Antara tempat lawatan kami:
1. Balai Cerap Al-Khawarizmi.
2. Naik Cruise, lawat kapal diana, naik Menara Taming Sari.
3. Lawat Makam Hang Tuah.
Hanya Balai Cerap tempat yang aku suka.
Sebab?
Dari situ, aku dapat banyak maklumat yang dah aku lupakan. Maklumat baru yang aku dapat juga banyak. Maklumat yang aku confius selama ni juga dapat dikembalikan kefahaman. Selagi aku tak faham, selagi itu akan cari. Itu cara aku. Kalau boleh aku nak tau semua. Tamak ilmu.hahaha
Sejarah?
Aku kurang minat. Sebab maklumat terbatas dan tersangkut-sangkut. Sampai sekarang aku tak dapat cari. Nak tau? Biar la aku cari dulu. Kalau jumpa, aku cuba kongsi di blog kesayangan aku ni. hahaha.....(hobi zaman moden)
Koleksi gambar.
'budak mana la ni?'
'kitab lama berkaitan ilmu falak'
'Kitab yang menjadi rujukan'
'gerhana'
'bahagian atas kapal diana'
'gambar dari atas menara taming sari'
'sekitar Melaka dari menara'
Begitu juga gambar bulan. Antara mukjizat Nabi kita Muhammad SAW adalah dapat membelah bulan. SINI.
Kisahnya dari penulis buku novel sejarah no. 1 Malaysia:
Mukjizat adalah kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Ilmu pengetahuan manusia tidak mampu menghuraikan bagaimana mukjizat itu berlaku kerana ia kuasa Allah SWT.
Bulan terbelah dua kemudian turun lalu masuk ke dalam jubah Rasulullah saw kemudian keluar dari lengan baju kiri dan kanan baginda sebelum bercantum semula benar-benar berlaku dan disaksikan oleh orang ramai termasuk Raja Habib dari Syam. Setelah melihat kejadian yang luar biasa itu ramai yang mendapat hidayah termasuk Raja Habib. Tetapi lebih ramai yang tidak percaya lalu mengatakan itu sihir Muhamad. Kisah ini ada diceritakan dalam novel Abu Bakar Sahabat Sejati bab 3 muka surat 32.
Peristiwa bulan terbelah itu disebutkan dalam al Quran.
“Telah hampir datangnya masa itu dan bulan terbelah. Dan setelah mereka melihat suatu tanda (mukjizat) mereka berpaling lalu berkata “Ini adalah sihir yang luar biasa” dan mereka mendustakannya dengan mengikut hawa nafsu sedang setiap yang berlaku ada ketetapannya.” (Surah al Qamar ayat 1-3)
Mengenai kisah bulan terbelah ada diceritakan dalam buku Mukjizat-Mukjizat Rasulullah, Kisah Menakjubkan Dalam Kehidupan Rasulullah, 33 Kisah Menarik Para Nabi-Nabi, kitab Nur Yaqin (jawi), Hikayat Nabi Bercukur dan Bulan Terbelah (jawi). Malah dalam Qisasul Anbiyak (jawi) ada diceritakan kisah Raja Syam yang telah beriman. Apakah itu Raja Habib?.
Siapakah Raja Habib bin Malik?. Apakah itu nama sebenar atau gelarannya?. Ini kerana orang-orang Arab juga menggelarnya Raihanah Quraisyin. Dalam kisah para nabi-nabi (Qisasul Anbiyak) ada disebutkan seorang raja Syam yang telah beriman menulis surat wasiat supaya anaknya mempercayai Muhamad itu seorang Rasul.
Ketika berlakunya peristiwa bulan terbelah, Raja Habib berada ke Mekah. Selepas menyaksikan peristiwa itu Raja Habib mendapat hidayah. Setelah kembali ke Syam beliau mengirimkan hadiah berupa emas, perak dan permata yang dibawa oleh lima ekor unta sebagai hadiah kepada Rasulullah saw. Baginda menerima pemberian itu tetapi kemudiannya baginda berdoa supaya semua harta itu dilenyapkan menjadi pasir.
Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah saw baru diangkat menjadi Rasul. Belum wujud Negara Islam dan al Quran belum selesai diturunkan. Seruan baginda ketika itu Cuma mengajak manusia menyembah Allah dan jangan menyembah selainNya.
Negeri Syam atau Syria terletak di semenenjung Tanah Arab. Orang-orang Quraisy Mekah selalu berulang alik antara Syam dengan Mekah untuk berniaga. Ketika Nabi Muhamad berusia sembilan tahun pernah pergi ke Syam bersama bapa saudaranya untuk berniaga. Kemudian ketika berumur 25 tahun sekali lagi Nabi Muhamad pergi ke Syam membawa barang-barang dagangan Khadijah.
Setelah Muhamad menjadi Rasul dan setelah Islam tersebar di Madinah barulah Rom dan Parsi memusuhi Islam. Rom telah menguasai Syam. Setelah Raja Habib menjadi pengikut Muhamad, dia juga senasib dengan Raja Habsyah yang memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negaranya. Setelah Raja Habsyah itu memeluk Islam dia dibunuh oleh pembesarnya. Apabila mendengar berita itu Nabi Muhamad saw menyembahyangkan jenazah Raja Habsyah itu secara sembahyang ghaib.
Peristiwa yang sama hampir berlaku kepada Maharaja Rom. Pada mulanya dia hendak menerima tawaran memeluk Islam tetapi dibantah oleh para pembesarnya menyebabkan dia membatalkan niatnya itu. Raja Habib, walaupun telah memeluk Islam tetapi tidak dapat mempengaruhi rakyat dan para pembesarnya supaya memeluk Islam.
Negeri Syam atau Syria kekal berada dalam jajahan Rom sehingga pemerintahan Saidina Umar al Khattab baru dapat ditakluki.
**********
'manzilah bulan'
**********
Menentukan masuk waktu solat jika tiada azan. Aku jumpa dalam blog SINI. Malas nak tulis tapi nak kongsi.hehehe...
1. Masuk waktu Solat Subuh itu apakala terbit fajar iaitu kita lihat mendung mereh di ufuk Timur dan tamat waktunya apakala kita melihat mega kuning di bahagian Timur sudah lenyap;
2. Masuk waktu Solat Zohor apabila tergelinciri matahari, iaitu jika ditegakkan sebatang kayu atau pancang, sudah boleh kelihatan bayang-bayangnya;
3. Masuk waktu Solat 'Asar ketika melihat kayu atau pancang yg dipacakkan itu mempunyai bayang-bayang sama panjang dengan kayu atau pancang tersebut dan luput waktu 'Asar ketika bayang-bayang kayu atau pancang yg dicacakkan itu dua kali panjang kayu atau pancang tersebut;
4. Masuk waktu Solat Maghrib ketika matahari sudah tenggelam dan luput waktu Maghrib itu ketika ketika sudah malam hari, yakni ketika mega merah arah Barat sudah hilang (i.e. waktu masuk dan waktu luput Maghrib itu pendek sahaja, kira-kiran 30 minit sahaja); dan
5. Masuk waktu Solat Isya' ketika hilang mega merah di ufuk arah Barat dan tamat waktunya ketika hilang gelap atau kegelapan malam hari i.e. waktu Isya' itu panjang.
Cukup lah setakat ini dahulu...
Cukup lah setakat ini dahulu...
ramai orang yg pergi ke melaka sebab tempat tersebut adalah tempat yg bersejarah
BalasPadamDi mana ada nilai sejarah, di situ orang akan pergi untuk mencari kebenaran ^_^
Padambetul- betul, krn org nak mengetahui lebih lanjut.:)
Padam