08 September 2011

Ujian adalah Fitrah.

Waaaah...seminggu tak update blog. Balik kampung susah nak dapat line broadband. Jadi sesiput...lambat. Macam nak tutup je line broadband ni.hehehe

Semalam dah mula masuk bertugas. Masuk sekolah. Banyak la kerja tertangguh. Sampai je ke sekolah dah dapat berita pasal pengredan PSS dan rakaman PBL akan dibuat hari ni. Berdebar2 sebab sepatutnya 13/9/2011 dalam jadual tapi di awalkan. Teruknya penggredan tahun ni!...lagi pun bilik tu dah jadi bilik sumbat. Tiada ruang. Terima sahaja komen dan cadangan untuk penambahbaikan akan datanggg.

PBL dah kak Zu handle. Memang mantop. Pelajar-pelajar pun beri kerjasama terbaik sampai tidur lambat. Latihan berkali-kali sampai suara dah berubah.hehehe...Pujian melambung pun tak boleh. Hanya kita berusaha untuk buat yang terbaik. Tahniahhh buat Aqilahhh, Ili Amira, Saidatul Nabila dan Adlina. Anda contoh dan inspirasi kepada kawan-kawan yang lain.

Gambar: kak zu saya copy yea ^_^

Terima kasih Puan Haiza atas nasihat dan galakan yang berguna. Walaupun kepala ni dah bercabang dengan kerja. hehehe...realiti hidup hingga  mencapai wawasan ibadat di akhirat nanti. Ini sahaja yang termampu kami sediakan. Kemampuan kami terbatas. Sokongan pihak kalian amat kami hargai.

Nilam???

Aku ikut nasihat Pn Haiza. Moga memberi pengajaran untuk akan datang. Jika orang atasan tak peduli & lepas tangan, aku nak buat apa lagi?

22 & 23 ni ada kursus. Alhamdulillah ada geng nak pi sama-sama.

27, 28, 29 ni induksi. Assignment masih dalam proses sebelum dihantar.

Pelajar PMR 2011...Buat la latih tubi berterusan hingga menjelang peperiksaan sebenar. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...