11 Mac 2012

Dongeng atau Lagenda.

Baca dan terus membaca.

Kisah dogeng. Kisah lagenda. Semua itu adalah kisah yang tidak mempunyai sumber yang kuat. Ia diceritakan melalui lisan oleh orang-orang tua. Jika kita anggap sebagai kisah biasa, maka ia adalah biasa. Jika kita mengambil tauladan dari kisah itu, kita akan dapat manfaatnya.

Kisah kura-kura dan arnab. 

Teladan dari Si Arnab: Berkaki panjang dan mempunyai tenaga yang banyak membuktikan dia mampu memenangi perlumbaan itu tetapi sikapnya sendiri menyebabkan dia gagal. Sikap sambil leawa, over confident, sikap bertangguh, cepat puas hati dan memandang rendah kebolehan orang lain. Walaupun bakatnya tinggi, tenaganya banyak, mungkin lebih pandai dari kura-kura, akhirnya arnab kalah dalam perlumbaan ini.

Teladan dari Si Kura-Kura: Kaki pendek dan kurang kekuatan berbanding si arnab. Sikapnya berlawanan dengan sikap arnab tadi. Kura-kura nampak matlamatnya. Walaupun jauh ketinggalan, tapi dia terus berusaha hingga ke garisan penamat. Itulah istiqamah/ konsisten si kura-kura. Harga dirinya yang tinggi menyebabkan dia sahut cabaran si arnab. Dia terus sabar unuk meraih kejayaan. Dia tidak mahu dihina. Itu juga tahap kita semua yang berbeza-beza. Begitu juga IQ pelajar-pelajar. Ada yang cepat belajar dan ada yang lambat sedikit. Kesabaran adalah kunci utama dalam kehidupan seharian kita.

Unsur utama dalam membentuk sikap seseorang adalah keyakinan atau iman dalam dadanya. Iman seseorang itu membentuk sistem nilai. Dan apabila iman mantap, sistem nilai kita juga mantap. Kita tahu yang baik dan yang mana buruk mengikut ukuran kita. Ini dorongan yang kuat untuk kita terdorong melakukan sesuatu perkara mengikut nilainya. Jika sesuatu yang dibuat terasa baik dan menguntungkan, dia akan melakukannya. Tetapi jika dia rasa perkara itu membahayakan dan merugikan, dia tinggalkan. Oleh itu, jika kita boleh ubah iman kita daripada goyah kepada mantap, keyakinan diri kita juga akan mantap. Ini menjadikan sistem nilai kita menjadi kuat.

Kisah batu belah batu bertangkup. Ibu tidak boleh merajuk. 

Fokus kepada dua subjek: pendidikan dan komunikasi. Ibu perlu melihat si anak yang masih belum baligh. Si kakak kasihan terhadap si adik yang mungkin rasa masakan best berlauk telur ikan. Si ibu pulang dan merajuk kerana telur ikan sudah habis dimakan. Dalam Islam, dosa pahala dilkira bila seseorang itu sudah baligh. Bahkan tidak boleh melayan budak yang belum mumayyiz dengan cara orang dewasa. Mereka masih belum boleh berfikir, menilai dan bertindak dengan betul.

Rasulullah telah berpesan agar menyuruh anak-anak mendirikan solat pada umur 7 tahun dan disuruh pukul apabila anak masih tidak tidak mahu solat apabila mencapai pada umur 10 tahun. Menurut Saidina Ali, umur 7 tahun ke bawah hendaklah diberi kasih sayang secara banyak bermain dengan mereka. Supaya mereka yakin ibu bapa sayang kepada mereka. Setelah umur 10 ahun ke atas, baru mereka boleh berdisiplin dengan adab-adab dan peraturan. Tapi kisah ibu ini tidak mengikut pendidikan cara Islam. Ibu ini hanya mementingkan diri dan merajuk kerana idak dapat makan telur ikan tembakul. Si iu harus sedar...Tuhan pun tidak menghukum anak yang masih kecil.

Kita tengok lipaan sejarah. Beberap teguran Allah terhadap para rasul yang 'berasa hati' dengan umatnya. Allah mengingatkan para rasulNya agar tidak berasa kecewa apalagi kecewa dengan keadaan umanya. Sebab itu Nabi Yunus ditelan ikan nun. Nabi Muhammad sahaja paling pemaaf. Walaupun malaikat ingin membalas apa yang dibuat oleh penduduk Taif ke atas Rasulullah SAW, Nabi maafkan bahkan mendoakan mereka mendapat hidayah.

Kisah Si Tanggang. Kesalahan si anak dan kesilapan si ibu.

Mungkin kita boleh belajar tentang ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak. Mungkin mereka mempunyai masalah kemiskinan iman dalam ilmu keibubapaan. Ibu bapa si Tanggang dianggap pencorak dan si tanggang adalah hasil didikan mereka.

Ada hadis Rasulullah mengatakan anak dilahirkan suci. ibu bapanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Sejajr dengan itu, kesalahan tidak boleh ditunding jari kepada Si Tanggang sahaja. Ibu bapanya juga bersalah. Dimana asas iman yang kukuh di dalam diri Si tanggang ini? Kita akan tertanya2...anak kampung yang rajin, gigih dan pandai berniaga akhirnya menjadi penderhaka?


Menurut Ustaz Pahrol...pakar perang China, Sun Tzu mengatakan, " Jika Soldadu sering melakukan kesalahan, makan hukumlah jeneralnya!"...

Aku pula teringat kes denda/ ganjaran yang dikenakan oleh pak ketua dan mak keua dalam kem kepimpinan baru-baru ini.

Ini membawa maksud, kesalahan ibu bapa si tanggang boleh jadi lebih besar daripada kesalahan si tanggang sendiri.

Ada pula kes seorang ayah mengadu kepada Saidina Umar tentang kejahatan anak lelakinya. Anehnya Saidina Umar memanggil anak lelaki ini.

"Ayahmu mengadu tentang haknya yang tidak ditunaikan olehmu tetapi sekarang aku ingin bertanya tentang hakmu...adakah ayahmu telah menunaikannya?" tanya Saidina Umar kepada anak lelaki itu.

Rupa-rupanya bapa tadi tidak menunaikan hak anak ke atas dirinya yakni bapa itu tidak mencari ibu yang baik untuk anaknya itu (isterinya).

Raja Tanpa Baju: Iktibar Untuk Pemimpin Gila Ampu.

Kisah ini akan suka sangat dipuji oleh orang bawahannya. Dia terlalu gembira bila menteri dan rakyatnya suka memuji baju yang baru dipakainya. Bila berita tentang raja yang inginkan tukang jahit yang paling menarik minat si penipu. Akibat ditipu, raja memakai pakaian yang disangka paling cantik. Rupa-rupanya seorang budak yang jujur mengatakan raja berbogel. Oleh kerana malu, budak ini dihukum bunuh. Kisah ini lebih kurang dengan kisah Hang Nadim yang menyelamatkan Singapura dari diserang todak. Kepintaran budak ini ditakuti oleh para menteri sehingga Hang Nadim dibuang ke laut.

Pengajaran Negatif Dari Lalang

Ada satu ayat best daripada kata hukama'.

Jika kita tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan pula menjadi lalat yang membusukkannya. Pandai-pandailah mencari jalan dan cara untuk berbakti dan berkhidmat untuk orang lain dan persekitaran kita. Dengan kata lain, setiap orang perlu sentiasa mencari jalan untuk menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain.

Banyak lagi kisahnya...Anda boleh baca sendiri buku di bawah ini.

SUMBER: Nota Fikir Untuk Zikir. Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Terbitan Galeri Ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...