08 Julai 2014

Ringkasan Buku Daulah Uthmaniyyah

Aspek negatif pemerintahan Empayar Uthmaniyyah yang banyak memberi kesan kepada kelemahan politik.

1. Mengabaikan Bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran dan hadis pada peringkat akhir mepayar ini.

2. Mereka tidak memahami Islam yang sebenar.

3. Penyelewengan daripada syariat Allah

4. Terpengaruh dengan dakyah barat. Peranan ini dimainkan oleh Muhammad Ali dengan tindakan kerasnya terhadap gerakan Islam di Mesir, Jijjaz, dan Sham bagi menjaga kepentingan British dan Perancis. Beliau menerapkan pengaruh Barat yang dianggap usaha meminggirkan prinsip Islam yang sebenar. Lobi Freemason yang wujud disebalik segala dasar Muhammad Ali yang merosakkan Umat Islam.

Muhammad Ali adalah racun yang digunakan oleh musuh bagi melaksanakan agenda mereka. Atas sebab ini, mereka menyokong Muhammad Ali membangunkan kemajuan sains, ekonomi dan ketenteraan.. Hal ini kerana mereka yakin wujud kelemahan dari aspek akidah dan pegangan Islam pada diri Muhammad Ali, pembantu dan tentera beliau.

Faktor kelemahan Muhammad Ali ini, menyedarkan negara Eropah bahawa Empayar Uthmaniah bakal jatuh. Persediaan mereka adalah membahagikan wilayah empayar ini apabila peluang terbuka luas.

****************************
Sultan Mahmud II mengikut telunjuk tamadun barat dalam usaha reformsinya. Kemudian anaknya, Abdul Majid yang memegang tampuk pemerintahan. Abdul Majid tunduk kepada pengaruh menterinya, Rashid Basha yang terpengaruh dengan idealogi Freemason. Menteri ini bersama-sama konco-konconya turut mempercepatkan proses penerapan nilai barat yang bertunjangkan kepada 3 paksi penting.

****************************
Langkah yang dilakukan oleh Zionis untuk menamatkan Khilafah Islamiah. Tindakan tokoh boneka mereka, Mustafa Kamal. Mustafa berusaha menyisihkan Turki daripada akidah Islam, memerangi pegangan agama Islam, menindas para pendakwah Islam dan menggalakkan budaya kuning dan pergaulan bebas.

Faktor kejatuhan Empayar ini berdasarkan perspektif Al-Quran.

1. Penyelewengan yang wujud dalam fahaman Islam tentang agama seperti fahaman al-wala' wa al-barra' (setia dan suci) dan kefahaman tentang ibadat.

2. Tersebarnya budaya syirik dan bidaah.

3. Penyelewengan atau kemunculan tarikat sufi sebagai satu kuasa berpengaruh dalam masyarakat Islam yang membawa akidah, fahaman dan ibadat yang jauh menyimpang daripada Kitab Allah dan Sunnah utusan Allah.

***************************
Ancaman kumpulan-kumpulan sesat yang mampu melemahkan kekuatan umat Islam seperti Kumpulan Syiah Rafidah Imam Dua Belas, Druze, Nasiri, Ismaili, Qadiani, Baha'i dan banyak lagi fahaman yang dikaitkan dengan Islam.

***************************

Faktor kehilangan kepimpinan Rabbaniah punca kehilangan identiti umat, terutama...

1. Apabila ulama' Islam hanya menjadi mainan pemerintah yang kejam.

2. Para ulama' mengejar jawatan, pangkat dan mengabaikan peranan yang sepatutnya dimainkan.

3. Akhir pemerintahan Uthamaniah, bidang ilmu agama menjadi kaku dan beku.

4. Para ulama' tertumpu dalam menghasilkan rumusan, huraian, nota dan pengesahan buku.

5. Mereka mengenepikan semangat Islam yang sebenar berdasrkan Al-Quran dan Hadis.

6. Para ulama' enggan membuka pintu ijtihad. Orang awam yang taqlik dan jumud menganggap mereka ini kufur.

****************************
Buku ini mendedahkan kezaliman yang berleluasa dalam Empayar ini.

1. Sikap mereka yang tenggelam dalam nafsu, pertikaian dan perpecahan.

2. Akibat penolakan syariat Allah, ia membawa kesan buruk seperti kelemahan politik, ketenteraan, ekonomi, ilmu, akhlak dan sosial.

Jom baca.....

SUMBER: Faktor Kebangkitan & Sebab Kejatuhan EMPAYAR UTHMANIAH oleh Dr Ali Muhammad As-Solabi. Terbitan Pustaka Salam. Diterjemahkan oleh Ustaz Solehan Ayub. Cetakan 2011.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...