08 Februari 2012

Tutup Sementara.


Cuak.

Geram.

Marah.

Semua bersatu.

Kelas hari ini boleh dikira memenatkanlah. Kenapa?

6 masa. Bermula pukul 10.00 pagi hingga 2.25 aku mengajar. Break tak sampai 30 minit. Hampir tak makan hari ni. Dalam fikiranku, ada lagi guru yang mengajar lebih banyak dari aku. Sabar222...Ini hanya ujian dariNya.

Dari semalam aku fikir pasal PSS aku yang ditutup sementara. Adakah sementara? Bila kabin akan sampai? Semua jawapan yang mungkin tak akan terjawab.

Sejak 2010...

Aku datang ke sekolah ni. PSS ditukar ke kelas biasa. Siap hias-hias dan cat dengan warna yang cantik hasil sponsor dari keluarga pengawas PSS. Mereka cukup membantuku sehingga beberapa aktiviti berjalan. Dua orang guru praktikal juga membantuku. Thanks Aj & Nurul.

Kemudian 2011...

PSS dipindahkan ke sebelah bilik guru. Dulu dijadikan kelas tingkatan 3. Ingat senang ke pindah-pindah macam tu je. Arahan yang tak berhati perut. Myb bagi aku la. hahaha...konon nak menyenangkan proses P & P. Aku dah naik marah dengan keadaan ni. Badanku dah lesu nak berfikir. Banyak juga aktiviti yang sebelum ini berjalan seperti NILAM tak dapat dijalankan. Hanya 2010 berjalan lancar. Aku tau NILAM perlu dimasukkan dalam Sijil berhenti sekolah pelajar-pelajar ni.

Tahun ni 2012...

Aku diminta menutup PSS untuk memberi laluan kepada kelas tingkatan 1. Sekarang pelajarnya 41 orang berada dalam satu kelas. Bermula minggu depan, kelas mereka dipecahkan kepada dua. 18 orang dan 21 orang dan satu kelas. Masa mengajarku juga bertambah kepada 24 masa dalam seminggu. Jawatan GPM tetap dengan namaku. Nampaknya penggredan PSS memang kosong atau zero.


'malu'

'buku2 yang dipacking'

'cikgu & pelajar bekerjasama'

Terima kasih semua...Nanti boleh tolong lagi yea.hehehe ;)

Hari ni pulak... 

Aku terpakai sandel 'kawen'. Boleh pulak muka aku 'slamber badak' hari ni. Rasa serius sangat-sangat. Kalau ada orang bergurau atau gelak depan aku pun...aku tak ketawa. Macam hilang perasaan hari ni. Yang hairannya...tiada seorang pelajar yang tegur. Aku nak tengok juga orang pertama tegur dengan pemakaian aku secara direct. Cikgu2 lain gelak sakan tengok sandel aku. Hahaha....

Sedih? 

Sikit la. Terkilan dengan penutupan PSS yang aku usahakan. Aku redha dengan ketentuan yang ditulisNya. Tak sangka ada juga pelajarku yang bersedih dengan penutupan ni. Banyak kenangan katanya. Usaha kita bukan sia-sia. Niatlah kerana Allah ^_^

Tadi aku tulis panjang2 tapi ternet low...hilang macam tu je...

Setakat ni je la.

Doakan aku tabah dan cekal  yea ^-^

9 ulasan:

  1. ustazah jgn risau,kalau kabin dah dtang nanti sye tolong ustazah ye...jgan sedih,ustazah perlu tabh menempuh ujian ALLAH.ustazah mesti ceria baru comey..ustazah tk tau siape syekan..sya cuma bleh bgi klu je..klu nye berbunyi begini pengawas skola ting 2 sye rendah dri haiqal sama tinggi dgn mustakim...selamt mencuba(syukran)

    BalasPadam
  2. Afwan... anta haidi atau syukri? terima kasih atas sokongan kalian. saya dah cuba buat yang terbaik. Kalau muka dah serius nak buat macam mana yea...hehehe

    BalasPadam
  3. same2..kalau muke dh serius nk buat mcm mne sye pon tk tahu ..ustazah fikirlah sendiri ye..sye hrp blog ni akan menjadi manfaat pade diri sye...good luck ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah...teguran diperlukan juga. Setiap manusia tetap ada kesalahannya =)

      Padam
    2. betultu setiap manusia tetap ade kesalahannye... sye sungguh teruja apabila ustazah ckp BA dgn ustazah norsiah tgh hari tadi...betape indahnye BA ini...ia mmbuatkan sye bersemangat untuk belajar BA ni lagi....

      Padam
    3. semua orang boleh bercakap. Asalkan orang yang mendengar faham. Ala kulli hal, BA membolehkan kita mendekatkan diri kepada Allah. Jom kita usahakan :)

      Padam
    4. betul tu..BA membolehkan kita mendekatkan diri kepade ALLAH..tpi syglah esok pgi tkde BA..tk pelah sye redha

      Padam
    5. Tak ape...dalam solat masih cakap BA kan? hehehe..
      Tapi saya hairan, dengan siapa sy sembang ni yea. kdg2 rse org lain yang menyampuk kat sini.
      Maaf ade komen yang tak dipublish kerana sy kira tak sesuai untuk bacaan umum.

      Padam
    6. betultu,dgn siapa yg ustazah sembang ni,org yg sme jugak antara haidi atau syukri..tkde org lain..

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...