Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku nak ulang-ulang lagi agar menjadi sebati dalam diriku.
Dalam al-Quran yang aku baca, ada sedikit tafsir yang aku cuba fahami bahasa arabnya. Ayat 13-15 Surah Yasin ini menyebut berkaitan satu kampung yang tidak disebut namanya. Allah mengutuskan dua orang rasul -sebagaimana diutuskan Nabi Musa dan Harun kepada Fir'aun-. Malangnya penduduk kampung ini mempeolok-olokkan dua rasul ini.
Kemudian Allah utuskan rasul yang ketiga yang memberitahu penduduk bahawa dua orang rasul sebelum ini memang utusan Allah. Mereka tetap menolaknya dan mengatakan bahawa " sesungguhnya mereka adalah manusia seperti kami". Ini menunjukkan khayalan mereka tentang rasul bercanggah dan bukan mengikut kehendak mereka.
Imam al-Qutubi menyatakan bahawa kebanyakan ahli tafsir mneyebut kampung tersebut adalah Antakya di Turkiye. Pada awalnya Nabi Isa atas perintah Allah mengutuskan 2 orang rasul supaya menyeru mereka beriman kepad Allah. Sebaliknya mereka mengingkari dan mendusta serta memenjarakan dan menyeksa dua orang rasul berkenaan. Dalam waktu yang sama, rasul ketiga bernama Habib al-Najjar atau dipanggil Sahib Yasin. Ada juga berpendapat namanya adalah Habib bin Nurri berketurusan Najran atau Habib bin Israil al-Najran. Habib meminta penduduk berkenaan beriman kepada dua rasul berkenaan, namun dia juga dibunuh oleh kaumnya sendiri.
Allah mengutuskan Malaikat Jibril menghukum mereka dengan satu pekikan suara yang dahsyat sehingga mereka mati dalam keadaan musnah binasa.
Nama ulama' ini banyak aku jumpa dalam beberapa kitab yang aku jadikan rujukan terutama kitab aliran Mazhab Shafii dan Mausu'ah. Asalnya aku ingatkan ulama' ini adalah aliran Mazhab Hanafi. Rupanya salah! beliau aliran Mazhab Shafii.
Dalam rumah yang mak ayah aku diami ini, banyak pula kitab-kitab turath. Kira kitab klasik dalam bidang syariah. Tak ada siapa nak tengok-tengokkan kecuali ada beberapa orang yang sambung belajar, pinjam dan hantar. Ada juga hilang terutama jilid awal. Ada juga kena tenggelam banjir sebab abang aku bawa ke rumahnya.
Dalam bidang Usul al-Fiqh ini, Qadi al-Baidawiy ini kira terkenal juga. Sebelum ini, aku tak tahu wujud nama ini. Sebab kurang membaca kitab klasik ini. Jadi dengan pengetahuan Bahasa Arab yang asas ini, aku cuba juga fahami tentang riwayat hidup Qadi al-Baidawiy.
al-Baidawiy ini menjadi Qadi pada zaman anak Hulagu Khan dan cicit kepada Genghis Khan. Kisah Hulagu Khan boleh baca di SINI. Ini dari pembacaan dari buku novel sejarah.
Pernah tak kita dengar kata-kata ini "ANAK YANG SOLEH TERHASIL DARI KETURUNAN YANG BAIK-BAIK". Kalau di Malaysia pepatah "Bapa Borek Anak Rintik" boleh guna ke? Ada juga kata "IMAN TIDAK BOLEH DIWARISI".
Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Umar bin Ahmad bin Ali. Beliau dilahirkan di Kota Baidha' yang penduduk al-Shiraz ramai bekerja di sini yang terletak di Parsi. Beliau meninggal dunia di Tabriz iaitu kota yang terkenal di Azebaijan. Teringat cerita Bajrangi tentang kisah Orang India hantar anak perempuan comel ke Bajrangi. Nak tahu lebih, kena google la ye.
Nama al-Baidawiy ini di sandarkan kepada tempat al-Baidha'. Asalnya aku ingat maksudnya 'putih'. al-Shirazi pula di sandarkan kepada Kota al-Shiraz. al-Tibrazi pula disandarkan kepada nama Tibraz. Eh, macam nama tasik Tibraz la. Baidha' adalah kota tempat kelahiran beliau. Shirazi pula tempat beliau membesar. Tibraz pula tempat beliau meninggal dunia. Beliau bermazhab al-Shafii dan pegangan akidah al-Ash'ari. Gelarannya ialah Nasr al-Din. Ada juga dipanggil Abi al-Khair atau Abi Sa'id atau Abi Muhammad. Kebiasaannya dipanggil Abi al-Khair dan Sa'id dan Muhammad adalah anaknya.
Tarikh kelahiran Qadi al-Baudhawiy tidak disebut dalam mana-mana kitab sebab negaranya dilanda peperangan pada pertengahan pertama Kurun ke-7 Hijrah selepas Tartar mengambil alih pemerintahan ketika itu. Ibnu Habib menganggarkan beliau lahir pada tahun 585H iaitu sebelum Kurun ke-7.
Qadi al-Baidhawiy ini terkenal terkenal kerana keluarganya terpengaruh dan di sinilah terbinanya sahsiah dan akhlak Qadi al-Baidhawiy. "Solehnya seorang anak kerana solehnya seorang bapa". Ini terjemahan hentam aku je. lebih kurang macam tu la maksudnya.
Qadi al-Baidhawiy ini membesar dalam rumah ilmu dan mempunyai banyak kelebihan. Ayahnya Umar bin Muhammad bin Ali al-Shirazi al-Baidhawiy atau dipanggil Abi Hafsin dan digelar sebagai Imam al-Din dan dilantik sebagai Qadi di Shiraz di Turki (asalnya al-Atabik). Datuknya pula Qadi Fakhru al-Din bin Muhammad adalah seorang yang berilmu dan banyak kelebihan, diddapati bahawa datuk kepada ayahnya Sadru al-Din Abu al-Hassan Ali al-Baidhawiy dahulu seorang ulama' yang terbaik (Khiaratu al-Ulama')
Kebiasaannya bapa menjadi idola dan tauladan kepada anak-anak. Jadi tidak hairanlah Qadi al-Baidawiy ini tenggelam dalam kesibukan menuntut ilmu Adab, Bahasa Arab, al-Fiqh, al-Usul, al-Tafsir, al-Hadith, al-Mantiq, al-Tarikh yang dipelajari dari bapanya dan beberapa ulama' sezaman dengannya sehingga menguasai ilmu-ilmu agama dan diikhtiraf oleh ulama' sezaman dengannya. Bukan senang diiktiraf sebagai ulama' sebab orang alim ini dahulu akan diuji oleh 60 atau lebih ulama' sezaman dengannya. Qadi al-Baidhawiy ini dilantik menjadi Qadi di Tibraz sehingga wafat. Beliau meninggal dunia telah ber'uzlah selama 6 bulan. Beliau meninggalkan dunia Qadi 6 bulan sebelum meninggal dunia. Ini kerana beliau mengetahui seorang Qadi, jika salah menghukum mendaoat satu pahala dan jika betul mendapat dua pahala. malah beliau takut menjadi Qadi ini satu kaki masuk neraka.
Berkaitan dengan sifat dan akhlaknya, Imam al-Subkiy mengatakan bahawa al-Baidawiy adalah seorang Imam yang baik, soleh dan a'bid (banyak beribadat). Ibnu Shuhbah pula kata beliau banyak menulis kitab dan paling alim (berilmu) di Azebaijan. Kata Imam al-Sayuthi pula beliau adalah seorang alim yang sangat mengetahui tentang ilmu fiqh, tafsir, usul, bahasa Arab, mantiq, soleh, kuat beribadat dan mazhab Shafii.
Sumber google: Kota Tibraz di Iran.
Banyaknya Qadi al-Baidawiy menulis. Ada dalam bidang Usul al-Din seperti berikut:
al-Idhah
Tawali' al-Anwar fi Matali' al-Andhar
Misbah al-Arwah
Muntaha al-Manna fi sharh Asma' Allah al-Husnay
Penulisan dalam Bidang Usul al-Fiqh:
Sharh al-Mahsul li Imam al-Razi
Marshad al-Afham ila Mabadi' al-Ahkam
Sharh al-Muntakhib min al-Mahsul
Sharh al-Minhaj
Minhaj al-Wusul ila Ilm al-Usul
Penulisan dalam bidang Tafsir:
Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta'wil atau dikenali Tafsir al-Baidhawiy
Penulisan dalam bidanh Hadith:
Tuhfah al-Abrar
Penulisan bidang Fiqh:
Sharh al-Tanbih. Ini adalah kitab syarah bagi Kitab Tanbih Oleh Abi Ishaq al-Shirazi yang disyarahkan oleh al-Baidawit dalam 4 jilid
al-Ghayah al-Qaswa fi Dirayah al-Fatwa. Ini merupakan ringkasan Kitab al-Wasit oleh Imam al-Ghazali dan ditulis dalam dua naskhah
Penulisan dalam bidang Nahu:
Sharh al-Kafiyah
Lub al-Albab fi Ilm al-I'rab
Penulisan dalam Bidang Tarikh (Sejarah Islam)
Nidham al-Tarikh
Penuliasan dalam bidang Tasawur:
al-Tahzib wa al-Akhlak
Penulisan dalam bidang Falaq
Sharh al-Fusul
Mukhtasar fi al-Hai'ah
Penulisan dalam Bidang Mantiq:
Sharh al-Mathali' fi Mantiq
Risalah fi Maudu'at al-Ulum wa taarifiha.
Mohon maaf jika silap terjemah. Nanti boleh rujuk kitab di bawah. Terima kasih
SUMBER: Pentahqiq: Dr Abdul Fattah Ahmad Qutb al-Dukhmisiy, Pensyarah Usul al-Fiqh di Kuliyyah Syariah dan Undang-undang, Tanta, Mesir. Penulis asal: Qadi al-Baidhawiy ( meninggal pada 685H). 1996. Al-Tahqiq al-Ma'mul al-Manhaj al-Usul ala al-Minhaj
Alhamdulillah. Inilah cabaran perjalanan yang melebihi 2 marhalah.
Aku pernah dihalang oleh ayah melakukan perjalanan 2 marhalah tanpa ditemani mahram. Hukum asal yang dipegang oleh ayah adalah haram dan berdosa bagi si ayah membiarkan anak perempuannya melakukan perjalanan ini.
Aku sendiri akui perjalanan ini satu yang berat kerana 500km sehala bukan suatu yang mudah bagi diriku sendiri. Aku pernah ditunjukkan penumbuk kerana 'cucuk kereta' sebab tersilap lorong bayar tol. Pernah kereta 'mati sendiri' akibat kabel bateri tercabut dan bateri expired. Atas bateri ada 2 timah. Tak pernah terfikir timah ini boleh putus. Hairan bin ajaib. Semua kejadian ini, ketika ada kawan di sebelah.
Tak dinafikan ada teman yang boleh bergilir memandu satu keringanan untukku berbanding teman tapi hanya tidur disebelah.
Larangan bermusafir seorang wanita secara bersendirian berdasarkan hadis Bukhari (1086) dan Muslim (1338)
لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم
"Janganlah seorang wanita itu bermusafir selama 3 hari melainkan bersama mahram"
Namun ulama' kontemporari berpendapat bahawa perjalanan musafir tanpa mahram bagi wanita ini adalah harus dengan 3 syarat;
1. mestilah keadaan aman terhadap diri, agama, maruah dan masa permusafiran
2. Perlukan keizinan mahram dan wali terdekat.
3. bukan musafir ke tempat yang bawa fitnah dan mudharat kepada diri.
Namun dinasihatkan supaya ditemani oleh sekumpulan perempuan atau keluarga yang lain.
Aku baru mula baca buku Ust Hasrizal. Buku beliau adalah buku sekunder dan aku tak nafikan untuk memahami buku primer adalah sukar apatah lagi buku itu bukan dalam bahasa ibunda kerana kebanyakannya dalam dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tak dinafikan aku lebih faham BA dari BI. Walaupun sukar, aku tetap perlu teruskan kerja penyelidikan aku. Moga aku terus kuat dan kuat serta tidak dilupakan jangan ulangi perangai lama yang suka tidur. hohoho
Aku hidup dengan sia-sia apabila aku banyak habiskan dengan tidur, tengok drama, habiskan masa di FB dan IG. Aku tidak ada media sosial lain. Kadang aku perlu buka youtube untuk mencari adakah terdapat para asatizah yang mengajar kitab-kitab turath yang sukar untuk aku fahami istilah-istilahnya. Apa pun pencarian di internet perlu di susuli dengan pertanyaan kepada mana-mana guru walaupun secara online. Pendemik C19 membataskan kita mencari ilmu melalui guru secara bersemuka a.k.a F2F (sebelum ini aku pernah guna secara berdepan-kena kutuk "ayat apa la ni!")
Aku masuk balik cerita buku Ust Hasrizal. Ada yang mengatakan ust berfahaman liberal. Cara penulisan ust pula selari dengan kepala aku ini. Adakah aku sekular? Jika sebelum ini, seseorang copkan ust ini wahabi, mufti ini wahabi, bla..bla..bla. Aku baca dengan dengar kalam yang ust yang dimaksudkan. Ok je ceramahnya. Aku jadi wahabi ke? Ada sekali, geng yang dicop wahabi memetik kata-kata atau pendapat seseorang yang dikatakan wahabi di negara mereka. Hah! mungkin di sini lah puncanya.
Buku 'Seni Berfikir Yang Hilang' adalah merujuk kepada buku Dr Yusuf al-Qardawi iaitu Thaqafah al-Da'iyah. Ini buku usrah aku dahulu. Tapi aku tak boleh nak faham sangat dengan cara terjemahan melayu itu. Buku asalnya dalam BA, aku tidak ada. Lagi sukar kan. Garapan yang Ust Hasrizal nukilkan memang santai dan mudah difahami. Memang semua orang yang bergelar Islam adalah pendakwah. Tak kira berdakwah secara menulis, bercakap, akhlak dan banyak lagi.
Begitu juga apabila sebut tentang pentadbiran beradab. Menurut Mohd Zaidi Ismail (t.th) dalam artikelnya 'Pentadbiran Beradan: Faham dan Rencana Dasar' menyatakan bahawa pentadbiran beradab merujuk keapda suatu gerak kerja ilmu dan amal yang menjurus keapda pencapaian sesuatu akibat yang terpuji berneracakan satu tatanan yang benar lagi adil. Antara syaratnya adalah mengenali dan mengakui bahawa pentadbiran itu memiliki 2 dimensi iaitu akli dan amali yang mana nampak berbeza sebenarnya ia bersatu. Kedua mengenali dan mengakui bahawa akibat-akibat itu selain bermacam-macam juga memiliki kedudukan yang berbeza-beza dalam satu tananan yang benar. Ketiga ialah mengenali dan mengakui bahawa sementara pentadbiran beraneka bentuk dan lapangan serta berbagai tingkat dan lapisannya, perhatian yang khusus perlu diberikan keapda punca semua itu dalam diri seseorang insan. Sejak dasawarsa kebelakangan ini istilah dalam pengurusan pentadbiran dibentuk oleh sarjana barat menyebabkan banyka istilah, fahaman konsep, kaedah danpendekatan berlatarbelakangkan persekitaran, pengalaman, pembawaan dan pandangan hidup mereka. Bahasa juga perlu diterjemahkan dengan adab selaras dengan kata " bahasa itu jiwa bangsa" dan ungkapan pujangga melayu "Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa".
Jika dibaca ulang-ulang kenyataan di atas ada sesuatu yang kurang difahami kan. Ini ayat yang aku salin terlebih dahulu dan perlu diperbaiki semula. Sukar juga memahami tulisan orang lain tanpa baca keseluruhan artikelnya.
Kamus Dewan Edisi 4 Tahun 2015;
Tadbir: Urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu pemerintahan
Tatanan : aturan, sistem, susunan, tatatertib
Dasawarsa: masa sepuluh tahun, dekat.
SUMBER:
1) Hasrizal Abdul Jamil. 2020. Seni Berfikir Yang Hilang. Selangor: Iman Publication.
2) Mohd Zaidi Ismail. t.th. Pentadbiran Beradab: Faham dan Rencana Dasar.
Entri kali ini memerlukan guru bukan sekadar membaca. Aku masukkan nota ini untuk kefahaman sahaja. Sekadar menterjemahkan.
Fiqh Awlawiyyat perlu diberi kefahaman melalui takrif. Dalam bahasa standart adalah definisi, maksud. lebih kurang macam tu la maknanya.
Takrif Awlawiyyat dari sudut bahasa.
Kalimah asal أولويات adalah kata asal و، ل، ي menjadi ولي. Wali ialah hampir, dekat. Dia kata: Aku duduk berhampiran dengannya iaitu hampir dengannya. Begitu juga Allah berfirman dalam surah al-Qiyamah ayat 34 :
dengan makna lebih layak dan lebih utama. Dia kata:Si fulan ini lebih awla dengan perkara ini dalam si fulan yang lain. Maksudnya paling layak. dan fulan lebih awla di sini membawa maksud lebih utama .
Dalam hadis yang bawa maksud @ Faraid lebih berhal ke atas keluarganya, maka baki lebih layak bagi bagi lelaki. iaitu paling dekat dan rata dalam bab nasab adalah ahli waris si mati.
Antaranya membawa nisbah 'awlawiyyah' dan jamaknya 'awlawiyyat. Ada yang mengatakan : baginya awlawiyyah dalam amalan ini. iaitu lebih utama. Manakala dinisabahkan kepada 'awlawiyyat' , maka di dinisbahkan dari أول : kami tentukan yang lain, dia kata: هذا أول بين الأولية dan muannath bagi الأول adalah الأولى dan جمع adalah أوّليات. Secara rigkasnya mungkin dikatakan bahawa penggunaan dari segi bahasa untuk ambil istilah awlawiyyat dengan berikut, iaitu: Paling layak, paling berhak, paling utama, paling rajih dan paling dekat. Apabila dikai kalimah أولى dalam Al-Quran dan sunnah maka kita akan dapati makna sebelum ini telah disebut , antaranya:
إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا ۗ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ iaitu manusia paling utama adalah pengikut Nabi Ibrahim yang mengikut dalam beragama. Nabi Muhammad dan orang-orang beriman di kalangan sabahabt Muhajirin dan Ansor lebih awla daripada pengikut Nabi selepas daripada mereka. Awla di sini bermaksud lebih layak.
Dari Ibnu Abbas r.anhuma berkata: Rasulullah mendatangi (pergi berjumpa) penduduk Madinah, baginda mendapati bahawa golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura'. Baginda bertanya tentang puasa itu, maka mereka berkata: Hari ini (hari Asyura) Allah menagkan Nabi mUsa dan Bani Israel ke atas Fir'aun. Kami berpuasa untuk mengagungkan peristiwa itu. Kemudian Nabi berkata: Kami (umat Islam) lebih utama atau lebib dekat dengan Nabi mUsa daripada kamu. Mak Rasulullah menyarankan untuk berpuasa pada Hari Asyura'. Dam maksud kalimah lebih utama, lebih layak dan lebih dekat.
Penulis kitab ini (bukan aku) melihat berdasarkan kalimah 'awla' dalam kamus Mu'jam bahasa dan dari pengkajian Al-Quran dan beberapa hadis yang menunjukkan kepada makna sebelum ini. Ia tidak terkeluar daripada makna itu dan semunya mengabungkan maknanya dalam perbahasan 'Awlawiyyat, maka apabila kami nak tahu hukum dan melaksanakannya, maka akan melihat atau akan beri perhatian susunan keutamaan iaitu lebih layak dan begitu juga pertimbangan hukum yang utama dan lebih rajih dan dianggap lebih dekat untuk dicapai.
*** maksud dari segi bahasa dah panjang. Tak masuk lagi makna dari segi istilah.
Takrif Awlawiyyat dari sudut istilah.
Telah mucul istilah Awlawiyyat dalam Fiqh Islami yang terkini atau moden atau kontemporari. Al-Qardawi dianggap pelopor bagi istilah ini. Istlah awlawiyyat ini disandarkan kepada kalimah 'fiqh' maka menjadi Fiqh Awlawiyyat. Untuk membawa istilah ini menunjukkan bahawa Awlawiiayt ini ada disiplin yang khusus dan akan dibawakan secara ringgakas beberapa takrif umala' tentang fiqh awlawiyyat membantu meletakkan gambaran yang menyeluruh tentang Awlawiyyat:
Qardawi: Meletakkan setiap sesuatu pada martabat keadilan, dari segi hukum hakam dan penilaian dan amalan yang terbina atas standart atau parameter yang tepat dibawa oleh cahaya wahyu. Maka penggunaan lafaz 'fiqh' di sini datang dengan makna faham. Iaitu faham awlawiyyat dengan menyusun yang mana lebih penting.
Uthmaniy: Ilmu untuk tahu amalan utama dan amalan kurang utama dan tindakan yang baik dengannatikan dengan sesuatu yang baik atau buruk dan begitu juga dengan memahami terbaik dari yang baik dan buruk dari yang terburuk.
Fathi Yakan: mengetahui apa yang utama dari yang lain untuk dilaksanakan dengan makna mendahulukan yang lebih utama dan lebih layak ke atas yang lain. Ini dilihat dari sudut waktu atau masa ketika melaksanakn perkara itu.
Ini adalah secara ringkas takrif ulama' terkini dan apa yang tumpuan lebih penting dalam perbahasan ini adalah seperti berikut;
Takrif-takrif ini mengukuhkan penilaian hukum hakam, amalan dan tanggungjawab yang seimbang, bukan semuanya pada kedudukan yang sama. Ada antaranya tanggungjawab besar, ada tanggungjawab kecil, ada yang meletakkan dalam kekautan, ada yang letakkan pada nota kaki, ada yang wajib ke atas orang muslim dan individu dalam penjagaan nasab yang Allah jadikan antara tanggunjawab, amalan antara satu sama lain sehingga meletakkan setiap amalan dalam martabat syariah, tidak diletakkan rendah dan tidak pula diletakkan tinggi.
Takrif ini menyatukan bahawa hak tentang kewajipan didahulukan ke atas amalan yang lain. Kewajipan ini diandaikan untuk tidak membuat anggaran bahkan terbina atas parameter dan standart hukum yang lebih utama. Maka Syariah Islamiyyah datang menimbangi antara maslahah (kepentingan) dan mafsadah( kerosakan) dan mendahului rajih anatranya sesuai dowabit untuk mengistinbatkan hukum dari nas-nas syarak dengan cara istiqra'. Ia mesti dibongkarkan tentang bagaimana menentukan dan kenyusun keutamaan, maka umunya maslahah dan mafsadah menjadi bercampur maka satu perbuatan terikat untuk menghilangkan dua maslahah atau masalahah dan masfsadah. Contohnya hukuman qisas adalah menajga maslahah untuk jemaah dalam menjaga diri mereka dan ia adalah maslahah dharuriyyah tetapi mafsadah ke atas hak penjenayah.
Mengetahui Awliyyat dan meraikan awliyyat tidak terbatas kepada golongan profesional yang sibuk dengan mengeluarkan fatwa dan mengistinbatkan hukum bahkan dituntut ke atas setiap orang muslim untuk berijtihad mengikut keadaan atau situasi yang dihadapinya nanti.
Dituasi yang memerlukan keperluan daruriyyah denga meraikan awlawiyyat iaitu dalam keadaan bercampur lebih daripada satu dan banyak alternatif yang bukan daruriyyat maka ketika ini meraikan maslahah dengan menghasikan sususnan yang lebih utama dan lebih sesuai.
Apabila penulis mengkaji tentang takrif awliyyat dari ulama' terdahulu, maka tiada istilah yang tertentu digunakan dan mereka telah mengembalikan sebab kepada perkara berikut;
Menjadikan masalah dengan pemikiran yang biasa, maka akan yang baik atau sejahtera merangkumi apa-apa yang bermanfaat dan diterima secara lumrah.
Menjadikan jaga awlawiyyat adalah hakikat syark yang lebih memberi penekanan ke atas pelaksanaan tanpa meletakkan dalam penulisana, maka tidak dapat dicernkan istilah awlawiyyat seperti perbahasana kita yang lalu dan isu semasa pada zaman itu tidak memerlukan yang muncul dalam perbahasan ini. (dengan maksud sekarang kita masih meneruskan car lama, cuma susun kaedah dan letakkan bawah tajuk Fiqh Awlawiyyat-kefahaman aku)
Dengan menggunakan fiqh awlawiyyat ini, hukum hakam syarak dalam kategori ini ada illah yang ditentukan dan dibelakang fiqh awlawiyyat ini mucul maqasid untuk mencapai apa yang Allah nak (syarak) untuk dicapai. Maka tajuk ini meniti atau meningkat secara perlahan-lahan secara semulajaid di bawah perbahasan fiqh usul yangbbanyak antaranya: Maqasid Syariah, ilalh, jenis hukum taklifi, qias dan istihsan, masalah untuk raf'ul haraj wa taisir dan saddu zarai' . Selain itu, perbahasan utama ini meraikan awlawiyyat dalam hukum ke atas amalan dan telah dikenali oleh ulama' usul dan fiqh dengan mengkaji mengikut kedah syarak dalam pensyariatan dnegan menyusun awlawiyyat sunnah pensyariatan maka terbinalah awlawiyyat kaedah fiqh dan merujuk keapda nya.
Maka suariah mendahulukan fardu daripada sunat dan mendahulukan nas ke atas ijtihad, mengelakkan keburukan lebih utam daripada mengambil maslahah, maslahah umum didahulukan ke atas maslahah yang khusus dan melanggar keburukan ringan untuk mengelakkan menudharatan yang lebih bnayak dan sebagainya. Rumusannya bahawa pengkaji tidak menjumpai istilah awlawiyyat dari ulama' terdahulu tetapi kewujudan mereka diperlukan untuk memeahami awlawiyyat iaitu mendahulukan yang lebih penting dari yang penting denagn cara berfikir merekea dan sebahagian fatwa mereka.
Dalam menentukan takrif awlawiyyat, maka kita (penulis) mencadangkan takrif berikut dan bersandarkan takrif yang lalu dengan menggunakan perbahasan ini.
Definisi paling tepat ialah kaedah yang terbina ke atas kefahaman nisabah lebih baik dan amalan lebih utama, dan mengetahui kelebihan beramal dengan kelebihan kurang beramal dan rajih dengan marjuh dengan membina ke atas martabat ilmu dan dengan realiti yang berlaku untuk merealisasikan perkara lebih penting dengan meminimumkan kemudharata dan mengetahui hasil-hasil yang terhasil dalam pelaksanaan amalan ini.
Minggu lepas, aku ada hadiri satu program bawah NGO. Pada awalnya, aku sendiri tak tahu program berkaitan apa. Apabila pihak atasan telefon dan mengatakan 'awak pergi kursus ini 3 hari ye'. Aku terus sahaja cakap 'ok'. Senang cakap ok berbanding beri alasan untuk mengelakkan diri. Ramai sebenarnya mengelakkan diri dengan mencipta pelbagai alasan. Alasan mengelakkan diri mendapat tugasan. Aku juga salah seorang daripdanya.
Sejak akhir-akhir ini, mungkin semakin tua dan matang...aku tidak akan cipta alsan untuk mengelakkan diri. Jika benar-benar terdesak dan tak dapat dielakkan, baharu aku mohon gantikan dengan orang lain. Mereka bagi harapan, kita terima tanggungjawab. Yang pasti, tanggungjawab di tempat kerja perlu diselesaikan lebih awal supaya tiada suara-suara sumbang di belakang kita. Mengelakkan fitnah terhadap diri sendiri. Jika berlaku juga, redha adalah jalan terbaik.
Kali ini kursus ini luar biasa dan luar jangkaan. Jika sebelum ini, hanya dengar ceramah dan aktiviti dalam dewan tetapi kali ini berbeza. Apakah perbezaan dan keunikan program ini?
Pada awalnya, aku melihat tentatif perjalanan program. Terkejut pun ada. Seram pun ada. 'Street Dakwah'. Aku tiada pengalaman ini. Bila habis 'Street Dakwah' terasa WOW! Memang pengalaman yang mungkin menjadi ketakutan dalam diri seorang 'Guru Agama' atau 'Ustaz dan Ustazah'. Bukan semudah kata-kata. Bukan semudah dalam video-video. Bukan terus ucap syahadah.
Cabaran Bahasa
Bagi diriku yang banyak kelemahan dari segi bahasa, sangat terbatas untuk bercakap dengan pelancong non-muslim terutama dari German, US, UK, Korea, China dan lain-lain negara. Kebetaulan tempat tugasan aku adalah tempat pelancong luar negara. Kita tak dapat nak pastikan, adakah mereka muslim atau tidak. Ada yang muslim, tetapi pakaian mereka biasa-biasa. Ada yang mencari kebenaran, tetapi kekurangan 'vocab' menjadikan diri ini 'kelu'. 'Apa perlu cakap?' Bagaimana nak translate?' Cabaran BAHASA adalah punca utama. Beruntungkan kepada sesiapa yang fasih lisannya dalam bahasa selain Bahasa Melayu.
Cabaran Pemikiran Skeptikal
Masuk Islam, masuk melayu. Mungkin ini menjadikan punca non-muslim Malaysia susah masuk Islam.
Kena puasa penuh 30 hari iaitu menahan diri dari makan dan minum termasuk tidak boleh telan air liur. Pemikiran yang salah dan menyusahkan non-muslim jauh dari Islam dan menganggap perkara ini menyusahkan.
Kamu perlu 'potong' dulu. 'potong' di sini membawa maksud kena bersunat. Dengan kata lain, 'khatan atai khitan'. Maksud khatan di sini ialah membuang lebihan kulit pada kepada zakar/ alat kelamin lelaki supaya kebersihan terjamin terutama selepas membuang air kencing. Ia adalah disunatkan (digalakkan dan bukan wajib) bagi wanita. Biasanya khitan perempuan ketika masih 'baby'.
Ini adala sebahagian cabaran yang tercoret dalam pemikiranku.
Sebagai seorang muslim, tidak kira latarbelakang apa sekalipun, tanggungjawab kita sebagai 'daie' tidak boleh diabaikan. Mungkin dakwah kepada non-muslim bukan 'budaya melayu'. Kita perlu ubah kepada 'budaya Islam' .
Perbezaan Dakwah dan Islah.
Apa itu dakwah?
Dakwah yang perlu kita fahami adalah MENYERU, MENGAJAK, MENJEMPUT non-muslim kepada agama Islam. Yang ini kita tidak sedar termasuk diri aku sendiri.
Apa itu islah?
Islah membawa maksud MEMPERBETULAN, MEMPERBAIKI orang muslim kepada kesedaran amalan Islam yang sebenar. Ini yang kita buat selama ini. Ceramah di masjid dan surau.
Sebagai seorang guru, peluang menyampaikan dakwah sangat besar terutama di sekolah yang mempunyai pelajar dan rakan seguru non-muslim. Ajak kenal Islam terutama aqidah.
DUA PERKARA PERLU ADA UNTUK MASUK ISLAM
PERCAYA BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
PERCAYA NABI MUHAMMAD SEBAGAI UTUSAN ALLAH
Pastikan ada 2 orang saksi Islam yang melihat dan mendengar ucapan syahadah itu. Selepas mereka bersyahadah, prosedur seterusya perlu dilakukan adalah daftarkan keislaman dengan mendapatkan maklumat dan maklumkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Pihak Jabatan agama Islam, perlu mencari mereka bukan menyusahkan mereka. (Maaf jika aku tersilap dan tolong maklumkan pada ruangan komen. tq)
Etika berdakwah
Niat. Kerana Allah bukan terpaksa.
Ilmu. Ada bekalan ilmu dan mampu memberi hujjah yang sesuai dan tidak reka. Jika tidak tahu, katakan tidak tahu dan minta bantuan kawan lain.
Faham. Faham keadaan mereka dan tidak memaksa. Biar dalam suasana yang tenang
Amalkan. Tunjukkan akhlak yang baik. Senyum walaupun dimarahi atau di 'provok'
Jemaah. Tidak buat secara bersendirian
Doa. Jangan bangga diri. Doa supaya Allah buka hati mereka untuk terima hidayah. Mungkin bukan hari in, mungkin tahun depan, 10 tahun akan datang. Hidayah milik Allah.
Tawakal.
Jenis-jenis dakwah
Dakwah Bil Hal/ akhlak
Dakwah Bil Kitabah/ Penulisan.
Dakwah Bil Lisan/ perkataan
Dakwah Bil Mal/ Harta
Dakwah Bil Khidmat/ Bantuan
Dakwah Bil Mukaranatul Adyan/ Perbandingan Agama.
Apa perlu dibuat dalam dakwah dan perlu dielakkan dalam dakwah ( Do & Don't in Dakwah)
Do in Dakwah
Kongsi (sharing)
Bergerak dalam kumpulan kecil
Guna bahasa mudah
Penampilan
Cari titik persamaan
Hargai intelektual mereka
Expect the unexpected
Sabar
Don't in Dakwah
Serbu /serang
Timbulkan kemarahan
Mengganggu rakan
Bohong/ tokok tambah
Berlagak
Riak
Menghukum berdasarkan penampilan
Putus asa.
Antara pengalaman pertama aku yang sangat dhaif ini.
1. Rasa ragu-ragu. Nak tegur atau tidak. Kaki tak nak gerak. Over tihinking mula tercetus
Dia ni Islam ke tidak? Dia terima tak? Biarkan mad'u terlepas tanpa apa-apa ucapan.
2. Apabila perkenalkan diri, terus ditolak. No No No!
3. Ada yang cerita masalah dia tetapi mengelak dari menjawab soalan kita. Terutama golongan yang susah.
Cukup di sini sahaja, coretan aku kali ini sebagai pengajaran untuk diriku.
Alhamdulillah. Sambutan Maal Hijrah telah selamat dijalankan. Terima kasih buat rakan-rakan seguru serta ustaz dan ustazah.
Ada satu persoalan yang agak susah dijawab kecuali orang yang ahlinya. Apa yang terbaik adalah 'Hanya Allah Yang Tahu'. Allahu A'lam!
Di sini, aku cuba kongsikan berdasarkan rujukan yang bertauliah. Jika aa kesilapan, mohon ampun dan tolong perbetulkan kerana aku bukan ahlinya. Masih belum cukup ilmu agamaku.
Hukum asal melukis adalah HARUS.
Dalam bab melukis benda hidup termasuk manusia apatah lagi Rasulullah dan para sahabat Rasulullah, ada hadis yang melarang;
hadis Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar RA, sabda Rasulullah SAW,
إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم: أحيوا ما خلقتم.
Yang bermaksud, Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar (berjisim iaitu patung atau tidak berjisim iaitu lukisan, tenunan, ukiran dan sebagainya) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat. Dikatakan kepada mereka (dengan pertanyaan penghinaan): ”Hidupkanlah apa yang telah kamu cipta itu.”
Syeikh ’Atiyyah Saqr melalui kitabnya menyebut, sesungghnya ulama’ telah menegah daripada lakonan tokoh-tokoh yang terhormat seperti para Nabi dan Rasul. Mereka juga mengharamkan lakonan secara mutlak sebagaimana diharamkan lukisan dan mempotretkan mereka. Ini kerana beberapa alasan:
i. Lakonan atau gambaran tidak berbetulan atau bertepatan dengan yang asal dan sebenarnya.
ii. Tidak menepati realiti yang betul sama ada gambaran atau sebenar.
iii Mereka adalah tokoh dan contoh ikutan kepada yang lain. Justeru, berdusta ke atas mereka dengan lakonan atau lukisan adalah tidak benar
iv Melukis atau menggambarkan mereka jika tidak baik boleh memberi satu gambaran yang tidak baik kepada yang menonton atau yang melihatnya
Hal ini dikuatkan lagi dengan fatwa ulama’ Muktabar antaranya,
i. Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf pada bulan Mei 1950, iaitu al-Fatawa al-Islamiyah Jil. 4 halaman 1297
ii. Lujnah Fatwa Azhar pada bulan Jun 1968.
iii. Majlis Majma’ Buhuth Islamiyah pada bulan Februari 1972
iv. Muktamar ke-8 Majma’ pada bulan Oktober 1977
v. Majlis Majma’ pada bulan April 1978
vi. Dar Ifta’ Mesir pada bulan Ogos 1980
Antara nasnya ialah,
وكان منطلق التحريم هو أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح، فإذا كانت الثقافة تحتاج إلى خروج على الآداب فإن الضرر من ذلك يفوق المصلحة- وذلك إلى جانب متررات التحريم التى سبق ذكرها- كما جاء فى عبارة دار الإفتاء: أن عصمة الله لأنبياءه ورسله من أن يتمثل بهم شيطان مانعة من أن يمثل شخصياتهم إنسان.
ويمتد ذلك إلى أصولهم وفروعهم وزوجاتهم وصحابة الرسول عليه الصلاة والسلام، ومن جهة العبرة من قصص الأنبيا قال: كيف تتأتى الإستفادة من تمثيل إنسان لشخص نبي، ومن قبل مثل شخص عربيد مقامر سكير رفيق حانات وأخ للدعارة والداعرات، ومن بعد يمثل كل أولئك أو كثيرا منهم؟.
Yang bermaksud, Pengharaman ini adalah berdasarkan kaedah fiqhiyah (menghindarkan kerosakan adalah diutamakan daripada mengambil kemaslahatan).
Apabila sesuatu kebudayaan memerlukan kepada keluarnya daripada adab dan norma maka sesungguhnya kemudaratan itu mengatasi kemaslahatan. Di samping itu, terdapat banyak alasan pengharaman yang telah disebutkan seperti mana yang disebut di dalam dar al-Ifta’ Mesir : Sesungguhnya Allah telah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru ataupun dilakonkan oleh syaitan. Demikian jugalah Allah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru atau dilakonkan oleh manusia .
Demikian jugalah pengharaman meniru usul (nenek moyang) furu’ (anak cucu), isteri-isteri dan sahabat-sahabat Rasul.
Adapun yang berkaitan dengan pengajaran yang diambil daripada kisah-kisah nabi, fatwa ini menyebutkan bagaimana mungkin kita mengambil pengajaran daripada lakonan seorang manusia biasa terhadap peribadi seorang nabi. Siapakah yang sanggup menerima lakonan seorang bodoh, kaki judi, pemabuk, pelanggan kedai arak dan persundalan? Merekakah yang melakonkan lakonan para nabi dan sahabat?
Berdasarkan hadis di atas, melukis gambar apatah lagi gambar sahabat amatlah ditegah termasuk juga seperti lakonan. Ini kerana beberapa alasan.
1. Umum hadis berkenaan dengan larangan melukis gambar yang mempunyai roh.
2. Kemuliaan para sahabat hendaklah dipertahankan.
3. Ia mungkin termasuk dalam menghina para sahabat.
4. Lukisan tersebut lebih kepada andaian dan khayalan oleh pelukis melalui sedikit maklumat.
5. Hal ini tidak dilakukan oleh Salaf al-Soleh seperti imam-imam yang empat.
Satu “Garis Panduan dan Penjelasan Mengenai Seni Tampak Dari Kaca Mata Islam” telah di keluarkan oleh BAHEIS dan telah dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Majlis Agama Islam N.S bil 4/87 menyatakan haram melukis gambar-gambar malaikat, nabi-nabi dan para sahabat besar iaitu 10 yang dijamin masuk syurga.
Fatwa Negeri Sabah telah mengharamkan perbuatan melukis gambar sahabat Nabi SAW yang diwartakan pada 11 Disember 2003, sebagaimana petikan di bawah ini:
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut :-
"Perbuatan melukis, melakar atau mengukir gambar para Sahabat adalah diharamkan".
Bukan mudah mencari maklumat sekarang walaupun dunia serba moden. Tidak tahu sama ada benar atau salah, kita perlu cari lagi maklumat ini. Kali ini, aku cuba tulis apa yang difahami dari sumber pembacaanku yang dahulu, dirungkai oleh Ustaz Auni dan ditambah dengan maklumat dari sumber internet lain. Jangan percaya! Cuba nilai dan lengkapkan lagi maklumat yang aku perolehi berdasarkan kefahamanku sendiri. Jika salah tolong betul berdasarkan hujjah yang kukuh. Ini sahaja kemampuanku.
Yahudi sekarang mungkin berbeza dengan Yahudi ketika zaman Para Nabi. Pada pandangan mata kita, mereka genius. Mereka mengusai pasaran dan ekonomi dunia. Mereka mencipta makan 'fastfood' untuk non-Yahudi. Sedangkan mereka mengamalkan pemakanan sunnah dalam kehidupan keluarga mereka. Mereka makan susu kambing, kismis, kurma, madu dan banyak lagi. Kita disediakan air 'coco cola' yang boleh cuci tandas. Bila kita minum, apa akan jadi kepada usus kita. Pasti sesuci 'jamban' yang dijirus dengan air itu.
Nabi Ibrahim (Abu Anbiya'- Bapa Para Nabi dan Rasul)
Sebelum ini, aku hanya tahu , Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang isteri dan anaknya adalah Ishak dan Ismail. Apabila mendengar ceramah dari Ustaz Auni, beliau menyatakan Nabi Ibrahim mempunyai 4 orang isteri.
Isteri pertama adalah Sarah. Isteri kedua adalah Hajar. Apabila Sarah mandul, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Hajar atas permintaan Sarah. Hajar muda dan melahirkan seorang anak, iaitu Ismail. Kemudian ditinggalkan di padang pasir yang sekarang dikenali sebgai Mekkah. Dari keturunan Nabi Ismail inilah, lahirnya Nabi Muhammad S.A.W.
Sarah dalam usia 90 tahun mengandung dan melahirkan seorang zuriat yang diberi nama Ishak. Dalam Bahasa Arab dari kalimah "Yadhak" (يضحك) membawa maksud tertawa. Mungkin dalam usia 90 tahun dan mandul mana mungkin beliau ada anak.
Beza usia Ishak dan Ismail adalah 14 tahun.
Isteri ketiga Nabi Ibrahim adalah Qantura (قنطرا بنت يقطن) . Lahir dari rahim Qantura adalah Zimran (زمران), Yukhshan (يقشان) , Madam (مادان) , Madyan (مدين), Nasyik (نشق ) dan Siraj (سرج). Dari Qantura ini lahir Bani Jawi. Dalam kepala aku, adakah orang Melayu ini Bani Jawi? Wallahu a'lam. Mungkin juga Jepun, Korea . Ada juga dikatakan akan lahir dari keturunan ini Al-Mahdi. Bani Jawi yang hilang. Mungkin mereka telah temui. Inilah bangsa yang ditakuti oleh 'Yahudi' sekarang. Ada juga dikatakan bahawa jika ada 'genius' Melayu, mereka akan hancurkan.
Isteri keempat Nabi Ibrahim adalah Haajun (حجون) . Anak dari rahim Haajun adalah Kaison (كيسان), Amim (اميم) , Sawraj (سورج) , Luthon (لوطان) dan Nafis (نافس) .
Ishak
Ishak telah berkahwin dengan Rifqah Bin Batuil. Pasangan ini mendapat kembar. Abang diberi nama Aish dan adik diberi nama Yaakub. Nabi Ishak memberi tumpuan lebih kepada Yaakub menyebabkan Ishu selalu merasa iri hari terhadap Yaakub. Oleh itu, Nabi Ishak telah menghantar Yaakub ke tanah asal moyangnya, Faddam A'ram di Iraq. Di sana terdapat bapa saudaranya iaitu Laban atau Laman (Abang kepada Rifqah). Disebabkan adiknya Yaakub tiada, Aish telah merantau ke Rom. Dia digelar Bapa Rom.
Anak Laban ada 2 orang anak perempuan. Kakak nama Laiah dan adiknya, Rahil. Yaakub suka kepada Rahil kerana Rahil ini cantik. Oleh kerana kakaknya belum kahwin, Laban mengahwinkan Yaakub dengan Laiah. Tetapi pasangan ini kelihatan tidak bahagia. Kemudian Laban mengahwinkan Yakub dengan Rahil. Syariat ketika itu, membenarkan perkahwinan dihimpunkan adik dan kakak. Syariat Muhammad atau syariat sekarang tidak membenarkan kecuali kakak telah meninggal dunia atau telah bercerai.
Nabi Ishak telah memanggil pulang Yaakub ke Kan'an atau Palestin. Dalam perjalanan dari Faddam A'ram ke Palestin, Yaakub diberi pembantu kepada Laiya iaitu Zalfah dan pembantu Rahil adalah Balhah. Yaakub telah berkahwin dengan mereka berdua. Oleh itu, Yaakub telah berkahwin empat.
12 Anak Nabi Yaakub Anak dari rahim Laiya ada 6 orang iaitu, Ruben, Simon, Levi, Yahudza, Isakhar dan Zebulon. Anak dari rahim Rahil adalah Yusuf dan Bunyamin. Anak dari rahim Zalfah adalah Gad dan A'syer. Anak dari rahim Balhah adalah Dan dan Nattali.
Simon atau Syamun ini mempunyai anak lelaki namanya Thalut. Levi, nenek moyang Nabi Isa. Yahudza melahirkan keturunan Nabi Daud, Sulaiman. Bunyamin lahirkan keturunan Nabi Yunus.
Nama mereka seperti dalam filem-filem Inggeris. Nanti kita sama-sama tonton.
Kitab Kitab yang wajib kita umat Islam percaya adalah;
1) Taurat -Nabi Musa
2) Zabur - Nabi Daud
3) Injil - Nbai Isa
4) Al-Quran - Nabi Muhammad S.A.W
'Old Testament' / perjanjian lama adalah kitab taurat yang telah diubahsuai, ditokok tambah dan dikurangkan isi kandungannya. Mazmur dan Sam (Isi kandungan Zabur) telah ada dalam 'Old Testament' pada bab doa dan syair. 'New Testament' adalah kitab Injil yang telah diubahsuai.
Taurat atau Tanakh adalah undang-undang bertulis. Dalam Tanakh atau Shebikhtar terbahagi kepada 3 iaitu Thora(TA), Nabiin(NA) dan Khetubin (KH). Gabungan 3 kitab ini wujud TANAKH. Kitab Tanakh yang dipegang oleh Yahudi ada 46 kitab. Dalam Taurat ada cerita tentang Safar Musa (5), Safar Sejarah atau Legenda(16), Safar Doa dan Syair(6) , dan Safar Nabi-nabi (19).
Safar Musa
gambar hiasan google
1) Book Of Genesis (bab penciptaan dari Adam hingga Nabi Yusuf mati)
2) Book Of Exodus (bab penghijrahan -keluar Mesir menyeberangi Lautan dikejar Fir'aun)
3) Book Of Leviticus ( bab bani levi- kisah Nabi Musa Bin Imran)
4) Book Of Numbers (bab bilangan - N. Musa dan N.Harun kira bilangan Bani Israel yang selamat 603550 orang yang berumur 20 tahun dan ke atas)
5) Book Of Deutronomy (bab perulangan)
*Beza Taurat dan Suhuf Musa.
Allah kurniakan 110 suhuf dan 4 kitab. Pembahagian suhuf ;
1) 10 suhuf kepada Nabi Adam
2) 50 suhuf kepada Nabi Syith
3) 30 suhuf kepada Nabi Idris
4) 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim.
5) 10 suhuf kepada Nabi Musa
10 suhuf nabi Musa atau Ten Commandments turun sebelum Taurat;
1) Jangan sembah selain Allah
2) Jangan buat patung dan berhala
3) Jangan permainkan kalimah dan nama Allah
4) Ingatlah 'Hari Sabas'- Hari Sabtu. Black Sabas. Hari ke-7.Hari Ibadat.
5) Hormatilah hak ibu bapa
6) Jangan membunuh
7) Jangan berzina
8) Jangan mencuri
9) Jangan bersaksi palsu atau tuduhan palsu
10) Jangan ambil hak orang lain dengan cara zalim.
Safar Sejarah 1)Safar Yasukh
"Siapa paling alim?" tanya orang ramai.
"Aku paling alim," Jawab Nabi Musa tanpa fikir panjang.
Allah tempelak dan mengatakan ada hambaku dihujung. Nabi Musa kena bawa ikan. Simbol apa?Ikan hidup dalam air. Hati hidup dengan zikir.
Nabi Yushak Bin Nun Bin Afrad Bin Yusuf (cicit Nabi Yusuf) menemani Nabi Musa pergi mencari Nabi Khaidir. Kisahnya berakhir setelah Nabi Musa berjumpa Nabi Khaidir (dalam Al-Quran). Raja Yushak membawa Bani Israel masuk Palestin selepas kewafatan Nabi Musa.
Pemerintahan hakim. 12 orang hakim dilantik dari setiap Bani Israel. Safar Fudah' kata 4 kurun perintah. Yang sebenarnya 1 kurun sahaja. Ada juga hakimnya dikalangan perempuan.
3) Safar Raja-raja I
4) Safar Raja-raja II
5) Safar Raja-raja III
6) Safar Raja-raja IV
7) Safar Hari-hari I
8) Safar Hari-hari II
9) Safar Raus -Nenek Nabi Daud sebelah bapa. Daud Bin Isha Bin Uwaibid (Isterinya, Raus)
10) Safar Izra
11) Safar Hernia
12) Safar Tobia
13) Safar Easter - Permaisuri Raja Parsi. Puterinya kahwin dengan panglima yang selamatkan Bani Israel.
14) Safar Yahudids
15) Safar Raja Mukabi I
16) Safar Raja Mukabi II
Safar Doa dan Syair
1) Safar Ayub
2) Safar Muzamir
3) Safar Pujangga
4) Safar himpun
5) Safar Lagu
6) Safar Kesedihan Ernia (Nabi Ernia sedih)
Safar Nabi-nabi.
1) Nabi Ashaia
2) Nabi Armia
3) Nabi Barukh
4) Nabi Ezzakiel
5) Nabi Daniel
6) Nabi Husya'
7) Nabi Yuail
8) Nabi Amus
9) Nabi Oubdia
10) Nabi Yunan
11) Nabi Mikha
12) Nabi Nahum
13) Nabi Hebekuk
14) Nabi Tsofnia
15) Nabi Hijri
16) Nabi Zakaria
17) Nabi Malakhi
18) Safar Hikmah
19) Safar Yasuk Sirakh
Ada lagi Thorakh Shebik A'thar (Undang-undang Lisan). Sila dengar video ustaz Auni.
Yahudi Asli vs Yahudi Hibrik
Yahudi asli adalah dari kumpulan yang baik. Biasa dari Yahudi Ortodok. Pakai topi panjang;
1) Nature Kartai
2) Agudat Israil
Yahudi Hibrik pula adalah yahudi samar-samar. Mereka inilah Yahudi Zionis. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan, iaitu;
1) Ashkenazim - Nazi Jerman
2) Safardi - Portugal/ Spain
3) Mizrahi - Timur Tengah
4) Yow Tai - Kai Feng (keturunan Lee) -China
5) Sassons, Meyer, Cochin - India
6) Black Jews- Afrika
*Siapa 6 juta yahudi dibunuh oleh Hitler dala peristiwa Holocaust?
Mereka adalah yahudi yang beriman kepada taurat yang asli. Mereka tahu tanah Palestin bukan hak mereka kerana kemurkaan Allah. Mereka dibunuh supaya hal sebenar dikuburkan.
Antara nama Yahudi Ashkenazim;
Hitler
Lenin
Karl Mark
Stalin
Theodore Hertzel- Pengasas Yahudi Zionis
Sigmund Frued
Bill Gate
Golda Melr
Anna Frank
1924 Masihi, Yahudi pecahkan negara-negara Islam kepada negara kecil. Mereka tahu orang Arab taksub kepada kumpulan mereka. Apabila pecahkan negara, kekuatan Islam akan berkurangan. Inilah yang menyebabkan Palestin bersendirian walaupun dikelilingi oleh negara Arab. Bagi mereka 'asalkan jangan kacau aku'. Inilah kelebihan Yahudi "Mind Control". Tahun ini juga Turki Uthmaniyyah jatuh dan mereka merancang menubuhkan negara Israel.
1948 Masihi, mereka berjaya masuk Palestin dan menjadikan negara mereka, Israel. Cara mereka adalah menarik simpati negara lain dengan mengatakan orang Israel merempat di beberapa negara di dunia. Cerita peristiwa Holocaust.
Yahudi Mizrahi;
30,000 orang yahudi tinggal di Iran iaitu daerah Isfahan, Tehran dan Hamdan. Akhir zaman 70,000 orang yahudi ini ikut Dajjal. Tehran adalah Pusat Nuklear. Iran merupakan bumi suci Israel selepas Palestin.
Rumusannya, dalam Islam kita boleh ambil kisah Taurat dan Injil ada persamaan dalam Al-Quran diterima. Kisah Taurat dan Injil tidak sama dengan Al-Quran dan Sunnah ditolak. Kisah Taurat dan Injil tiada dalam Al-Quran dan Sunnah tetapi ada nama orang dan tempat boleh dijadikan ilmu sahaja dan tidak boleh dijadikan hujjah. Perlu diingatkan semula hanya kitab Al-Quran sahaja yang kekal terpelihara. Kitab Taurat, Zabur dan Injil bukan asli lagi.
"JANGAN TERIMA SEPENUHNYA, JANGAN TOLAK SEMUANYA'
Entri terdahulu SINI yang tak sempat buat sambungan.
Ada coretan yang masih terbuku di kepala. Perlu dicarikkan supaya kepalaku tidak buntu.
"Ada pelajar kita tak solat jumaat," lapor seorang guru.
Ketika itu, suara imam sedang solat dan rakaat terakhir. Aku terus ke lorong yang dimaksudkan. Lorong antara dua kabin. 5 orang lelaki. Lingkungan 18, 16, 14 tahun. Mereka masih muda remaja. Mereka adalah pelajar dan bekas pelajarku. 2 si kembar masih pelajarku. 3 lagi bekas pelajarku.
Salah seorang pelajar ini adalah ketua pengawas merangkap ketua pelajar sekolah pada tahun lepas. Pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-Quran. Pernah mendapat tempat walaupun bukan yang terbaik. Suatu ketika dahulu, dia menjadi contoh kepada pelajar lain.
Sudah terang lagi bersuluh mereka tidak solat. Bersembang entah apa. Bila ditanya kenapa tidak bersolat, dia menjawab.
"Ruang dah penuh," jawab tanpa ragu.
"Jika kamu semua nak solat, lorong ini boleh dijadikan tempat solat," cadangan aku.
Mereka diam membisu.
Salam pertama dari imam berkumandang. Ini menandakan solat jumaat telah berakhir.
Ruginya mereka. Mereka telah hadir ke masjid tetapi sia-sia. Ibu bapa pasti yakin anak mereka telah solat jumaat di masjid. Jika mereka tidak solat jumaat, mereka perlu solat zohor seperti biasa.
Aku doakan mereka ini diberi kefahaman dalam agama dan diampunkan segala dosa mereka dan kedua ibubapa mereka.
"Ya Allah, au juga berdosa. Ampunilah dosaku. Bukakanlah pintu taubat untuk hambaMu ini"
******************************
SOALAN 1: Apakah hukum jika tidak pergi tunaikan solat Jumaat dengan sengaja tiga kali berturut-turut.
Jawapan:
Menunaikan solat Jumaat adalah fardu ain bagi setiap lelaki yang mukalaf. Sekiranya tidak menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang alasan adalah berdosa besar.
Jika dia meninggalkannya selama tiga kali berturut-turut dia dikategorikan sebagai seorang yang kufur sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
"Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia".
Melalui hadis ini jelaslah kepada kita tentang betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosa jika meninggalkannya dengan sengaja.
Persoalan tentang sujud syukur menjadi tanda tanya. Termasuk diri ini sendiri.
Untuk menjawab tentang sujud syukur dan sebagai ingatan diri ini juga, aku merujuk kepada Kitab Fiqh 4 Mazhab oleh Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Penterjemah yang disenaraikan ialah;
1. H.M Yusuf Sinaga Lc. MA
2. H.M Abdurrahman Saleh Siregar Lc. MA
3. H. Muhammad Zuhirsyan Lc. MA
Kitab ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Cetakan Ketiga: 2011
******************************
"Kalau permintaan kita dah tertunai, kena sujud syukur kan? Tetapi masalahnya dia tidak tahu bagaimana buat sujud syukur itu. Adakah kita berdosa jika tidak buat? Apa pendapat Ustazah?"
Soalan dari pelajarku.
Kitab adik masih berada dirumah. Selongkar punya selongkar, jumpa kitab ini. Apa lagi cari dalam isi kandungan tajuk sujud syukur. Alhamdulillah jumpa. Jadi ini jawapan aku yang seterusnya.
"Sujud syukur adalah sunat" jawabku.
"Owh...Kalau tak buat pun tak apa..." kata pelajar ini.
Baca penerangan dibawah;
******************************
Jawapan kitab Fiqh 4 Mazhab:
Sujud syukur iaitu sujud sekali, seperti sujud tilawah. Sujud ini dilakukan ketika mendapat nikmat atau terlepas dari musibah, dan tidak dilakukan kecuali diluar solat. Apabila dilakukan dalam waktu solat , maka solat itu terbatal meskipun hal itu diniat mencakup dalam rukuk dan sujud solat, hal itu tetap tidak diharuskan.
Sujud syukur hukumnya SUNAT, menurut kesepakatan ulama' syafi'eyah dan ulama' Hanabilah, adapun ulama' Malikiyyah dan Hanafiyah mengatkan bahwa sujud syukur makruh hukumnya. Adapun yang disunatkan ketika mendapat nikmat atau terlepasa dari musibah itu dengan melakukan solat dua rakaat.
Jawapan Tambahan dari Kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq:
Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sesuai dengan pensyaratan Bukhari, bahawa ketika Ali mengirim surat kepada Nabi SAW untuk memberitahu bahawa Hamdan telah memeluk agama Islam, beliau menyungkur sujud. Beliau kemudian bangkit dari sujudnya, lalu bersabda, "Semoga keselamatan selalu tercurahkan kepada Hamdan. Semoga keselamatan selalu tercurahkan kepada Hamdan".
Abdurrahman bin Auf meriwayatkan, "Nabi SAW berangkat, lalu aku mengikutinya. Beliau masuk ke dalam kebun kurma, lalu sujud sangat lama sampai aku khuwatir Allah telah mewafatkannya. Aku segera melihatnya. Beliau mengangkat kepalanya seraya berkata, 'Ada apa denganmu wahai Abdurrahman'.
Aku menyuarakan kekhuwatiranku itu, lalu beliau bersabda,
Jibril a.s. berkata kepadaku, "Mahukah engkau, aku beritahu suatu khabar gembira? Allah berfirman kepadamu, 'apabila seseorang berselawat kepadamu, maka Aku berselawat (mencurahkan rahmat) kepadanya'. Maka aku bersujud kepada Allah sebagai ungkapan rasa syukur (kepadaNya)
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim berkata, "Ini adalah hadis sahih sesuai dengan pensyaratan Bukhari dan Muslim. Aku tidak mengetahui hadis lain yang menjelaskan tentang sujud syukur lebih sahih dari hadis ini".
Bukhari meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Malik melakukan sujud syukur ketika mendapat khabar gembira bahawa Allah telah menerima taubatnya.
Ahmad menyebut bahawa Ali r.a. melakukan sujud syukur ketika menemukan Dzu Tsudyah (seseorang dari golongan Khawarij) terbunuh bersama kaum khawarij. Sa'id bin Manshur meriwayatkan bahawa Abu Bakar melakukan sujud syukur ketika berita terbunuhnya Musailamah sampai kepadanya.
Sujud syukur dilakukan dengan beberapa syarat seperti syarat-syarat sujud di dalam solat. Ada ulama' yang berpendapat bahawa syarat-syarat sujud dalam solat tidak disyaratkan didalam sujud syukur. Hal ini kerana sujud syukur bukan solat.
Pengarang kitab Fath Al-A'llam berkata, "Pendapat ini lebih dekat kepada kebenaran". Syaukani berkata, "Hadis-hadis tentang syukur tidak menjelaskan disyaratkan wudu', suci pakaian dan suci tempat untuk melakukan sujud syukur". Imam Yahya dan Abu Thalib mengungkapkan pendapat yang sama dengan Syaukani. Hadis tentang sujud syukur juga tidak menjelaskan dianjurkannya bertakbir ketika melakukan sujud syukur.
Dalam Al-Bahr disebutkan bahawa hendaklah seseorang bertakbir ketika melakukan sujud syukur. Imam Yahya berkata, "Sujud syukur tidak dilakukan di dalam solat - ini pendapat yang disepakati - kerana sujud syukur bukan sebahagian dari solat".
Jawapanku:
Oleh kerana masyarakat Malaysia menggunakan mazhab Syafie, kita ambil hukum sunat melaksanakan sujud syukur. Sujud ini bukan dilakukan dalam solat. Di mana-mana sahaja asalkan tempat suci dan mengadap kiblat. Jika ada wudu' lagi baik.
Apa maksud sunat?
Sunat adalah perintah jika dilaksanakan dapat pahala dan jika tidak laksanakan tidak berdosa.
Bacaan adalah seperti sujud tilawah.
Bacaan lain, aku masih tidak dapat sumbernya. Ini sahaja yang mampu aku coretkan. Harap bermanfaat. Jika tersilap, sila buat teguran. Terima kasih.
SUMBER:
1. Fiqh 4 Mazhab Jilid 1, 2 dan 3 oleh Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.Kitab ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. Cetakan Ketiga: 2011
2. Fiqih Sunnah Jilid 1 oleh Sayyid Sabiq. Ditahqiq oleh ahli waris, Muhammad Sayyid Sabiq. Terbitan Pena Pundi Aksara, Jakarta, Indonesia.
Dalam bab wudu' dalam kitab الفقه على المذاهب الأربعة oleh عبد الرحمن الجزيري terbitan دار البيان العربى jilid 1:
Ulama' telah menentukan had bagi muka. Berlaku khilaf (perselisihan pendapat di kalangan 3 mazhab utama, iaitu malikiyyah, hanabilah dan syafeiyyah. Mereka (ulama' Maliki dan Hanbali) mengatakan had muka adalah dari anak rambut di dahi hingga ke akhir dagu bagi mereka yang tidak mempunyai janggut dan akhir tumbuh janggut bagi orang yang mempunyai janggut. Ulama' Syafie terkecuali dalam hal ini. Mereka mengatakan bawah dagu dikira kawasan muka, maka wajib dibasuh. Ulama' Hambali mengatakan kawasan muka adalah dari tumbuh anak rambut dihujung dahi hingga ke akhir dagu (bagi yang tiada janggut dan hujung tumbuh janggut). Selebihnya(kulit bawah dagu lain tidak perlu dibasuh. Ini disepakati oleh ulama' Maliki. (Jika terjemahanku tidak tepat, kalian boleh baikinya diruangan komen di bawah. Syukran)
Kemudian aku terjumpa islamweb berkaitan dengan wanita yang solat tanpa tutup bawah dagu. Boleh baca sendiri. Aku tak mampu terjemahkan satu persatu.
Dalam solat sebaiknya tutup bawah dagu supaya terkeluar dari khilaf ulama'. Jika diluar waktu solat, ia adalah kelonggaran untuk para wanita untuk tidak menutup bawah dagu.
Majoriti ulama' mengatakan aurat perempuan adalah semua anggota badan kecuali MUKA dan TANGAN. Jika nak ikut mazhab Syafei, aurat wanita adalah seluruh badan. Yang nak ikut mazhab Syafei, dipersilakan. Yang tak nak ikut, jangan perlekehkan atau menghina orang yang pakai purdah/ niqabis. Pemakaian niqabis adalah pemakaian ummahatul mukminin (para isteri Rasulullah bukan amalan orang arab Jahiliyyah). Jadi belajar dulu sebelum menghukum.
Setakat ini sahaja. Aku tidak teringin nak ulas panjang. Wallahu a'lam. Pandangan dari kalian dialu-alukan.
Semangat menulis datang kembali. Kembali seperti semangat Ammar. Aku tak kenal siapa Ammar. Ada video tetapi internet sangat perlahan. Jadi dibiarkan dahulu video itu. Semakin banyak kisah di fb dan blog tentang Ammar. Keterujaan ingin tahu semakin melonjak. Siapa dia ni???!
Sementara video tak dapat ditonton, aku cuba baca entri dari Ustaz Hasrizal tapi server down. Mungkin ramai sangat masuk ke laman web ustaz. Aku semakin sibuk dan terlupa tentang Ammar. Pulang ke kampung, line streamyx ok dari android. Terperasan lama tak update guna laptop.
Aku mula ingin tahu tentang remaja ini adalah 'berjiran dengan Maqam Abu Ayub Al-Ansori'. Hatiku terus terdetik, "Apa kehebatan remaja ini sehingga mendapat kebenaran dikuburkan bersebelahan dengan dengan sahabat Rasulullah?". Video di atas telah menjawab persoalanku ini.
"Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!” – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H
Beliau juga mempunyai semangat Sultan Muhammad Al-Fateh yang membebaskan Kota Konstantinople. Kisah Sultan Muhammad AL-Fateh dileh di baca pada entri yang lalu. Tahun 2010 (SINI). Tahun 2011 (SINI). Tahun 2012 (SINI). Adakah ini ada kaitan dengan Ammar? Wallahua'lam.
Beliau meninggal dunia berjumpa dengan Allah dalam keadaan Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) walaupun dalam usia 20 tahun. Wajahnya masih berpeluh selepas dimandikan dan dikafankan. Wajahnya seperti orang sedang tidur. Wajahku bagaimana? Ya Allah, matilah aku dalam 'husnul khatimah'. Aminn.
Jasa beliau terlalu banyak jika dibandingkan dengan remaja seusianya. Perkara ini juga banyak dikongsi oleh rakan beliau sendiri dalam fan page ini (https://www.facebook.com/letsfollowammar?ref=profile) serta ahli keluarga. Perkongsian oleh Ustaz Hasrizal di SINI
'kisah yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal bersama Ammar'
Banyak perkara yang dilalui oleh Ammar. Kebanyakannya disebalik tabir. Kebaikannya disebut-sebut selepas syahid. Ada yang menganggap beliau seorang syahid yang tertangguh kerana keinginannya syahid di Syiria. 4 November 2013 ini adalah tarikh kesyahidan beliau setelah kemalangan jalan raya akibat dilanggar oleh sebuah ambulan.
'dari fb'
Visi dan misi beliau: “1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.
2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.
Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”
“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”
Perkongsian daripada Sdr. Abu Akhyar Al-Qudsi
Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar.
Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.
Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.
Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:
1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.
Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.
Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.
Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.
Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.
Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.
Adindaku Ahmad Ammar .. berbahagialah engkau di sana bersama bidadari Syurga.
Jauh sangat kerja aku dibandingkan dengan beliau. Terasa kerdil diri ini walaupun hidup lebih lama dari Ammar. Semoga perkongsian di blog ini menjadi sahamku di sana. Aminn.