Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

04 Mei 2015

'Harmony'

Kisah kumpulan wanita yang dipenjarakan.

Kisah ini menyebabkan 'selesema'. Tak sangka dapat cerita kemanusiaan selepas beralih 'chanel' dari tv3 ke tv9. Daripada menonton program lawak tapi tak kelakar lebih baik aku menonton drama korea 'Harmony'

Sedih. Mereka adalah wanita penjara contoh dan mempunyai akhlak yang baik. Mereka membunuh bersebab. Suami curang. Tersilap bunuh. Nak ugut tapi tersalah patahkan leher. Bunuh bapa tiri yang mendera dirinya.

Mereka, aku anggap sebagai orang yang tidak dapat mengawal kemarahan. Terlampau berdendam. Tersilap langkah hingga dihukum mati mandatori. Mereka ditangguhkan hukuman selama 10 tahun.

Dalam tempoh 10 tahun ini, mereka tubuhkan kumpulan koir. Itulah kisah mereka bermula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...