12 September 2011

Tak Guna Akal...

Apa la nasib hari ini.
Semua jadi pelik.
Mula dengan perhimpunan.
Kereta pun turut berhimpun sekali. hehehe...
Apa tandanya yea???

Perjumpaan 3 penjuru antara ibubapa, pelajar dan guru.
Yang mengecewakan pelajar yang gagal subjek aku kebanyakan tak datang.
Berapa kerat je datang. huhuhu

PMR tinggal beberapa minggu lagi.
Tak sempat aku nak ajar.
Nak bimbing pun tak sempat.

Apa yang aku mampu sediakan bahan latihtubi dalam blog ni. SINI
Siapa rajin, dapat la hasilnya.
Boleh semak sendiri jawapannya.

Hari ini aku sempat siapkan soalan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 1 sahaja.
Takut tak sempat nak buat disebabkan aku kena pergi kursus dan urusan lain.
Tengah buat soalan tingkatan 2....

Ada orang kacau aku...huhuhu
Kerja orang lain, orang lain kena buat.
Dah la surat tak sampai jemputan tak sampai.
Suruh hantar pelajar ke sebuah tempat yang dikira jauh dan berisiko.
Kalau jadi apa-apa, sah-sah kena dot dot dot...

Kerja kami ni...
Tak ada pula orang lain boleh tolong.
Apa salah kalau dia bawa sekali budak2 tu sekali.
Kenapa pergi asing-asing.
Asyik buat kerja pelik-pelik je.
Itu bukan bidang tugas kami.



Ini buat aku bengang.
Guna la otak tu.
Akal ada..guna laaa.
Tak kan itu pun nak kena ajar.

Kalau mana-mana pembaca terasa...
Aku minta maaf.
Tapi ini realiti yang aku hadapi.
Moga dia diberi masa untuk berubah.
Aminnn =P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haji Pertama Mak Ayah

Assalamualaikum. Sebenarnya aku terjumpa diari aku. Diari lama 2003. Lama kan. Sebab sekarang tahun 2025.  "Hari ini mak buat kenduri k...