07 April 2012

Klinik tutup.

"Akak dah bagitau keluarga pasal keluarga kami?" terkejut aku dengan mesej tu.

"Kami tunggu jawapan dari akak," mesej seterusnya ditulis. ermm...apa aku nak jawab yea.hehehe

"kak, klinik buka hari ni," aku mesej kepada kawanku.

"Terjah je la," jawab mesejnya

Masuk dalam kereta, panaskan enjin. Terus keretaku meluncur atas jalan raya dengan pantas. Sambil-sambil buka radio IKIM...Prof Muhaya on air! Teruja betul aku dengar suaranya yang keibuan. hehehe...Terus keretaku tenang mengikut jalan yang lurus. ewah222...lembut tutur katanya, lagi tenangku memandu. Tu tanda prof seorang berkarisma. ^_*

Kali ini prof menceritakan tentang guru sebagai pendidik. Bukan semata-mata pengajar. Mengajar adalah menyampaikan pengetahuan. Mendidik adalah membentuk akhlak atau sahsiah mereka. Ramai yang menelefon mengatakan guru bukan ingin mendidik tetapi sekadar mengejar profesion dan kerjaya pilihan terakhir bagi lepasan ijazah sekarang.

Selalu guru merungut dengan kenakalan anak murid. Pelajar tercorot dibiarkan tanpa didikan. Guru masuk didepan, pelajar keluar ikut belakang. Realiti  sekarang. Aku juga pernah melihat dan pernah menghadapinya semasa menjadi guru ganti 3 tahun yang lepas.

Aku teringat beberapa hari lepas, aku dah koyakkan buku salah seorang pelajarku. Aku tak dapat kawal perasaanku. Aku rasa, aku terlalu berlembut dengannya. Bila fikir balik, aku yang kejam. Ada sesiapa boleh cadangkan untuk perbetulkan keadaan pelajar ini???Aku dah buntu nak minta dia belajar dan tulis dengan tulisan yang boleh aku baca. Aduhhh...rasa bersalah & tak nampak jalan penyelesaian lagi.

Kita perlu memberi yang mengubahnya itu ketentuan Allah. Jangan marah diri pelajar tetapi marahlah perangai mereka. Jadikan kita ejen pengubah bukan diubah oleh suasana. Sebelum menegur mereka, beri kepercayaan mereka kepada kita dahulu. Mulakan dengan pujian barulah sebut..."awak lebih sopan dengan baju longgar dan labuh...," Ini contoh ayat yang diberi oleh prof. Jangan bajet kita bagus!

 (Aku fikir ramai yang bajet dia bagus sebab itu, ramai yang tak boleh terima pendapat orang lain walaupun dia dah banyak pengalaman)

Jika ada yang berhutang tapi sampai sekarang tidak bayar...cuba fikir, Allah nak selamatkan harta kita. 18 kali ganda pahala kita memberi hutang kepada orang. Tidak akan papa kalau kita tidak dapat semula hutang itu. Niatka dalam hati "Jika dia tidak bayar, aku halalkan hutangnya kepadaku," Moga Allah membalas kita dengan rezeki yang lain. Rezeki Allah terlalu banyak caranya. Mungkin kita dipermudahkan urusan. Kita rasa ketenangan. Tidak mudah marah atau melenting.

Ada seorang ibu memberitahu (aku tak pasti dari fb atau telefon) prof dan menceritakan tentang anaknya. Setiap kali anaknya pulang dari sekolah, mesti diceritakan tentang guru (sesuatu yang negetif). Dia mendoakan kebaikan guru itu dan menolak kata-kata negetif anak itu. Prof setuju dengan cara itu. Tambah prof lagi, jika ibubapa set dalam minda/ susun minda itu menjadi positif, ilmu anaknya akan berkat. Ibubapa jangan menengking guru-guru. Jika guru 'kecik hati'...ilmu tidak berkat. Nauzubillah.

Kepada guru-guru...jangan sebut perkara negatif. Contohnya "Saya tak halalkan ilmu yang saya berikan kepada kamu"...Sedarlah! hakikat ilmu semuanya dari Allah. Cuma disandar kepada kita...hanya sedikit sahaja. Berikan seikhlas yang mungkin. Moga itulah yang akan diberi kepada guru kepada anak kita. Itulah kehidupan.

kredit utk Serambi Annisa'

p/s: Kalau pembaca terdengar kata-kata Prof Muhaya tapi saya silap dalam penulisan tolong betulkan yea. Semua ini untuk ingatanku jua.

2 ulasan:

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...