Pelajar tahun satu tahun ini tidak akan menghadapi PMR pada tahun 2014. Kali ini memerlukan kami menentukan band macam MUET. Ada band 1, 2 , 3, 4, 5 & 6. Paling teruk band 1 dan paling baik band 6. Kali ini tidak akan ditanya soalan ini.
" Dapat berapa A di sekolah?"
Mungkin akan ditanya...
"Band berapa paling banyak?"
Itu baru penilaian sekolah. Penilaian pusat lain pulak. Katanya guna rubrik. Semua tu akan dibuat pemantauan. Makin banyak kerja???
Jadi guru berhak menentukan band pelajar berdasarkan evidens yang dibina.
Doakan semua guru menentukan band secara adil tanpa prejudis kepada mana-mana pelajar. Harap semua guru tidak berat sebelah. Nilain ikut kemampuan mereka. Jika dia tidak mampu, bimbing lagi sehingga dia dapat band 4.
Proses pembelajaran masih berjalan seperti biasa menggunakan KBSM.
**********
Tempat kursus kali ini memang jauh. 71 km dari tempatku. Jika berulang alik selama 3 hari macam mana yea??? Aku buat keputusan menumpang tidur di rumah kawan. Terima kasih kak ^_^
Pernah belajar di Terengganu selama 10 tahun. Juga kawan ibu saudaraku. Kecilnya dunia ni. hehehe....35 km dari rumahnya. Sepanjang 3 hari di sana, sempat la aku solat zohor di masjid berdekatan. Setiap hari aku jumpa jemaah perempuan yang berbeza.
Tadi aku jumpa jemaah perempuan yang sedikit pelik. Boleh tegur dan bersembang semasa imam membacakan doa. Aku biar kan dia bercakap seorang diri dan aku menadah tangan. Dia pandang je muka aku.
"Belajar ke kerja kat sini?" Sambil mendekatkan diri kepadaku.
"Kami dah kerja. Ada kursus kat sini," jawapan pendek...jawab la juga...
"Eh, telefon ni sama la dengan telefon mak cik. Anak makcik yang belikan....Eh, kenapa jam salah ni?" sambil ambil telefon dari tangan aku. Kawan aku dah herot mulutnya. petandaaaaa...
"Ini kan pukul 13: 35...aku guna sistem 24jam" jawab aku dalam hati. Kesian makcik ni.Tapi aku nak bela diri aku juga.hahaha..Terus aku ubah topik lain.
Makcik ni cerita juga pasal masjid ni ada buat kuliah agama waktu malam. Ada ajar pasal aurat. pasal cara nak solat dengan betul dll.
"Makcik kalau datang ke sini masa ada kuliah...makcik mesti bawa buku dan pen. Nak tulis apa yang di ajar. Maklum la dulu makcik tak sempat belajar," Semangat mak cik ni bercerita. Aku angguk sahaja.
"Kita kena pakai baju longgar dan besar macam makcik ni. Tak suka la pakai baju ketat-ketat. Kita pandangpun sakit. Malu walaupun orang lain pakai," macam pancing aku untuk bersembang.
"Ustaz ada kata...kaki kita aurat. Tapi makcik tak beli2 lagi stokin," sambil aku sarungkan stokin pada kakiku.
Kelakar pula dengar ayat makcik ni. Kalau tahu kenapa tak buat?
Ramai pandai bercakap tapi susah nak buat. Moga aku terus istiqamah dan semoga Allah menjaga auratku hingga ke akhir hayat. Aminn
Aku juga harap makcik ini akan mendapat hidayah Allah dan menjadi penyampai ilmu kepda orang lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan