Jika aku ada masa terluang, aku tak akan lepaskan bacaan kisah para sahabat dalam bentuk novel yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Jika buku yang 'skema' memang susah la nak baca. Baca buku...last2 buku baca aku semula. hehehe...
Aku masih ingat kisah 3 orang sahabat baik yang syahid di medan perang.
"Saya berasa dahaga. Tolong berikan saya air," kata sahabat pertama.
Belum sempat diberikan air, sahabat seorang lagi meminta.
"Saya dahaga. Tolong berikan saya minuman,"
Kemudian sahabat ini nak beri air untuk diteguk kepada sahabat ini...terdengar jeritan seorang sahabat lagi yang dahaga meminta air. Bila sampai di sana. Sahabat itu mati. Akhirnya ketiga-tiga sahabat ini mati tanpa meminum air. Mereka syahid.
Hari ini, aku baru selesai membaca novel sejarah ini. Selama ini aku tidak tahu siapa sahabat yang belum sempat minum air ini. Mereka mengutamakan sahabat yang lain tanpa memikirkan diri mereka. Syahdunya kisah para sahabat ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Tujuh kelebihan yang Allah akan berikan kepada mereka yang mati syahid :
DIAMPUNKAN SEGALA DOSANYA KETIKA TITISAN DARAHNYA YANG PERTAMA,
DILIHATKAN KEPADANYA TEMPAT TINGGALNYA DI SYURGA,
DIHIASI DENGAN HIASAN IMAN,
DIKAHWINKAN DENGAN 72 BIDADARI SYURGA,
DIBEBASKAN DARIPADA AZAB KUBUR DAN DIAMANKAN PADA HARI PERHIMPUNAN DI PADANG MAHSYAR,
DIPAKAIKAN MAHKOTA KEBESARAN DI ATAS KEPALANYA, NILAI PERMATA DELIMA YANG TERDAPAT PADA MAHKOTA ITU LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN SEGALA ISINYA,
BOLEH MEMBERI SYAFAAT KEPADA 70 ORANG AHLI SYURGA DAN KERABATNYA." (hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)**********
"Pada hari ini, saya akan mengempur tentera Rom hingga saya syahid. Siapa antara saudara yang sanggup mati bersama saya?" tanya Ikramah bin Abu Jahal.
Mula-mula al-Harith bin Hisyam mengangkat tangan.
"Saya tidak takut syahid kerana yakin balasnnya syurga," teriak al-Harith.
"Saya sokong dan akan menyertainya!" jerit Ayyasy dan Abi Radiah.
Melihat keadaan itu mak semakin ramai yang ingin menyertai pasukan berani mati itu. Pada masa yang singkat, berkumpul 400 orang tentera yang sanggup menyertai Ikramah.
"Yakinlah syahid itu balasannya syurga!" teriak Ikramah dengan penuh semangat.
"Kami sanggup bersama Tuan!" balas mereka.
Khalid bin Al-Walid cuba menenangkan mereka namun tidak berjaya. Ikramah dan kawan-kawannya sudah nekad bagi mencapai syahid dengan menggempur kedudukan tentera Rom.
"Allahu akbar!"
"Allahu akbar!"
"Allahu akbar!"
Kedengaran takbir bergema di angkasa. Ikramah dan bala tenteranya menyerbu ke arah tentera Rom. Maka berlakulah pertempuran paling sengit. Tentera Rom menjadi kucar-kacir akibat rempuhan pasukan berani mati itu.
Keberanian yang ditunjukkan oleh Ikramah dan kawan-kawannya menaikkan semangat tentera Islam. Khalid Al-Walid segera memimpin tenteranya melakukan serangan. Maka pertempuran semakin sengit. namum akhirnya tentera Rom berjaya diundurkan. Ramai antara mereka yang terbunuh dan cedera. Tentera Islam menyambut kemenangan itu dengan rasa kesyukuran.
Senja pun berlabuh tirainya. Padang pasir Yarmuk kembali sepi. Toada lagi kedengaran temp[ik sorak pahlawan yang berperang. Tiada lagi gemerincing mata pedang. Pihak yang kalah meratapi kekalahan mereka. Pihak yang menang mengucapkan syukur dan gembira. Tentera Islam mengumpulkan mereka yang syahid bagi desembahyangkan dan dikebumikan jenazah mereka. tentera yang cedera pula mendapat rawatan dalam khemah yang disediakan.
"Tunjukkan saya di mana Ikramah. Apakah dia masih hidup ataupun sudah syahid?" tanya Khalid bin Al-Walid.
Sejak berakhirnya perang Yarmuk, dia tidak nampak kelibat Ikramah. Disebabkan itu, Khalid bin Al-Walid berusaha mencarinya.
"Ikramah, Al-Harith dan Ayyasy cedera parah. Mereka sedang dirawat di salam khemah," jawab yazid.
"Menurut Yazid, semasa mereka mengumpulkan mayat-mayat tentera Islam yang syahid, mereka menjumpai tiga pahlawan itu sedang terbaring berlumuran darah. Mereka masih bernafas tetapi keadaannya cedera parah. Kemudian tiga orang pahlawan yang berani itu segera dibawa masuk ke dalam khemah bagi mendapatkan rawatan. Yazid mengenali salah seorang daripadanya adalah Ikramah.
"Bagaimana keadaan mereka? Boleh saya menziarahi mereka?" tanya Khalid lagi.
"Mereka sudahpun sedar tetapi keadaannya masih lemah kerana banyak darah keluar. Sekiranya tuan ingin menziarahinya, mari ikut saya," jawab Yazid.
Kedua-duanya menuju ke khemah yang menmpatkan tentera yang cedera. Kelihatan Ikramah, Al-Harith dan Ayyasy masih terbaring sambil menahan kesakitan. Panglima Khalid mendekati Ikramah.
"Semoga Tuhan merahmatimu, wahai sahabatku," kata Khalid dengan suara yang lembut.
"Ikramah memandang Khalid. Air mata bergenang di kelopak matanya.
"Apa yang saya lakukan demi mendapat rahmat dan keampunan-Nya. Saya tidak menyesalinya," kata Ikramah dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan rasa sakit.
"Suatu ketika dahulu, kita pernah sama-sama memerangi Islam. Tetapi hari ini kita sama-sama berperang bagi menyebarkan syariat Islam. Kita sama-sama inginkan syahid. tetapi Allah belum mengizinkannya," balas Khalid bin Al-Walid.
Bibir Ikramah mengorak senyuman mendengar kata-kata itu. Terhibur hatinya mendengar kata-kata itu. Dia seperti dapat melupakan seketika kesakitan yang sedang ditanggungnya.
"Saya pernah memerangi Muhammad dan sanggup membelanjakan harta bagi memerangi Islam. Tetapi Tuhan masih sayangkan saya lalu diberinya hidayah. Selepas Islam, saya membelanjakan harta saya demi islam. tetapi amalan saya tidak mencukupi. Kerana itu saya inginkan syahid. Bukankah syahid itu balasannya syurga?"
"Benar sahabatku. Kerana itu saya juga bercita-cita untuk syahid di medan perang tetapi Allah belum memperkenankannya. Tetapi saudara lebih bernasib baik daripada saya."
"Bernasib baik? Apa maksud saudara?"
Menurut Khalid, Ikramah mengalami luka parah dan besar kemungkinan menemui syahid. Dia pasti mendapat keampunan sekiranya ditakdirkan menemui ajalnya.
Ikramah tersenyum sekali lagi apabila mendengar kata-kata Khalid itu.
"Saya berasa dahaga. Berikan saya air untuk diminum," kata Ikramah.
Khalid menyuruh Yazid mengambil air bagi diberikan kepada Ikramah.
"Mungkin inilah minuman terakhir saya," kata Ikramah.
Tetapi belum sempat dia meneguk air itu, al-Harith bin Hisyan juga bapa saudara ikramah terbaring disebelahnya bersuara.
"Saya dahaga. Tolong berikan saya air minuman," rayunya.
Ikramah tidak jadi meneguk air yang diberikan oleh Khalid.
"Bapa saudara saya lebih memerlukan air itu. Berikan kepadanya," kata Ikramah.
Panglima Khalid berpaling kepada al-Harith lalu cuba menuangkan air ke mulutnya. Tetapi belum sempat air itu dicurahkan ke dalam mulutnya maka Ayyasy yang terbaring di sebelah al-Harith pula bersuara.
"Saya dahaga. Tolong berikan sedikit air," rayunya.
Al-Harith tidak jadi meminum air itu. Dia menuruh Khalid memberikannya kepada Ayyasy.
"Dia lebih memerlukannya daripada saya," katanya.
Khalid berpaling kepada Ayyasy kerana hendak memberinya minum tetapi Ayyasy sudah meninggal dunia. Khalid cuba memberikan air itu kepada Ikramah tetapi dia juga meninggal dunia. lalu air itu hendak diberikan kepada Al-Harith tetapi dia juga sudah meninggal dunia.
Kini Ikramah sudah tiada lagi. Matinya dalam syahid. Mayinya dalam keredhaan Allah. ikramah tidak pernah kesal pada jalan yang dipilihnya. pengorbanan yang dilakukannya demi Islam. Hanya untuk Islam. Dia mati dengan senyuman di bibir. Bagaikan tidak sabar-sabar mendapat balasan syurga daripad Allah. itulah Ikramah, anak Abu Jahal yang sangat kuat cintanya kepada Islam walaupun dia anak kepad Abu Jahal.
Beliau syahid semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.
p/s: walaupun bapa seseorang pelajar jahat, tak semestinya pelajar itu jahat dan mengikut perangai anaknya. Hidayah Allah tiada siapa yang tahu. Kita hanya berusaha d\an bertawakkal. Yang lain...semuanya Qada' dan Qadar Allah. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar dan mengambil pengajaran dari sejarah. Moga kisah ini bermanfaat ^___^
SUMBER: Buku bertajuk : Ikramah Penentang menjadi Pembela. Oleh : Abdul latip Talib. Keluaran PTS 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan