Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

07 Mac 2012

4 Petua.


BESUT — Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.
"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.
Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.
Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.
P/S: Esok bermula pelaksanaan N.I.L.A.M. Minggu pertama dan kedua setiap bulan. Baca Buku dan catat dalam buku nilam bermula selepas bacaan Ma'thurat. 7.40 pagi hingga 8.10 pagi. Patikan buku itu ditandatangani oleh guru/ ibubapa/penjaga. Jangan lupa MEMBACA punca kejayaan :D

4 ulasan:

  1. salam sufi .. syukran,smg kamu terus sukses =)

    BalasPadam
  2. Walaikumussalammm saudara/ri, afwan :D
    Moga kita semua mendapat kejayaan. Semuanya kembali kepada Allah :)

    BalasPadam
  3. fadhilat solat sunat dhuha..sy pernah ada pengalaman cam tu di mana satu semester semasa kat UM saya lakukan solat sunat dhuha secara on off dan hasil result saya kurang memberangsangkan..dan di satu semester lain pula saya amalkan solat sunat dhuha secara konsisten terumata apabila musim peperiksaan..alhamdulillah result sy luar biasa..skang sy cuba istiqamah nak lakukan solat sunat dhuha pada hari bekerja..;)

    BalasPadam
  4. senyuman manis: moga kita terus istiqamah seperti kisah kura-kura dan arnab. wpun si kura-kura lembab...dia tetap istiqamah. akhirnya dia menang berbanding si arnab yang berkaki lebih panjang.insya allah ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...