Menurut Pengarah, 2500 permohonan masuk ke DQ dan hanya 250 orang sahaja terpilih. Harapannya semoga para pelajar yang terpilih ini menjadi Huffaz yang berjaya pada suatu hari nanti. Bukan senang menghadapi cabaran akhir zaman. Dorongan keluarga dan ibu bapa amat penting dalam usaha membentuk peribadi mereka ini.
Hari ini aku ambil cuti untuk mengiringi adikku mendaftarkan diri ke Darul Quran Jakim di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor dengan mengambil Diploma Tahfiz Al-Quran. Kami sampai agak lambat kerana pertama kali ke DQ. Memang berada dalam kawasan yang dikelilingi hutan dan tasik. Nyaman suasananya dan sesuai untuk menghafaz Al-Quran.
'masjid DQ'
Perjalanan ke sana bukan senang kerana berpandukan 'sign board' dan peta dari 'google maps'. Dari tempatku ke sana mengambil masa lebih kurang 4 jam. Terasa jauh sangat. terpaksa berpusing2 dalam KL. Masuk ke Jalan Loke Yew, Jalan Kuching dan jalan Ipoh. Terus ke Rawang, Serendah, Batang Kali dan akhir sekali masuk simpang ke Kuala Kubu Baru. Haru juga kerana terpaksa meredah 'jem' dan cilok2 ke celah-celah kereta yang banyak. Mencabar sangat pemanduan kali ini. Pengalaman berada di 'tempat orang' membuatkan aku yakin dengan panduan sign board walaupun kadang-kadang hilang punca. Akhirnya aku terpaksa ikut van (adik aku pandu).
Ayahku kurang sihat tapi bersemangat hantar adikku ke DQ ini. Sempat tidur di rumah sewa ku semalaman. Sembilan orang termasuk ibu saudaraku datang. Moga ayah kembali sihat seperti biasa. Syafakahullahu Syifaan A'jilan. Aminnn :-)
alhamdulillah, tumpang senyum
BalasPadamSama-sama senyum kerana senyuman tidak perlu kata apa2.hahaha
BalasPadampandainya ustazah .. mabruk ustazah,doakan saya pula pahni ye ^_^ izin share di FB saya,hehe
BalasPadamxsuke di promote. Tapi kalau rase berguna, silakan ^_^
Padam