Aku sampai ke kampung 4pagi tadi. Penat meronda-ronda KL. hahaha...sesat rupanya. Masuk perumahan cina. Tengok apa diorang malam raya diorang. Pukul 9mlm baru sampai kat Bangi. Bila sampai Bangi keretaku dah dapat pemandu baru. Penat aku ronda-ronda KL ni.
Masih mengantuk lagi. Gagahkan diri hantar housemate aku ke stesen bas berdekatan. Sambil2 pergi shopping kat Sabasun. Sabasun ini di asaskan oleh bekas pensyarah KUSZA. Bahagian perdagangan antarabangsa. Milik bumiputra sepenuhnya. Mungkin aku orang pertama sampai ke Sabasun tu bersama pekerja-pekerjanya. Sebelum diorang masuk kerja, ada bacaan doa yang di 'amin'kan oleh pekerja-pekerja. Tak sangka ada supermarket yang memulakan kerja dengan doa. Masuk dalam supermarket ni ada doa-doa dalm bentuk lagu oleh mana-mana kumpulan nasyid negara kita.
Baru ku tahu sistem internet di Mesir sudah pulih. Pelajar-pelajar Zagazig tempat adik aku belajar paling aman dari rusuhan. Mereka adalah orang yang terakhir disenaraikan untuk berpindah. Ni mesej dari Hakim:
" salam dari mesir....aku selamat la,jordan xle pergi,xleh nak pergi kat airport alex...tiket aku burn,"
"sekarang zagazig ok je...cume pergerakan terhad...hari ni baru dapat arahan kemas barang yg penting ja,"
"may be pindah ke jeddah,then terus ke malaysia....tp zagazig last list la,"
" mungkin ke sebelas ribu kot,"
" sbb zagazig paling aman...cume banyak kereta kebal jalan2 tuk jaga zagazig,"
"buat masa skrg..tengah tunggu arahan dari kedutaan besar yg berkerjasama dengan pmram tuk kumpul semua org malaysia tuk transfer ke jeddah,"
" hidup kat zagazig ok je...cume bimbangkan yang banduan terlepas dr pejara tu je la..setakat ni,alex n cairo paling teruk kot,"
Pergi Jeddah ok juga kan. Pelarian buat umrah. "Pelarian ziarah makam nabi". Bestnyer...hehehe
PMRAM ni siapa? Kalau nak tahu...klik SINI dan semua maklumat yang sahih tentang pelajar di Mesir boleh cari laman web PMRAM ini.
PMRAM ni siapa? Kalau nak tahu...klik SINI dan semua maklumat yang sahih tentang pelajar di Mesir boleh cari laman web PMRAM ini.
Kawanku di Iskandariah atau nama lain Alexandria...Alhamdulillah selamat. Menunggu arahan perpindahan ke Jeddah. Mungkin cerita yang sampai di Malaysia terlampau dan di tokok tambah. Hakikatnya diorang masih sihat wal afiat. Banduan Iskandariah kebanyakan terdiri daripada golongan Ikhwanul Muslimin. Pembangkang yang paling di takuti oleh Hosni yang tidak mubarak lagi dan Israel. Pengasasnya glamour di Malaysia. Imam Hassan Al-Banna. Beliau yang menyusun doa-doa yang di namakan AL-MA'THURAT yang kita baca pagi dan petang.
Ni mesej dari Jamilah di Iskandariah:
Ni mesej dari Jamilah di Iskandariah:
"alhamdulillah arini baru dapat internet...shbt2 semua,doa bterusan smg semuanya baik dan dapat meneruskan pgajian,amin,"
" arini azhar bgtau,tidak ada cuti,ini berita sahih dari azhar sdiri...tapi tgk pada keadaan dari semasa ke semasa,perubahan akan ada...azhar buka 12hb 2 ni...iAllah kullu khair...harap2 dapat habis ngaji thn ni :) amiin,"
Iskandariah merupakan tempat tinggal aku dulu. Memori masih terpahat kukuh dalam minda. Udara laut Meditranian yang nyaman. Menikmati suasana musim bunga di Mumtazah. Masuk ke Perpustakaan Iskandariah yang terbesar mencari bahan ilmiah. Penduduknya ramah dan suka menolong orang asing terutama pelajar Malaysia. Mama dan baba (panggilan kepada tuan rumah) akan jaga pelajar kita di sana seperti jaga anak sendiri. Iskandariah ini juga terkenal dengan gelaran 'Madinatul Ahlam'. Maksudnya 'Syurga Mimpi'. Seperti tajuk novel. hehehe...
Aku harap Mesir kembali aman dalam pemerintahan baru. Aminnn ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan