Aku terkedu bila dengar dalam berita tadi...
Pelajar Cina dari SMK Bachok dapat 'A' Bahasa Arab PMR 2010.
Dia satu2nya calon PMR yang ambil Bahasa Arab di Kelantan.
Tak malu ke pelajarMelayu atau pelajar Islam???
Itu bahasa syurga. Bagi aku wajib orang Islam menguasai bahasa arab ni...
Bahasa yang mempunyai ramai penuturnya walaupun banyak negara menggunakan pasar.
Seperti Mesir.
Negara kita...jawi paling mudah untuk belajar BA ni.
Tapi pelajar tak kuasai jawi...
Al-Quran...
Satu-satunya mukjizat yang Rasulullah SAW tinggalkan..
tetap dalam bahasa Arab..
tak akan bertukar hingga hari kiamat!
Aku doakan moga pelajar bangsa cina ini mendapat hidayah...
Menjadi Muslimat sejati...
Aminnn =)
copy paste dari SINI
*******
BACHOK – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok diumumkan sebagai sekolah harian paling cemerlang bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang semalam, sekali gus berada pada kedudukan pertama antara sekolah harian di negeri ini.
Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid berkata, kecemerlangan yang dicapai dalam PMR kali ini menyamai kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.
Menurutnya, daripada keseluruhan 95 calon PMR SMK Bachok, 43 daripadanya mencatat keputusan keseluruhan mata pelajaran A.
“Ini adalah kebanggaan bagi seluruh warga pendidik Bachok yang sebelum ini telah menunjukkan keputusan memberangsangkan melalui UPSR.
“Ia juga menggambarkan kemajuan modal insan di daerah ini hasil program transformasi pendidikan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya semalam.
Beliau berkata, SMK Bachok juga mempunyai seorang calon bukan Melayu, Wee Soo Yen yang mencatat keputusan 9A apabila cemerlang dalam subjek bahasa Arab yang diambilnya.
Sementara itu, ibu Soo Yen, Soo Ah Khem berkata, anaknya mula menyemai keinginan belajar bahasa Arab sewaktu memasuki kelas Tingkatan Satu yang mewajibkan pengambilan subjek berkenaan.
“Anak saya meminati subjek bahasa Arab dan apabila saya melarangnya mengambil subjek tersebut dalam peperiksaan, mukanya berubah.
“Lalu suami saya memberikan galakan agar membiarkan anak kami belajar apa sahaja yang diminatinya,” katanya.
Beliau akhirnya memberi kebenaran setelah melihat kesungguhan Soo Yen.
“Apabila dia meyakinkan kami bahawa akan lulus subjek tersebut, saya tidak lagi membantah,” katanya yang juga bertugas di PPD Bachok.
Menurutnya, Soo Yen banyak mendapat bimbingan guru selain bahan tambahan dan kamus bahasa Arab yang dibeli untuk rujukannya.
SUMBER: Sinar harian
Update 23/2/2011
Soo Yen dapat anugerah tokoh Maulidurrasul 1432H. Moga dia jadi muslimah akan datang. Insya Allah ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan