Kenapa aku tidak setabah hari-hari lalu. Mungkin aku tertinggal berjumpaMu semalam. Oleh kerana penat mencari hal keduniaan dan terlepas untuk berjumpa denganMu di satu pertiga malam. Melalui hidup seharian tanpa panduan dariMu, aku akan sesat. Ampunilah aku...
Kau bagi nikmatMu kepadaku tapi apa balasan untuk menghargaiMu. Tidak!!! Aku mesti kuat untuk berjumpa denganMu. Terlalu berat aku untuk meninggalkan tempat tidurku yang tidak se empuk orang lain. Alhamdulillah, ia cukup nyaman untukku ^_^
Ramai yang salah faham dengan sikapku. Apatah lagi, aku tiada modal untuk bercakap sesuatu yang mengarut dan sia-sia. Aku terkilan jika seseorang hanya melihat salah orang lain tapi tidak melihat kesalahan sendiri. Iman tidak kuat? Bukan seorang ustaz atau ustazah?Itu bukan penilaiannya. Nilaian Allah hanya ketakwaan. Tiada bezanya di sisi Allah. Tak perlu lafazkan ikhlas di mulut jika perbuatan tidak ke arah 'ikhlas'.
Ya, aku terkilan kerana tidak sempat bercakap sesuatu kebenaran tapi pahit untuk dilafazkan. Aku tidak perlukan pujian kerana aku tahu setakat mana Allah mengujiku. Ampunilah aku Ya Allah kerana tersilap menilai hambamu ini. Engkaulah Maha Penyayang. Aku berserah diri kepadaMu untuk menggerakkan hati hambaMu ke arah keislaman.
Sejak dahulu, aku adalah insan yang sukar menitiskan air mata. Hatiku keras. Biarpun hentakan rotan. Biarpun suara halilitar menyahut. Biar pun semua orang di sekelilingku menangis tapi diri ini masih boleh tersenyum. Tolong jangan memujukku sehingga aku terharu. Berilah aku ketabahan dan kecekalan walaupun tsunami melanda
Berilah mereka hidayah walaupun Abu Thalib susah untuk menerima hidayahMu ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan