08 Oktober 2014

Cabaran PT3 dan KBD

Assalamualaikum. Semoga Allah sentiasa menetap hati kita dalam agama Islam. 

Cabaran tetap ada walau di mana sahaja. Semua orang ada cabaran dan cabaran setiap insan itu berbeza. Sebab itu kita mampu bercerita berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan sebagainya.

Sebelum penulisan ini lebih panjang, aku nak ucapkan selamat menyambut perayaan Aid Al-Adha. Semoga Allah menerima segala pengorbanan yang telah kita persembahkan. Cuti terlalu pendek dan sibuk dengan persediaan peperiksaan SPM, PT3, STAM dan STPM. 

Aku hanya berhadapan dengan pelajar tingkatan 3. Mereka bakal menghadapi Penilaian Pentaksiran Tingkatan 3 yang menggantikan PMR. Jika dahulu PMR, mereka hanya dapat satu slip keputusan peperiksaan. Pada slip tersebut terdapat 9 subjek atau 8 subjek sama ada mereka mendapat 9A atau 4A. Di sinilah keputusan yang mendebarkan. Berbanding sekarang, mereka mempunyai 4 sijil. PT3, PAJSK, psikometrik dan PPPM (pengganti PBS). Pernah dikatan nama PPMR. Rupanya PT3.

Semuanya terasa sangat baharu.Setiap tahun caranya berubah. Aku hanya sebagai pelaksana juga pening. Apa yang perlu dibuat? Tahun ini, baru didedahkan bagaimana pelaksanaan dilaksanakan. Bulan Julai. PPPM juga perlu dilaksanakan secara offline.Ramai rakan-rakan seguru tidak tahu. Apa semua ini???!

Subjek aku mengajar BA. Tersangat mencabar. Bukan bidang aku. Aku cuba sedaya upaya untuk mengajar sebaik mungkin. Daripada percubaan PT3, separuh dari calon PT3 tidak lulus. Apa lagi yang harus aku buat? Kelas tambahan aku cuba adakan. Ganti guru yang tidak ada. Usaha untuk mahirkan pelajar buat ayat mudah. Bengkel demi bengkel dilaksanakan tetapi mereka masih tiada usaha sendiri. Terasa aku terlalu lemah untuk mengajar mereka. Aku ajar semampu yang boleh. Kerja semakin mencabar. 

Selepas mereka menjawab soalan PT3, aku juga akan menanda sendiri kertas itu. Pentaksir kawasan akan memantau sama ada cara penandaan aku betul atau salah. Adakah aku bakal menangis sambil menanda kertas? Ya Allah, kuatkan diriku untuk menghadapi semua cabaran ini. 

Tahun depan. Cabaran lebih besar. Semua sekolah SABK bakal melaksana Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Tempat aku mengajar ini bakal melaksanakan KBD. Jika dulu ada pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Bila pelaksanaan KBD, Pendidikan Islam akan dipecahkan kepada Usuluddin dan Syariah. Kedua-dua matapelajaran ini diajar dalam Bahasa Arab. Buku teks juga dalam Bahasa Arab. Bahasa Arab daripada 6 waktu berubah kepada 15 waktu. Matapelajaran teras tetap ada seperti BM, BI, Math, Sains, KHB, Geografi, Sejarah, PJK dan PSK ditukar kepada Pend Seni. 

Kebanyakan guru Bahasa Arab boleh mengajar pendidikan Islam tetapi guru pendidikan Islam tidak semua mampu menguasai Bahasa Arab. Itu menjadi cabaran kepada guru pendidikan Islam. Hampir 5 tahun aku bergelumang dengan BA, tahun depan bakal mengajar bidang syariah dalam Bahasa Arab. Latihan BA selama 5 tahun ini, memabantu aku mengajar syariah dalam bahasa arab. Bagaimana penerimaan pelajar tingkatan 1 tahun depan? Tak mampu aku bayangkan keadaan mereka. Jika tahun ini, ada pelajar tak kenal huruf hijaiyyah masuk ke sekolah ini, apatah lagi tahun depan? Aku harus menghadapi mereka. Terserah kepada pihak yang bertanggungjawab membuat tapisan atau tidak.

Aku bagi sedikit gambaran bagi bakal pelajarku ^^'

'Perbezaan'

'Bidang KBD dari tingkatan 1-5'

'KBD secara terperinci'


'KBD Tingkatan 6'

'Laluan kerjaya'


Ini sahaja gambaran awal yang boleh aku kongsi. Semoga kalian boleh memilih sekolah mana yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...