17 Mei 2012

Surat Terkantoi.

Minggu peperiksaan. Minggu sibuk untuk study. Minggu merebut peluang mendapat markah tertinggi. Minggu paling memeningkan kepala bagi pelajar tingkatan 2 & 3. Berasap kepala baca dan hafal. Baca banyak tapi jawabnya sedikit sahaja. Ada juga study lain, keluar dalam peperiksaan soalan lain.

Untung juga aku lepak kat sekolah hari ini. Dapat juga bertukar-tukar pendapat dengan para guru yang dedikasi dan berinovasi ni. Sambil-sambil tengok diorang buat penanda buku untuk pelajar. Aku tolong pandang sahaja. Penat berfikir dan pilih nama untuk ihtifal lepas cuti sekolah nanti. Harap semua pelajar yang terpilih ini 'merelakan' diri yea. hehehe

"Nah baca surat ni," aku ambil kertas berlipat yang dihulurkan.

"Ko baca la. Mesti ko tak sangka kan," berkerut dahi aku ni. Lagi aku nak tau dan nak tau. hahaha

Inilah isi kandungan kertas berlipat tadi:


"wey Manap, Mawardah n 'x ptoz nan ko...tpy ko da janji aq y' kowg x ley ptoz...,"

"urm...ye la aku reda dengan ape yang berlaku.. semua keputusan dia yang tentukan...tpi aku harap dia x' akan lupekan aku sebab aku x pernah lupakan dia.. aku sedar sapa diri aku ni,"

"m'rendah an dri lak ko nie...:P x' bek au...=) always smile...,"

"aku x' mintak ape-ape pun dari dia...yang aku minta just kasih sayang dari dia jer... tapi kalau itu keputusan dia aku terpaksa redalah. tpi kalau dia rindu kat aku...suruh dia pandang bintang yang paling terang sinarnya... sebab kalau aku rindu dia setiap malam aku akan pandang bintang tu..."

"orite...='C,"

**********

Komen aku:

1. Rosak Bahasa Melayu budak-budak ni. Macam mana BM nak dapat 100% lulus ni?

2. Dah la tahun ni PMR, ada hati nak bermain cinta.

3. Aku dah tau siapa orangnya bila baca berulang kali. hahaha

Tunggu la apa yang aku akan buat selepas ni kat budak-budak ni. Haus dah hati aku. Jadi kering.huhuhu

Apa pula komen orang lain yea?

15 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tau ke siapa gerangan orangnya. Aduissssh!

      Esok jangan lupa jawab soalan peperiksaan selama 2 jam setengah. Nak tunggu...siapa yang tidur.huhuhu

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayat yang sama. sbb tu dikeluarkan. Mf Adlina.hehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. ahli en. shafiQ ke? Macam2 berlaku jika musim peperiksaan. Harap peristiwa tidak berulang.huhu

      Padam
  4. " Dah la tahun ni PMR , ada hati nak bermain cinta "
    ***
    tahun ni PMR .? mesti bdak form 3 kann .. kan .? ^^
    mcm kat drama pulak .? sedang berlakon kah .? berjiwang .? =)sampai bintang2 sekali keluar . ^^ serius , tergelak-gelak baca post ustazah kali ni :D , geli sngt . -_-"
    -Nur Aqillah binti Zulkepli-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang geli pun. Nak PMR...ayat jiwang2. Kalau sains dapat A tak apa la juga. Apa nama bintang tu yea?

      Ni budak2 kelas kamu sendiri. Macam tak percaya budak ni terlibat. hehehe...tgu tindakan hari ini. ngeh22

      Padam
    2. tengok dripda segi ayat surat kt ats tu mcm knl....kite rse bleh agk siapakh gerngan itu....hehe...ayat diaorng bleh meroskkn bhse melayu...bagi kite,ayt diaorng mnggelikn....eee...gtl!!!~BELAJARLH DULU....~

      Padam
    3. Belajar dulu kan. F2 jangan ikut perangai abang2 n kakak2 ni. belajar hingga bpleh tanggung diri sendiri dulu. eee..gatal!!!..meh nak garu. hihihi

      Padam
    4. InsyaAllah....pljar form 2 tak mcm tu...dan sye sndiri jugk tak akn jdi mcm tu...

      Padam
    5. Amin...Mudah-mudahan Allah memperkenankan niat yang baik itu. Sekarang mereka masih angau. Tak sedar diri tahun ini ada PMR. Bila nak sedar ni???!huhuhu

      Padam
  5. Alahai, muda mudi zaman kini...Susuhnya nak baca surat tu. Tak tertafsir di fikiran ini....Rosak bahasa, rosaklah bangsa...Ingatlah,bahasa jiwa bangsa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal2 tu memang susah. Bila ramai penterjemah kiri kanan, baru boleh di pos ke blog. Tuannya dah baca. Macam biase je. Susahnya nak faham kehendak bdk2 skrg.huhuhu

      Padam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...