Ya...Untuk mengubah 'manusia' memerlukan kesabaran yang tinggi sebagaimana Rasulullah SAW berhadapan dengan penentang kebenaran. Jelas sekarang Islam mampu berkembang sehingga ke Nusantara.
Cuba kita mengambil iktibar dari kesabaran Rasulullah ketika ingin menunaikan umrah di Mekah.
Dari Madinah ke Mekah , Rasulullah dan para sahabat berjalan dan menunggang unta untuk memasuki Mekah. Tujuannya hanya satu. Menunaikan umrah. Sebelum itu, Rasulullah bermimpi memasuki Mekah dalam keadaan aman.
Dengan berpakaian ihram dan membawa 70 ekor unta sebagai korban, mereka bermalam di Hudaibiyyah. Walaupun pakaian mereka tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berperang, puak Quraisy tetap tidak membenarkan Rasulullah dan para sahabat masuk ke Kota Mekah.
Berlaku pakatan dan penipuan dikalangan puak musyrikin Mekah dan sekutunya. Akhirnya mereka sepakat membuat perjanjian dengan Rasulullah. Perjanjian ini dinamakan 'Perjanjian Hudaibiyyah'.
Walaupun isi perjanjian kelihatan merugikan islam, Rasulullah tetap bertolak ansur kerana percaya bahawa umat islam akan masuk Kota Mekah dengan aman. Beberapa sahabat termasuk Umar Al-Khattab menyuarakan ketidak puasan hati mereka dengan perjanjian itu. Rasulullah tetap bersabar.
Pada tahun seterusnya Rasulullah & para sahabat memasuki Mekah dengan aman.
'tempat berlaku perjanjian hudaibiyyah'
"Kamu hairan apabila melihat orang makan waktu pagi seperti makan orang kafir. Kemudian kamu lihat dia makan pada sebelah petangnya seperti makan orang muslim. Ketahuilah sesungguhnya orang kafir itu makan dengan tujuh perut sedangkan orang muslim makan hanya dengan satu perut,"
Petikan ini menggambarkan layanan Rasulullah kepada musuh yang ingin membunuh baginda. Thumamah bin Uthal ini akhirnya memeluk Islam kerana kagum dengan layanan Rasulullah. dia diberi hidangan paling lazat dan susu segar dari ibu unta. (Ini antara kisah yang ada dalam buku ini)
Anda boleh baca selanjutnya dalam buku novel sejarah Islam, Perjanjian Hudaibiyyah oleh Tuan Abdul Latip Talib. Banyak kisah menarik sepanjang perjanjian ini berlaku. Selamat membaca ^_^
Nota kaki:
Seorang pelajar sekolah agama tidak dapat membaca bahasa arab walaupun ada baris. Adakah dia mampu membaca Al-Quran?
Mulut terlalu banyak bercakap dan dua telinga tidak banyak mendengar. Walaupun hampir semua rakan sekelas membaca dan dia mendengar...dia masih tidak dapat membaca.
Masih ada pelajar yang tidak membawa buku set soalan PMR. Bila rakan2 buat kerja, dia masih dengan alamnya sendiri. Di mana keberkatan seorang pelajar? atau aku memang seorang yang tak mampu bersabar?
Ada juga yang menganggap tugasnya banyak tetapi apa yang dibuat?
Bila mulut selalu mengeluh dan mengomen...kerja tidak akan dibuat.
Minit curai seminar atau LDP kena buat ke? Kenapa aku rasa pelik yea.hehehe...Mesyuarat tadi kelakar. Tengok minit curai yang aku hantar. Pasal PBS dan pembestarian ICT yang aku jadi wakil. Harap dia dah baca ^_^
Itu dari pemerhatianku yang tak seberapa ini.
Maaf andai terasa. Semua ini untuk ingatanku jua...
Minit curai seminar atau LDP kena buat ke? Kenapa aku rasa pelik yea.hehehe...Mesyuarat tadi kelakar. Tengok minit curai yang aku hantar. Pasal PBS dan pembestarian ICT yang aku jadi wakil. Harap dia dah baca ^_^
Itu dari pemerhatianku yang tak seberapa ini.
Maaf andai terasa. Semua ini untuk ingatanku jua...
sobrun jamil :)
BalasPadamsyukran Ya Haidi...Allah Maana ^_^
BalasPadamafwan YA USTAZAH... ^_^
BalasPadamDah pandai jawab. bagus...ada peningkatan. Lepas ni sy nak tengok kamu tulis dalam tulisan arab yang cantik yea =)
PadamINSYALLAH ^_^
BalasPadam