Yang paling aku kagum dengan penulisnya. Bukan seorang yang berlatarbelakang pendidikan agama di universiti bahkan penulis ini merupakan graduan Quantity Surveyor dari Uitm Shah Alam. Menurut housemate aku, biasanya pelajar fakulti macam ni lasak tapi penulis ni berwajah lembut. Tenang mata memandang.hehehe...
Buku novel ini adalah cadangan kawanku semasa aku berjumpanya di Putrajaya baru-baru ini. Macam promosi bunyinya. Dia paling minat novel islamic ini. Tajuk buku ini juga telah di adaptasi ke drama bersiri di TV3, 'Stanza Cinta'.
Aku lagi suka baca novel daripada drama kerana banyak kata-kata hikmah tidak dapat di adaptasi dalam bentuk kata-kata atau lakonan. Nama watak masih sama. Jalan cerita sedikit berbeza.
Antara kata-katanya yang boleh aku kongsikan...harap penulis benarkan aku tulis sedikit kata2nya yea;
"Jika kamu letakkan hatimu di akhirat pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redhaNya. Tetapi jika kamu letakkan jiwamu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yang tiada kesudahan"
"Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki yang mencemarkan maruah diri"
"Menilai diri sendiri adalah lebih susah daripada menilai seribu orang lain. Sedangkan manusia yang paling bijaksana itu ialah mereka yang menghakimi dan menilai diri mereka sendiri"
"Orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah, sebagaimana orang yang kurang bekerja, badannya lemah. Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan, kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah"
"Kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin yang basah, lembab serta tidak disukai insan. Tetapi...sesudah musim sejuk itulah tumbuhnya bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur"Ini adalah kata-kata daripada buku yang dihadiahkan oleh si Taufik:
Bersihkan jiwamu Dahulu,
Pasti Tuhan akan membantu!
Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah,
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya.
Jika mendapat ujian kesusahan, hatinya berkata
"Kerana dosakulah ujian ini datang."
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat".
Tatkala dirinya mendapat nikmat
dia berasa malu dengan Tuhannya
Kerana bersa dirinya tidak layak
Menerima nikmat itu.
Hatinya gelisah
"Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat ini?
Apakah untuk aku bersyukur ataupun kufur?"
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya.
Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya, dia redha.
Sentiasa berbaik sangka dengan Tuhannya
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
Kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana
mentakdirkan segala sesuatu.
Apabila disusahkan orang,
Terus terungat akan dosanya.
"Kerana dosa akulah, aku disusahkan".
Dia tidak berdendam bahkan mendoakan orang itu
dengan kebaikan.
Nikmat Tuhan disyukuri, pemberian dan pertolongan
orang diingati dan dibalasinya.
Hatinya sentiasa cemas dan kematian terasa begitu
hampir dengannya,
Bila-bila waktu sahaja akan menjemput.
Dia gelisah dengan dosa, amal ibadahnya terus
dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu
apakah diterima atau sebaliknya.
Doanya semasa 1/3 malam....
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah akau kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku
untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
Izinkan aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku dalam
jurang cinta nafsu.
Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati
cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati
pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan
aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui
bats sehingga melupai-Mu.
Kakinya di dunia, namun hatinya
sentiasa bersama Allah
Perasaannya sentiasa memikirkan akhirat...
Dan sering rindu akan pertemuan dengan Tuhannya
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya.
Sungguh puitis kata-kata ini....terasa aku yang melalui perjalanan hidupnya. Moga aku adalah salah seorang yang menitiskan air mata cinta pada-Nya.
Cukup lah setakat hari ini...
Jom pi solat dulu ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan