17 Disember 2010

Keputusan PMR???


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan
diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini semalam berkata analisis keputusan
PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai jam 10
pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang
akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada
tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah
kerajaan. - Bernama

Sumber: Metro

......aku akan kembali ke sekolah bersama debaran keputusan PMR tahun ni. Macam mana
keputusan pelajar2ku ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haji Pertama Mak Ayah

Assalamualaikum. Sebenarnya aku terjumpa diari aku. Diari lama 2003. Lama kan. Sebab sekarang tahun 2025.  "Hari ini mak buat kenduri k...