16 April 2026

Markah Prestasi PB3P

Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang menulis di sini. Sebagai diari atau pengalaman hidup.

Aku sebagai seorang guru yang berkhidmat lebih 15 tahun di sekolah menengah. Guru biasa. Harapnya sentiasa biasa. Tiada yang luar biasa. Semua rezeki dari Allah. Kadang yang Allah tangguhkan kerana bersebab. Sebab yang aku sendiri tidak tahu.

Aku sebenarnya terpanggil menulis apabila aku jumpa penilaian pb3p seorang guru juga 75%. Banyak penglibatan dia dalam dunia digital dan khidmat bakti luar sekolah. Di sekolah, hanya pihak sekolah yang tahu. 

Aku pernah dapat markah lebih tinggi sikit dari ini. Mungkin kerana aku kuat membantah sehingga 1 tahun aku lambat sah jawatan. Cara aku juga salah. Ketua tetap ketua. Arahan tetap arahan. Aku generasi Y2K. Memang perlu penjelasan logik untuk aku buat kerja. Tahan tekanan.

Ini penilaian aku tahun 2018. 

Sejak tahun 2016, aku banyak terlibat dengan dunia luar sekolah iaitu ppd dan jpn. Tahun yang menakutkan aku kerana menjadi JU subjek baru. Aku tak tahu, kursus yang aku hadir itu adalah untuk JU. Apabila balik ke negeri tempat kerjaku, aku perlu beri bimbingan dan taklimat kepada guru-guru di negeri ini. 

Tahun last PMR, aku sempat jadi guru pemeriksan kertas PMR ganti guru bersalin. Orang tawarkan, aku terima. Itulah situasi aku sebagai pendatang baru.

Tahun 2017, aku masih jadi JU tapi subjek lain pula. Sehingga satu tahap, aku tanya pengawai JPN , "Tuan, tiada orang lain ke?". "Tiada. Awak wajib pergi". Aku dalam hati memang marah tapi tidak terkeluar dari mulut sebab aku tiada alasan kukuh. Terdetik juga di hati, "Macam aku ni kena buli" . Lama-lama aku berdamai dengan tukar minda dengan kata-kata " Ini peluang aku belajar dengan senior dan pakar2".

Rupanya 2018, lagi mencabar. Aku kena pegang 3JU. Aku JUK. Aku Ketua Pentaksir. Negeri PT3. Dalam kerja hakiki aku tetap banyak, GPM, Ketua Panitia, Guru Pengawas, Guru Disiplin dll. Sebelum aku perlu kerja luar sekolah, kerja di sekolah tetap aku selesaikan. Apabila pentadbir minta, aku serahkan apa yanh diminta. Aku pada asalnya aku tolak tugas secara lisan, kerja yang diminta tetap jalan. Aku bimbang kerana aku seorang, kerja orang lain akan tergendala. Ketika ini aku dapat markah 98.45%. Guru yang dapat APC, lebih tinggi 0.01% dari aku.

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa banyak jawatan di sekolah? Sekolah aku tak ramai murid dan guru. Jadi apa-apa laporansekolah besar buat, kami tetap kena buat. 

2019, seorang GC sekolah aku tengok aku sentiasa 'hilang' di sekolah. Sekejap aku ke Langkawi, ke Pangkor, ke KL, ke Melaka dll. Malas nak sebut. Nanti kome cari. hehe

Tahun ni aku naik DG44. Tak lama aku naik jadi ketua bidang. Rupanya peluang aku masuk ke pantai timur semakin tipis. Itulah pandangan aku.

GC sekolah aku ni selalu 'menekan' pasal mohon HLP sebab dia tengok aku banyak sijil negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini semua sijil JU dan penyertaan sahaja. Pernah juga aku hantar artikel dari blog ni tapi aku dah delete artikel tu untuk elakkan plagiat. 

2020 aku berjaya dapat HLP. Pertama kali mohon, terus dapat. Rezeki dari Allah.

Sebelum tu aku banyak dengar cerita pengalaman HLP. 

Dia dah mohon 7 kali tali tidak berjaya interview.

Ada masa interview bawa hasil kerja dengan bawa 'carry beg'. 

Ada masa interview kena koyak kertas proposal.

Macam cerita seram bagi aku.

Aku dapat HLP musim covid. Tiada iv. Hanya hantar video proposal.

2020 hingga 2022 aku sambung belajar dengan HLP 2+1. Maksudnya aku cuti belajar 2 tahun dan reposting. Dalam tempoh 1 tahun lagi, aku perlu habiskan HLP semasa bekerja.

Alhamdulillah sekarang aku berada di negeri kenal dengan cara reposting selepas 13 tahun berkhidmat.

Untuk rekod, aku belum pernah dapat APC sepanjang 13 tahun ini. 

2023 di sekolah baharu, Allah rezekikan APC di tempat ini. Aku hanya buat kerja yang diberikan. Amanah yang diberikan. Jarang ambil cuti hingga sekarang.

Cukup dulu setakat ni...

Aku doakan semoga guru2 lain termasuk ustazah yang terlanggar murid dipermudahkan urusan. Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Bismillahi Tawakkaltu Alallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Markah Prestasi PB3P

Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang menulis di sini. Sebagai diari atau pengalaman hidup. Aku sebagai seorang guru yang berkhidmat lebih...