04 Januari 2011

Tupai...


'Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tangan jua'

Adakah kata-kata ini sesuai? Semua perbuatan yang pernah kita lakukan terhadap seseorang akan terbongkar satu persatu. Sama ada yang baik atau buruk.  Sama ada akan di balas di dunia atau di akhirat. Di dunia mungkin dapat dilihat sebelum kita menghampiri kematian. Mungkin akan berlaku ke atas anak kita tanpa kita sedari atau ke atas diri sendiri.

Ada satu hadis yang berbunyi:
"من لا يرحم, لا يرحم"
Barangsiapa yang tidak memberi kasih sayang, dia tidak akan disayangi. Lebih kurang begitu lah maksudnya. Mungkin apa yang berlaku terhadap kita, adalah kifarah terhdap dosa kita. Bertaubat adalah jalan keluar kepada masalah  ini.

Berhati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi...Apa maksudnya?Jangan biarkan kita menzalimi orang lain. Mungkin akan terdetik dihati orang yang dizalimi

"ko akan rasa apa yang aku rasa,"

atau

"ko akan dapat balasan terhadap apa yang ko lakukan terhadap aku,"

Hati-hati!

Doa mereka adalah antara doa mustajab tanpa ada hijab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...