01 Februari 2011

Pelajar Malaysia di Mesir perlu bantuan.

Anak gadis kepada ayah dan ibu. Mengharapkan keselamatan untuk anak mereka. Pelbagai isu yang timbul. Ketakutan melanda ibu bapa yang mempunyai anak gadis. Sehingga timbul isu ada pelajar Iskandariah atau Alexandaria, Mesir kena rogol. Kesahihan tidak dapat dipastikan kerana masing-masing membuat andaian. Sedangkan semua alat perhubungan dilupuskan.

Ada juga kebimbangan suami terhadap isteri serta anak sulung mereka. Ada juga suami kepada seorang isteri yang sedang menunggu kelahiran anak sulung mereka. Surat seorang suami di SINI.

Aku harap kerajaan Malaysia utamakan wanita-wanita dan kanak-kanak jika tidak mampu membawa balik 11 ribu rakyat Malaysia di sana. Jangan pilih orang tajaan sahaja.

UTAMAKAN WANITA & KANAK-KANAK!

Hari selasa malam, 26/1/2011: Adikku, Hakim. Tinggal di Zagazig dalam bidang perubatan telefon ke rumah. Jam 3 pagi waktu Malaysia. Bercakap dengan ayah. Katanya bunyi tembakan kedengaran di luar rumah. Line telefon dibuka hanya beberapa jam dan talian terlalu sibuk kerana masing-masing mahu menelefon keluarga. Dia akan bertolak ke Jordan pada hari ini 1/2/2011. Semua kos perjalanan ditanggung sendiri kerana 'Hakim and the geng' mahu ziarah kawan-kawannya di Jordan. Itu yang diceritakan kepadaku sehari sebelum berlaku rusuhan itu.

Aku harap perjalanan mereka selamat sampai ke Jordan. Apa yang tidak sesuai didengari adalah mengenai tahanan penjara telah lolos dan balai polis dibakar. Mereka menguasai jalan-jalan raya. Ada rumah-rumah pelajar Malaysia dirompak. Bekalan makanan terlalu kritikal. Mereka terpaksa catu makanan. Ada yang tidak sampai seminggu.

Kawan rapatku, Jamilah. Aku tak tau perkembangannya. Dia tinggal di Iskandariah. Dia kembali ke sana untuk menghadapi peperiksaan fasa pertama. Entah apa yang berlaku. Sebelum ini, aku selalu chating dengannya melalui YM. Sekarang semuanya sepi.

Moga mereka semua selamat. Bantuan dari penduduk Mesir adalah diperlukan. Harap mereka jumpa penduduk Mesir yang baik pekerti dan sanggup menolong mereka. Atas nama Islam mereka sanggup tolong. Insya Allah.

Aku juga harap rejim dan puak-puak Hosni Mubarak dapat ditumbangkan. Mungkin ini jalan terakhir untuk rakyat Mesir menggulingkan pemerintah kuku besi ini. ALLAHU AKBAR!

Setiap hari perkembangan di Mesir akan terus aku ikut. Sama ada melalui media masa tempatan atau internet. Ada juga blog-blog yang selalu update perkembangan di sana. Ada juga melalui facebook.

Antara blog yang boleh diikuti:

  1. http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
  2. http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...