11 Februari 2012

Allahu Rabbi.

Aku rasa berat. Berat sekali tanggungan tugasanku. Baru masuk tahun ke-3 perkhidmatan, aku diberi tugasan yang besar dan mencabar. Mengejutkan. Oleh sebab sekolahku kecil dengan jumlah pelajar hanya seratus lebih sahaja dan guru sedikit sahaja...terpaksa aku ikut kehendak mereka. Siapa lah aku kan...

Jika aku mengikut nafsuku, pasti aku memaki hamun mereka yang memberi tugasan ini kepadaku. Tapi aku percaya ini adalah perancangan Yang Maha Mengetahui. Dia yang telah mengatur segala-galanya untukku. Cabaran untukku. Dia tahu kemampuanku.

Selepas penutupan PSS dan mengemas buku-buku yang banyak di PSS merangkap perpustakaan sekolah dulu...badanku terasa lesu...sakit. Adakah kerana aku memaksa diri untuk membuat kerja yang berat. Sejak dari kecil aku memang suka berdikari. Aku tidak suka menyusahkan orang lain. Entah kenapa aku paling susah meminta bantuan lelaki kecuali terpaksa.

Berat tugasan seorang guru. Pihak 'atasan' lebih suka menaikkan gaji guru dan pada masa yang sama membebankan guru dengan pelbagai tugasan. Guru bukan sahaja mengajar...malah menghantar pelajar, membuat soalan bulanan. Jika aku yang mengajar satu subjek untuk semua tingkatan...adakah soalan yang berkualiti yang mampu aku buat?

Fail panitia...kertas kerja program...guru perpustakaan media termasuk dibawah aku yang terbaru MBI MBM. Itu pun aku serahkan kepada Panitia BI dan Panitia BM. Program Panitia BA dan PAI memang sudah kerjaku. Hanya aku berdua sahaja yang berkelayakan untuk ajar BA dan PAI. Jadi masing memegang satu panitia. Hanya yang termampu sahaja dapat dilaksanakan.

Aku percaya dengan firman Allah:


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ [٢:٢١٦]
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: ayat 216)

Walaupun ayat ini berkaitan dengan perang...boleh juga aku kaitkan dengan 'perkara yang tidak disukai'. Ayat Al-Quran banyak memujuk hati ini supaya tabah dengan keadaan sekeliling yang kadang-kadang boleh menjatuh maruah diri dan fitnah akhir zaman.

Kadang-kadang mereka melihat aku sebagai seorang yang sabar dan tabah tapi aku adalah sebaliknya. Mungkin terlindung dengan mukaku yang tegas. Jarang nak senyum...* senyum dlu ^_^*

Moga Allah masih sayang akan diriku. Memelihara diriku. Memberi kesihatan yang baik untukku. Memberi kebahagiaan. Walaupun aku banyak buat dosa sama ada disedari atau tidak disedari. 

Ya Allah...Hanya kepadaMu aku berserah.

* jika ada yang tidak suka dengan ayat aku kali ini...aku minta maaf. Bukan aku nak menyakiti orang lain. Sekadar aku mencoretkan kehidupanku supaya aku lebih bersemangat dan tidak lalai dari rahmat Allah*

2 ulasan:

  1. luahan hati x perlu minta maaf.pada yg terasa tu renung2kanlah.sapa makan lada dia rasa pedas. banyak2 sabar dan kuatkan semangat ye sahabatku..guru satu kerjaya mulia.tanpa guru tiadalah kerjaya profesional yg lain..sesungguhnya Allah sentiasa org2 yang sabar..;)

    BalasPadam
  2. kdg rasa bsalah gok kl si empunya badan terasa pedas. maklum la...dia bukan nak tinggal komen kan. mana tau jd pembaca je kat cni. sabar222 itu memang penawar utk elak pbalahan. Thanks sahabat =)

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...