemaah haji lebih baik gangan diganggu kerana mereka hendak pergi beribadat di Tanah Suci Mekah," Kata ketua perompak itu tanda kurang berminat.
"Aku yakin mereka adalah pedagang dari Khurasan dan menyamar sebagai jemaah haji untuk mengelirukan kita," kata Malik bersungguh-sungguh.
"Bagaimana kalau mereka betul-betul jemaah haji? walaupun aku ini ketua perompak tetapi masih ada rasa hormat kepada orang yang mahu beribadat," kata Fazil bin Ayaz.
"Sekiranya mereka benar-benar pergi mengerjakan haji, lepaskan mereka. Jika tidak bunuh sahaja supaya jadi pengajaran," kata malik.
"Tunggu sehingga aku selesai solat asar dahulu," kata Fazil bin Ayaz.
Ketua perompak yang disegani...Masih solat bila masuk waktu. Masih mengeluarkan zakat setiap tahun. Berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Bila ditanya tentang hal menjadi perompak...ini jawapannya.
"Aku merompak kerana ini sahaja kebolehanku untuk mencari rezeki. Aku solat, puasa dan keluarkan zakat supaya Allah mengampuni aku," kata Fazil.
Beberapa hari sebelum itu, Fazil bin Ayaz memasuki sebuah perkampungan di daerah Abu Warda. Dia memasuki rumah seorang wanita yang paling cantik di kampung itu. Dia terdengar wanita ini membaca Al-Quran surah al-Hadid ayat 16.
"Belum tibakah waktunya bagi orang yang beriman tunduk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (melakukan) seperti orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian melalui masa yang panjang sebelum hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka menjadi orang yang fasik" Surah al-Hadid ayat 16.
Sebaik sahaja mendengar ayat ini, tiba-tiba timbul keinsafan dalam hati ketua perompak ini. Lantas membatalkan niat jahatnya memperkosa wanita itu.
"Wahai Tuhanku, sudah tiba masa untuk aku bertaubat," bisik hati kecilnya.
Semasa dalam perjalanan balik ke tempat persembunyiannya, tiba-tiba terserempak dengan rombongan kafilah dagang yang lalu, lalu bersembunyi dicelah-celah batu.
"Kita berhenti rehat di sini," cadang suatu suara.
"Lebih baik kita jalan terus kerana kawasan ini menjadi sasaran Fazil bin Ayaz. Dia ketua perompak yang paling ganas di kawasan ini," kata suatu suara yang lain.
"Sudah banyak kejahatan yang dilakukan oleh Fazil. Bila agaknya dia nak bertaubat," tingkah suara yang lain.
Mendengar kata-kata ini, bertambah lagi keinsafan di hati Fazil bin Ayaz. Dia pun berbisik kepada diri sendiri.
"Ya Tuhanku, sudah banyak kerosakan yang aku lakukan sehingga orang ramai takut dan benci kepadaku. Aku ingin bertaubat kepadaMu, Ya Allah...,"
Sejak itu, dia tidak berminat lagi menjalankan kegiatan merompak tetapi tidak meninggalkan kumpulannya. Pada hari itu, rakan-rakannya mengajaknya merompak kafilah dari Khurasan yang diketuai oleh Syeikh Ali al-Khurasani. Dalam kafilah ini terdapat penumpang. Muhammad dan Sufiah yang sarat mengandung Imam Hanbali. Sufiah adalah satu-satunya wanita dalam kumpulan ini dan mengikut jauh dibelakang kafilah ini.
Bila kafilah ini dikepung oleh perompak, Muhammad amat bimbang terhadap barang amanah yang ada padanya. Pada masa yang sama, Fazil bin Ayaz sedang memerhati dari jauh dan tidak menyertai kumpulan perompak itu.
Tiba-tiba Muhammad ternampak seorang lelaki sedang duduk atas batu sambil memerhati kumpulan perompak itu. Lelaki itu bertubuh tegap dan bersenjata. Muhammad memberanikan diri menghampiri lelaki itu.
"Kami sedang dirompak. Tetapi saya yakin tuan orang baik. Tolong simpankan bungkusan ini kerana didalamnya ada harta yang diamanahkan kepada saya. Selepas perompak itu pergi nanti, pulangkan semula bungkusan ini kepada saya," kata Muhammad.
"Adakah kamu yakin saya tidak akan membawa lari bungkusan yang berisi harta ini?" tanya lelaki itu.
"Saya yakin tuan adalah orang yang baik, kerana saya bersangka baik terhadap tuan. Sebentar tadi saya berdoa semoga Tuhan memberi taufik dan hidayah kepada tuan supaya tidak mengkhianati saya," jawab Muhammad.
Fazil bin Ayaz terpegun mendengar kata-kata Muhammad. Dia tidak menyangka masih ada orang yang bersangka baik kepadanya. Malah mendoakannnya semoga mendapat taufik dan hidayah.
"Benarkah kamu jemaah haji yang dalam perjalanan ke Tanak Suci Mekah?" tanya Fazil.
"Tuan seorang yang jujur. Saya mesti menjawabnya dengan jujur. Sebenarnya kami bukan jemaah haji. Kami memakai pakaian ihram supaya dapat mengelirukan perompak. ternyata helah kami tidak menjadi. Kumpulan perompak lebih cerdik dari kami,"
Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba Malik datang melaporkan kepada ketuanya. Kemudian Fazil menyuruh Malik memeriksa semula kerana Muhammad memberitahu bahawa mereka adalah pedagang dari Khurasan. Ternyata benar aapa yang diberitahu oleh Muhammad.
muhammad terkejut kerana baru dia sedar lelaki itu adalah Fazil bin Ayaz, ketua perompak padang pasir dan terkenal dengan keganasannya. Muhammad berdoa supaya Allah melembutkan hati Fazil untuk menyerah kembali bungkusan kepadanya.
"Adakah engkau terkejut setelah mengetahui siapa aku yang sebenanya?"Tanya Fazil bin Ayaz sambil tersenyum memandang Muhammad.
"Saya masih yakinn tuan orang baik, dan tuan tidak akan mengkhianati saya," jawab Muhammad.
Fazil senang hati mendengar kata-kata itu lalu berkata.
"Oleh kerana kamu masih berbaik sangka maka tidak tergamak aku mengambil harta kamu ini. Aku kembalikan semula kerana takutkan Allah,"
Tiba-tiba muncul seorang tua dengan menaiki seekor unta lalu di hadapan mereka. Semasa melintas di hadapan mereka, orang tua membaca sepotong ayat dari kitab Quran, yang bermaksud, “Orang yang melakukan kejahatan itu masih mempunyai peluang bertaubat dari segala dosa-dosanya itu.”
Fazil terpegun sebentar apabila selesai mendengar ayat Quran itu. Cahaya hidayat sudah meresap ke jiwanya. Jiwanya terusik apabila menghayati ayat itu. Dengan segera dia memanggil kawan-kawannya.
Dia berkata, “Wahai kawan-kawanku! Saya hendak kamu tahu, mulai hari ini saya tidak melakukan kerja-kerja jahat yang dilarang Allah. Sesungguhnya, saya bertaubat kepada Allah dan saya berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa-dosaku yang lalu.”
Kemudiannya, Fazil juga menyeru kawan-kawan supaya bersama dengannya meninggalkan kerja-kerja yang tidak baik itu dan mengikutnya ke jalan kebenaran. Tetapi kawan-kawannya enggan. Mereka terus meninggalkan Fazil bersama dengan ketua dagang itu.
Mereka tidak mengambil harta yang sudah dirompak itu. Mereka takut dengan Fazil yang sudah bertaubat. Fazil pula meminta maaf kepada ketua dagang dan juga yang lain atas perbuatannya dan kawan-kawannya. Dia memulangkan balik harta rampasan itu kepada mereka.
Namun begitu, ada seorang Yahudi dalam rombongan dagang itu tidak mahu memaafkan Fazil. Dia memberi syarat dan berkata, “Saya boleh memaafkan kamu sekiranya kamu melakukan dua syarat yang saya kenakan nanti.”
Fazil tidak marah malahan dia tersenyum dan bertanya kepada lelaki Yahudi itu.
“Apakah syarat-syaratnya?”
Lelaki Yahudi itu tersenyum dan yakin yang Fazil tidak boleh melakukannya nanti. Dia pun berkata,
“Syarat pertama, hendaklah kamu alihkan sebuah bukit pasir ke suatu tempat lain.”
Fazil memandang lelaki Yahudi dengan hairan. Tetapi dengan yakin dia menjawab,
“Baiklah saya cuba dahulu.”
Fazil menghadapkan dirinya dengan penuh yakin ke arah bukit itu.
Tanpa disangka, tiba-tiba berlaku satu tiupan angin kencang yang memindahkan bukit itu ke suatu tempat yang tidak jauh dari situ.
Fazil memandang kepada lelaki Yahudi itu dan bertanya, “Apakah syarat kamu yang kedua?”
Fazil melihat lelaki Yahudi mengambil guni besar dan memasukkan tanah liat.
Kemudiannya, dia berkata, “Ambil guni ini tetapi saya mahu kamu pulangkan balik guni ini kepada dengan berisikan emas.”
Fazil hanya mengangguk dan dia mengambil guni itu dari lelaki Yahudi. Pada keesokan harinya, Fazil membawa guni itu kepada lelaki Yahudi itu. Lelaki Yahudi tersenyum dan berfikir mustahil Fazil boleh lakukan seperti yang dia suruh.
Alangkah terkejutnya apabila dibuka guni itu kelihatan emas berkelipan. Melihat keajaiban itu, lelaki Yahudi itu lalu sujud di kaki Fazil dan dia berkata,
“Saya yakin kamu sudah bertaubat sepenuhnya. Saya sudah membacanya dalam kitab Taurat yang menyatakan iaitu seseorang yang bersungguh bertaubat atas segala kesalahannya boleh dilihat kesungguhannya melalui dua perkara. Iaitu seperti dua syarat yang saya berikan kepada kamu itu. Bagi orang lain, adalah mustahil hendak melakukannya. Tetapi kamu ikhlas. Sesungguhnya, kamu adalah orang yang baik dan mulia,".
Sumber:
1. Imam Hanbali Penegak Kebenaran. Abdul Latip Talib,2010.
2. Tafsir al-Quran
3. http://tehsecawan.blogspot.com/2010/10/taubat-mu-di-terima.html
Mungkin ramai orang di luar sana seperti Fazil bin Ayaz termasuk pelajarku yang dianggap 'jahat' oleh guru-guru. Mereka tiada sokongan. "Aku buat baik pun dianggap salah,"Mungkin ini yang ada dalam fikirannya. Moga pintu hidayah terbuka untuknya. Aminnn ^_^
~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Entri untuk seorang kawan. Kalau pembaca lain berminat, teruskan bacaan anda. Apa maksud 'Adab'? Sudah pasti ianya takde ken...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan