31 Mei 2013

Lemas

Cuti sekolah. Saat yang aku tunggu. Banyak jemputan walimatul urus. Tempat yang buatkan aku malas bergerak.

Jumpa orang yang dikenali, bilakah dot dot n dot? Persoalan yang lama telah terjawab dengan isyarat kepala ke kiri kanan. Bila nak buat kenduri ni? Dijawab dengan gelak ketawa.

Jawapan terbaik adalah doakanku dipermudahkan dalam urusan jodoh.
Bukan senang diri ini menerima mana-mana lelaki dalam hidup. Semoga Allah membuka hatiku apabila berjumpa dengan jodoh yang terbaik dari segi agamanya. Moga dengan agamanya, dia menjadi orang yang bertanggungjawab.

Siapa aku yang tidak terasa dengan persoalan cepu emas ini? Siapa aku yang selalu membuat muka 'cool' tapi dalam pelbagai perasaan bercampur menjadi sedih?

Seorang demi seorang rakan sebaya masuk ke gerbang mendirikan rumah tangga tapi aku masih bersendirian. Ke mana-mana berseorangan tanpa teman. Perasaan takut dibuang jauh-jauh. Menjadikan aku seorang yang berdikari dan sangat mementingkan diri dan pertahanan diri.

Para ibu ada yang inginkan aku menjadi menantunya. Bila anaknya tidak menjaga batas dalam perbualan aku menjadi tawar. Secara tidak langsung menolak tanpa belas kasihan. Itulah yang berlaku terhadap jejaka itu.

Pemilih!

Aku sedar hal memilih ini menjadi punca utama kegagalanku hingga sekarang.

Penakut!

Ya. Sifat ini menjadikan aku menjauhkan diri dari realiti. Takut menghadapi alam rumah tangga.

Oleh itu, hanya orang yang betul2 yakin dan inginkan aku menjadi suri rumah tangganya sahaja yang mampu meruntuhkan segala sifat buruk yang menghantui diriku.

Siapakah insan itu?

Aku akan berusaha menjadi 'baik'. Aku akan berusaha menjadi solehah. Aku akan berusaha memperbaiki diriku ke arah kebaikan. Aku akan berusaha meraih cinta ilahi untuk mendapat syurga abadi.

*********
Selagi aku dalam keadaan single,  selagi itu persoalan hidup masih tiada jawapan. Siapa jejaka yang telefon aku ketika aku masih sekolah menengah dulu. Terimbau memori itu. Kenal namaku. Tahu aku pernah belajar di smk sebelum ke sma. Aku potong percakapannya dengan alasan banyak kerja. Telefon diletakkan. Itulahkesukaranku untuk mengenali lelaki. 15 tahun sudah berlalu. Memori itu masih dalam ingatan. Hal ini kerana tiada jawapan tentang siapa dia?

Kini adikku bakal membina masjid melalui program dalam internet. Aku pula tidak yakin guna cara sepertinya. Entah. Perasan ini sukar ditafsirkan. Apa sebenar kehendakku. Aku hanya berserah. Usaha? aku tiada daya untuk melakukannya memandangkan banyak negatif yang aku nampak dari positifnya.

Benar kata kawanku , "Berhati-hati pilih pasangan kerana tanpa sedar dia adalah syiah". Mengejutkan. Hal ini kerana aku tidak pernah terfikir tentang perkara ini. Aku juga tidak jelas untuk kenal mereka.

Drama korea penuh dengan cinta romantik. Tidak berpijak kepada kenyataan. Hamba kepada cinta. Segalanya demi yang tercinta. Ibu bapa dianggap kekasih kedua dan ketiga selepas cinta. Semua sanggup dilalui demi cinta. Bahagiakah mereka?

********
Adikku telah mendirikan rumah tangga.Rabu, 24 Disember 2015 akad nikah dan kenduri di rumah 26 Disember 2015.  Barakallahu lakuma wajamaa bainakuma filkhair.22 Disember 2015 bapa mertua adikku kembali ke rahmatullah sebelum sempat melihat perkahwinan anak perempuannya. Moga Allah meletakkan beliau dikalangan hambaNya yang soleh. Ajal dan jodoh tiada siapa yang tahu.

Aku masih menerima mesej dari ibu atau bapa seseorang. Bertanya khabar. Semua jawapanku hambar. Entah kenapa. Aku rasa empunya diri tidak bersungguh-sungguh. Lagipun aku tak pernah jumpa selama aku menumpang di rumah keluarganya. 6 tahun berlalu. 2016 bakal menjengah. Aku masih di sini. Adakah 10 tahun lagi,  aku masih di sini?

Insya Allah khidmatku akan tamat 10 tahun lagi jika kekal di sini. Tiada perubahan. Pentadbiran semakin menyampah. Semakin berat. Semakin tertekan. Keperluan semakin mendesak. Aku kesal berada jauh dengan keluarga. Aku ingin kembali ke kampung. Air mata mengalir deras. Teringatkan ibu ayah yang banyak berkorban untukku. Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka berdua. Aku tak mampu membalas jasa mereka hingga ke usia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...