06 April 2013

MTAQ 2013.

Alhamdulillah mtaq sudah selesai hari ini. Kami cuma menyertai tilawah perempuan, hafazan perempuan dan khat lelaki dan perempuan.

Aku dah kurang aktif blogging walaupun hati meronta untuk menulis. Menulis menghilangkan stress. Cara ini dapat melepaskan perkara yang terbuku dalan kepala. Cuba bayangkan kepalaku seperti buku?

Kawan baikku pulak yang rajin update blog. Terasa jeles pula. Diri ini kurang menggunakan laptop. Blog pula tak user friendly dengan smartphone ni. Jadi semuanya jadi draf.  Jadi idea dah kurang. Ya Allah, berikanlah  kekuatan ke atas diriku untuk menulis sesuatu yang berguna. Ya Allah, jauhilah aku dari menyakiti hati orang disekelilingku. Aki adalah insan lemah yang memerlukan bimbingan ilmuMu.

Kembali semula tentang MTAQ.

Aku sempat ziarah peserta-peserta ini beberapa ketika sahaja. Mungkin aku boleh kongsi beberapa gambar untuk tatapan pembaca.

'Johan tilawah'

'hafazan'

'khat'

Statistik blog ini menunjukkan 'Tajuk MTAQ' ramai yang view. Kadang-kadang aku terfikir, adakah ramai pengunjung nak cari isi syarahan spontan dalam blog ini? Ada yang minta cari isi. Jika aku ada masa rehat, aku cuba cari. Tapi keletihan membuatkan fikiran aku juga beku. Maaf kerana tidak dapat membantu. Sekolahku tidak hantar dalam kategori syarahan.

Untuk pengetahuan semua, Syarahan Spontan MTAQ merangkumi silibus pendidikan Islam, tasawur, syariah dan quran sunnah (bergantung kepada hakim). Jadi nak cari dalil boleh tengok dan baca buku teks masing-masing. Banyakkan bacaan terutama isu semasa untuk menguatkan hujjah bagi isi penting.

Mulakan ilmu kita dengan BACA + FAHAM + TULIS. Tunggu guru suap, tak menjadikan kita seorang yang berilmu. Usaha yang akan menbuahkan hasil. Selalu bincang dengan guru. Pengalaman guru banyak membantu dari sudut idea dan olahan.

Jadikan diri seorang PEMBACA!

Nota: Musim pilihanraya penuh dengan fitnah menfitnah. Akhlak yang ditunjukkan oleh orang fanatik dalam parti masing-masing menjadikan diri sendiri hina. Jika Islam tidak dimartabatkan, ketahuilah sesungguhnya masih ada penganut agama Islam masih membuat maksiat dan dosa.

Contohilah kepimpinan Rasulullah yang menjadi ketua negara bermula di MADINAH. Baca sirah Rasulullah. Bukan membelakangkan sirah Rasulullah.

Ya Allah, jauhilah  kami daripada menghina agama Islam sendiri.

4 ulasan:

  1. cam kenal je ayat di atas tu..hehehehehe. rindu nak join majlis macam ni ms zaman sekolah dulu..

    BalasPadam
  2. Ayat mana tu? hehe...zaman sekolah penuh memori. Kita menuju masa depan yang mustahil utk jd peljr walaupun nampak muda :)

    BalasPadam
  3. ayat "kawan baikku pulak rajin update blog"..hehehehe..mmg mustahil dan xkan kembali semula ke zaman itu kecuali dengan izin Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la. Semakin rajin semakin mantap penulisan. Bi iznillah :)

      Padam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...