06 September 2013

20 Sen Sahaja.

'Sahaja aku solat fardu subuh 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah taala'. Ini niat dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Arab 'usolli' membawa maksud 'aku solat'. Kenapa dalam terjemahan ada maksud 'sahaja'?

Syeikh Daud Fattoni yang memperkenalkan 'sahaja' dalam terjemahan bahasa melayu.
Cuba buat perbandingan ayat ini.

Ayat pertama : "petang ini aku nak pergi rumah kau!" nada serius.

Ayat kedua: "petang ni aku nak pergi rumah kau. Saje je..." nada bersahaja.

Apabila menggunakan ayat pertama, kita akan tertanya-tanya kenapa dia nak datang rumah aku? Sebelum ni tak pernah pun datang? Rasa sangsi terhadap niat orang itu.

Bila menggunakan ayat kedua dan ada perkataan 'saje je', hati terasa lega sedikit. Lebih selesa dan santai. Mungkin itulah punca adanya perkataan 'sahaja' atau 'saje je'.

Janji tetap tinggal janji. Memang susah menunaikan janji jika janji hanya dimulut. Kelebihan ini diberi, kelebihan lain ditarik. 'Bijak' memanipulasi keadaan dan pada masa yang sama orang ramai menilai apa yang dilaksanakan. Inilah helah zaman moden.

Aku hairan dengan negara yang mempunyai hasil minyak yang banyak. Harga minyak tetap mahal. Bukan minyak masak tapi minyak petrol. Tiada minyak ini, tak berjalanlah kenderaan. Paling hairan lagi, semua barang di pasaran dilarang naik harga. Siapa yang 'bodoh' lagi tolol ni? Takkan angkut barang guna basikal atau kenderaan yang tidak menggunakan minyak petrol atau diesel?

Semua barang akan naik. Tak kira barang makanan atau bahan binaan, semuanya akan naik harga. Tak terkecuali perkhidmatan bas. Apa nak jadi. Aku dah pegang kepala sebab fikir tak habis. Pergi solat dulu. Ajal tak tau bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...