"Anak saya tak boleh paksa, dia tak akan buatnya,"
"Saya dah suruh solat tapi dia tak buat pun,"
"Saya tak pernah pukul dia tapi bapak dia pernah la pukul sebab curi rokok bapaknya,"
Baiknya mak bapak macam ni kan. Aku bimbang 10 tahun akan datang, anak ini takkan jadi manusia tapi menjadikan mak ayahnya hamba. Apa salah pukul anak untuk pengajaran. Melentur buluh biar dari rebungnya. Aku suka baca artikel ni. SINI
Mmmm...Mak ayah aku, anaknya lebih daripada umur 10 tahun tinggalkan solat fardu dah kena rotan. Aku mengaji al-Quran pun dengan tok guru yang pegang rotan. Salah sikit dah kena rotan.
'bestnyer duk dalam air..ble nak terjun sungai ni?hihihi'
Tak de la mak ayah aku mai serang tok guru mengaji aku tu. Beli rotan lagi. kebetulan tok guru mengaji aku tu memang pencari rotan. Buat bakul rotan. Sesiapa yang balik selepas maghrib atau tinggalkan solat jika dah umur 10 tahun, memang kena rotan. Sekarang rotan tu dah hilang...entah siapa sembunyi akibat takut kena rotan lagi. hahaha
Alhamdulillah, semua adik beradikku berjaya dunia akhirat. Insya Allah. Mak ayah selalu bagi nasihat dan motivasi bagi semangat kat kami semua. Cerita kisah-kisah masa susah dulu. Sampai nak beli buku tulis pun tak boleh. Balik dari sekolah pergi kerja. Nak beli buku. Buku teks tak boleh nak beli. Pinjam dengan kawan. Lepas tu baca tengah-tengah malam dengan lampu pelita.
Pernah sekali tu, mak aku cerita. Datuk aku tak bagi mak aku sekolah. Sebab nanti duk kat dapur jugak. Mak aku ni degil. Nak sekolah juga. Akhirnya mak aku sekolah sampai tingkatan 6. Kalau zaman dulu jarang perempuan boleh habis sekolah sampai tingkatan 6. Pernah la kerja dalam sektor kerajaan.
Aku banyak belajar agama kat rumah. Di sekolah cuma belajar main-main je. Kalau tak faham boleh tanya mak ayah. Matematik ayah aku yang ajar. Kalau aku tak faham kat sekolah boleh tanya ayah. Kerja sekolah aku sentiasa siap. Kalau tak siap takut nak pergi sekolah. Kalau tak pergi sekolah mak ayah marah. Baik pergi sekolah kan.
Sebenarnya sekolah ni best. Kalau tak pergi sekolah macam duduk bawah tempurung je. Tempat yang paling aku suka adalah perpustakaan. Aku tak suka pinjam sangat. Aku suka masuk dan baca kat situ. Kalau aku bawa balik alamatnya habis buku aku kena conteng. Tu adik-adikku yang nakal conteng. Suka menulis katakan. Sekarang tengah belajar kat 'U' dan sekolah hebat-hebat. Rasa rendah je diri ni.hehehe
Kalau matapelajaran matematik ni...aku suka cabar diri dan suka reka soalan. Masa belajar dulu, tiap-tiap hari aku buat latihan matematik. Cikgu tak bagi latihan aku buat juga. Kalau tak boleh buat cikgu la jadi mangsa. hehehe...Matematik ni kena asah minda biar cekap menulis. Satu soalan target dalam 1 minit siap. Semakin lama kita buat latihan, semakin laju otak dan tangan kita mengira. Pantas. Lebih pantas dari kalkulator. Kalau tak percaya cuba laaa..
Kalau matapelajaran bahasa aku kurang la sikit. Mungkin sebab aku ni bukan suka bercakap banyak. Kalau ada point yang menarik baru mulutku banyak bercakap. Sekarang tengah cuba minat dengan bahasa. Sebab dari bahasa ini, orang akan faham percakapan kita.
"رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري وحل العقدة من لساني يفقه قولي"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan