Aku dah mengajar hampir 2 tahun. Ini kali pertama aku mengajar pelajar tingkatan 3 untuk pelajaran Bahasa Arab. Debaran tetap terasa bila mereka bakal menghadapi percubaan PMR minggu depan. Adakah mereka menghafal perkataan berlawanan (mudaat) atau perkataan seerti (muradif)? Adakah mereka dapat mempraktikkan nahu (tatabahasa) untuk membuat ayat dan karangan?
Kegagalan mereka adalah kegagalan aku. Itulah anggapanku sebagai seorang guru. Aku cuba yang terbaik walaupun ini kali pertama aku mengajar tingkatan 3. Semasa pentaksir datang...dia puji kebolehan pelajarku boleh buat ujian lisan dan menghafal tasrif dengan lancar. Tapi hati aku mengatakan sebaliknya.
Maaf...bukan aku tidak percaya denga kebolehan mereka.
Seorang pelajar yang bijak, bukan dinilai dari segi akademik bahkan agama mereka. Jika mereka dapat 90 markah ke atas dalam pendidikan Islam atau Bahasa Arab tetapi tidak menjaga aurat...tetap aku anggap mereka gagal. itu juga adalah kegagalanku jua untuk menjadi role model bagi mereka.
Walaupun mereka bijak dengan markah yang hampir mendapat 100%...tetapi mereka tidak menjaga hak Allah dan tidak pandai bercakap dengan guru secara beradab...mereka tetap gagal. Akulah yang gagal mendidik mereka.
Jika mereka tidak bijak tapi masih menjaga hak Allah, Rasul, ibu bapa dan guru...merekalah orang yang berjaya. Mereka belajar bukan untuk mendapat biasiswa atau kerja yang bergaji besar...tapi kerana Allah. Insya Allah...hati kami tenang untuk memcurahkan ilmu yang ada sedikit kurnian Allah ini.
Pesananku untuk anak didikku ini...
Gunakanlah bulan Ramadhan ini dengan perkara yang berfaedah. Gunakan waktu sebelum sahur untuk belajar atau menghafaz perkataan arab. Yang paling baik membaca Al-Quran serta terjemahannya kerana Al-Quran itu penuh dengan Bahasa Arab walaupun kesusasteraannya yang tinggi.
Buang perangai atau feel kalian yang buruk dan malas. Jangan tinggalkan solat. Buat solat hajat setiap malam ramdhan ini. Basahi lidah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Jangan derhaka ibu bapa dan guru-guru. Minta halalkan makan minum dan ilmu mereka.
Jangan menyesal dikemudian hari kerana Ibnu Sina pernah sebut:
Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata, " tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas"Ilmuan Islam pada zaman dahulu mencari guru dengan meredah padang pasir. Sanggup menjadi hamba kepada guru kerana inginkan ilmu yang berkat. Mereka ikut segala arahan guru tanpa bantahan tanpa balasan. Ibu bapa sanggup memberi segala harta mereka kepada guru walaupun hanya sehelai kain bulu yang dikait dengan tangan. Bila mereka bersusah payah mendapat ilmu, mereka akan menggunakan dengan sebaik-baiknya. Sehingga boleh melahirkan generasi al-Quran.
Sekarang belajar sangat mudah. Guru yang mencari pelajar. Guru yang menunggu pelajar. Guru yang membuat progran untuk pelajar. Guru yang memberi hadiah kepada pelajar. Tetapi pelajar selalu ponteng. Mereka lari jauh. Sanggup menipu untuk menyelamatkan diri...
Bertanyalah kepada guru selagi khidmat kami masih ada. Kami akan mengajar selagi upaya.
Gunakan segala ilmu kami dan terjemahkan dalam keputusan PMR kalian.
Selamat berjuang menghadapi Trial PMR 2011. Mulakan dengan kalimah mulia Bismillah dan Al-Fatihah.
Ibu bapa...berjuanglah bersama anak-anak dengan solat hajat dan bacaan al-quran semasa mereka menjalankan peperiksaan di dewan peperiksaan.
doakan untuk saya juga
BalasPadamdieb: selamat berjaya yea. Bulan ramadhan ni peluang dekatkan diri padaNYA ^_^
BalasPadam