Tolong mengulangi sejarah hitam sekolah kita pada tahun lepas. Semua itu akan disebut-sebut walaupun nama sekolah disembunyikan. Kami yang mendidik kalian, yang terasa sangat dengan apa yang berlaku.
Jika kita menjaga hak Allah, Allah akan menjaga hak kita.
Tak sampai hati nak ganggu peperiksaan semua pelajar. Aku juga tak sanggup tengok budak ni dah hilang arah dengan alam percintaan. Natijah peperiksaan memang dah merosot. Penangan cinta maksiat ke? Aku pun tak boleh jawab. Mungkin jawapan itu ada pada semua pelajar yang terlibat.
"Betul ke teacher pasang CCTV dalam bas," apa boleh aku jawab kecuali senyum. Fikir sendiri kerana Allah Maha Melihat.
'Couple' diperdebatkan dalam facebook. COUPLE adalah HARAM. Keras betul amaran ini. hahaha...
Aku nak jawab...
Perkataan 'couple' tak haram. Orang yang menggunakan perkataan 'couple' sebagaimana golongan Barat dan menjadi sebagaimana mereka itu adalah haram. Perbuatan 'couple' sebelum nikah yang dibuat oleh barat menjadikannya HARAM.
Buat apa kita nak tiru barat. Kita ada adab ketimuran. Kenapa kita sibuk nak meniru orang barat yang cuba menjauhkan kita daripada nilai-nilai Islam? Kenapa kita yang sekolah agama tak boleh jadi contoh kepada pelajar SMK? Malah lebih teruk dari mereka.
Dalam Al-Quran sebut "Jangan kamu mendekati zina".
Cuba baca betul-betul wahai sekalian muda mudi yang berjiwa panas!
Kenapa dalam Al-Quran, Allah tak sebut " Jangan kamu berzina"?
Sudah tentu istilah 'mendekati' mempunyai maksud yang mendalam. Bermula dari perkara mudah akhirnya menjadi rumit.
Jika CCTV Allah ditayangkan, bagaimana kamu nak menjawab. Saksinya bukan mulut kamu. Tangan kamu yang akan bercakap. Kaki kamu yang akan bercakap. Kulit kamu bercakap. Menceritakan apa yang telah kamu buat di dalam bas. Dibawah bas. Di atas motor. Di dalam perpustakaan.
Pemilik surat dah datang kepadaku. Mereka berdua ada jumpa aku. Tetapi aku susah nak percaya kata-kata mereka. Putus. Sambung. Putus. Sambung. Senang kerja korang kan. Tetapi janjilah kepada Allah. Bertaubatlah walaupun susah.
Jika kita baik, kita akan dapat kawan baik. Jika kita jahat, kita akan dapat kawan yang jahat. Baiki diri untuk menjadi orang yang lebih baik walaupun kita bukan seperti Rasulullah.
Yang membimbangkan, pelajar yang senyap dan nampak baik. Bukan ingin memandang buruk perbuatan mereka. Takut bala menimpa. Moga mereka juga berubah walaupun mereka buat diluar kawasan sekolah. Di luar pengetahuan Ibu bapa.
Harapan mereka tinggi untuk melihat anaknya berjaya. Bukan sahaja di dunia. Bahkan di akhirat juga.
P/S: Esok 20 MEI 2012, 27 orang pelajar perlu berkumpul di sekolah jam 7.00 pagi. Tolong bawa bersama alat tulis dan telekung solat (bagi perempuan). Jangan pakai seluar jeans dan baju mesti berkolar. TUNGGU SEHINGGA BAS SAMPAI. Harap maklum.
Entri lama
1. Jangan Hampiri Zina SINI
2. Papa On...mama opp SINI
3. Surat terkantoi SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan