Dengan izin Allah apabila Maryam mengandung, beliau berasa risau dan menyisihkan diri daripada masyarakat kerana tidak sanggup berhadapan dengan mereka apabila sudah melahirkan anak tanpa suami.
Apabila tiba di Bethlehem (Baitu Laham) selatan Jurusalem, beliau mula berasa sakit untuk melahirkan anak. Beliau bersandar di bawah sebatang pokok kurma.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka rasa sakit melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pokok kurma. Dia berkata: Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan. Maka Jibrail menyerunya dari tempat yang rendah: Janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goncanglah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu" ( Surah Maryam ayat 23-25)Maha Suci Allah yang telah mengajar kaum ibu tentang kaedah-kaedah tertentu untuk mengurangkan penderitaan dan mempercepatkan proses bersalin. Bahkan kaedah-kaedah ini telah lama diaplikasikan di wad-wad bersalin.
**********
Menarik Pohon Kurma
Kajian perubatan menunjukkan bahawa dengan menarik atau meramas objek tertentu juga akan memudahkan proses melahirkan anak. Tindakan tersebut akan mempercepatkan pergerakan bayi keluar melalui salur peranakan.
Hal ini telah dipraktikkan di wad-wad bersalin sejak dahulu lagi. Pelbagai cara digunakan untuk mengaplikasikan kaedah ini seperti menarik tali yang digantung pada syiling, memagang besi yang dilekatkan pada katil, menggunkan kekuda dan juga meramas tangan seseorang contohnya suami.
Di sesetengah hospital, terdapat satu alat berbentuk U yang dilekatkan pada katil pesakit yang dikenali sebagai 'squat bar'. Dengan menarika alat ini, ia akan memudahkan proses memudahkan proses melahirkan bayi dengan memendekkan salur peranakan dan melebarkan bukaan rahim. Alat ini membantu ibu untuk berada dalam kedudukan bercangkung apabila dia menarik badannya ke atas dan menekan kakinya ke bawah. Dalam kedudukan ini, otot-otot rahim akan mengembang meskipun dengan menggunakan tenaga yang minimum. Kedudukan ini juga menyebabkan tulang pelvis mengembang sebanyak 30% daripada asal dan menyebabkan bayi dengan mudahnya dikeluarkan.
Menggoncang pohon kurma juga merupakan salah satu senaman. Senaman ringan digalakkan untuk melegakan kesakitan dan juga memudahkan proses bersalin seperti berjalan-jalan di sekitar wad bersalin. Maka sebab itulah ibu-ibu pada peringkat awal kelahiran disarankan untuk melakukan sedikit senaman untuk mengurangkna tekanan pada badan dan mengurangkan komplikasi semasa bersalin.
Makan Buah Kurma
Mengugurkan buah kurma seperti yang disebutkan dalam ayat tadi tentu ada kaitan dengan orang bersalin. Pasti ada khasiat tertentu.
Khasiat umum buah kurma sememangnya sudah diketahui umum. Buah yang dikenali 'Bread of Desert' ini mengandungi gula semulajadi yang membentuk kira-kira 2/3 daripada beratnya.
Gula semulajadi ialah sejenis gula yang mudah diserap, dicerna dan ia mampu membekalkan tenaga dengan pantas kepada badan. Gula ini ialah jenis fruktosa dan berbeza dengan gula jenis glukosa yang terdapat dalam menu masakan harian kita.
Kajian perubatan moden menunjukkan salah satu khasiat kurma adalah dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi. Pakar-pakar perubatan menggalakkan ibu-iibu pada fasa awal kelahiran untuk makan makanan yang mengandungi fruktosa yang tinggi.
Sumber yang paling baik untuk membekalkan fruktosa tidak lain dan tidak bukan iaitu KURMA. Tenaga yang dihasilkan oleh gula fruktosa begitu hebat sehingga menguatkan semula badan-badan yang lemah dan tidak bertenaga dalam masa yang cepat.Kurma dapat meransang otot-otot rahim dengan mengawal dan menguatkan pengecutannya untuk memudahkan proses bersalin.
Semasa mengandung, otot-otot rahim mengembang dan membesar serta ia bekerja keras untuk menolak bayi keluar selama berjam-jam lamanya tanpa henti. Maka rahim memerlukan bekalan gula fruktosa yang mencukupi semasa proses kritikal tersebut. Gula fruktosa ialah gula yang paling sesuai dalam keadaan ini. Gula glukosa dianggap kurang sesuai kerana ia mengambil masa yang lama untuk menjana tenaga.
Allah menciptakan sungai untuk Maryam
Allah SWT juga menjelaskan peranan air dalam membantu kaum ibu. seperti kurma, air juga dapat mengurangkan kesakitan semasa bersalin dan mengawal pengecutan otot-otot rahim.
Semasa proses bersalin, berbotol-botol air akan dialirkan ke dalam darah ibu untuk mengelakkan penghidratan dan memudahkan proses bersalin. Ibu yang mengalami penghidratan akan berada dalam keadaan yang lemah dan tentu sekali menyukarkan proses bersalin.
Di negara-negara barat, melahirkan anak dalam kolam air adalah perkara biasa dan ia sememangnya terbukti boleh memudahkan proses bersalin.
Air merupakan bahan yang sangat penting semasa proses mengandung dan bersalin atas beberapa sebab. Sepanjang tempoh kehamilan, isipadu darah dalam badan wanita bertambah untuk keperluan janin. Pada hujung tempoh kehamilan, isipadu darah dan bendalir di dalam badan wanita meningkat sehingga 150%
Sumber: Majalah Solusi oleh Dr Farhan Hadi Mohd. Taib.
p/s : Tadi aku baru masuk sungai. Suka sangat masuk dalam air ni.hehehe. Teringat pasal artikel ni. Pernah Hafsah sebut kakaknya yang cepat dan mudah bersalin selepas berenang dlm kolam / sungai.
Untuk kawanku, Kak Mas yang baru keluar wad kerana uri bawah rahim. Semoga sihat dan jadi tip untuk kak mas. Moga dipermudahkan semua urusannya terutama pertukaran dari Sarawak ke Semenanjung. Aminnn ^_^
~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan