21 Mac 2013

Peperiksaan Awam 2012.

Alhamdulillah atas kurniaan Allah terhadap keluarga kami. Hari khamis 21 Mac 2013. Adikku, Maryam telah mendapat keputusan SPM 2012. 8A1B adalah keputusan dalam jangkaan. Kesimpulan dari peperiksaan awam 2012 adalah kurang satu.

Apa yang aku maksudkan? UPSR 4A1B, PMR 8A 1B dan SPM 8A 1B. Mereka semua adalah hafiz dan hafizah. Hasil menghafaz mukjizat Allah, semuanya menjadi mudah. Itu adalah matlamat ibu bapaku. Aku tak termasuklah. Sempat hafaz beberapa surah tertentu.

Doa mak ayah terus mengiringi perjalanan kehidupan adik beradik kami. Mereka tidak mengharapkan kami kerja mewah, cukuplah dapat mengaplikasikan 'agama' dalam kehidupan. Duit atau kemewahan tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu bukan matlamat kami.

2 ulasan:

  1. betul tu..kemewahan akan menhancurkan kehidupan kita sekiraya perasaan tamak beraja di hati..baik hidup biasa2 je tapi kita senang hati dan bahagia..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasatiyyah atau bersederhana sgt dituntut. Moga kita dapat redha Allah :)

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...