30 April 2015

Urus Stress

Stress. Perkara biasa kepada manusia. Stress penyebab kejayaan. Stress juga penyebab kejatuhan. Stress luar kawalan paling bahaya sehingga hilang nyawa. Yang pasti stress perlu dikawal dan diurus dengan sebaik-baiknya.

Apabila melihat pelajar tingkatan 2 ini, aku teringat sesuatu. Tangisan. Lontaran. Amukan. Semua bersatu dalam jiwa insan ini. Aku tidak dapat membaca pemikiran anak ini. Adakah dia seorang yang murung? Adakah dia seorang anti sosial?

Dalam suatu kelas. Aku minta dia ke depan. Dia mengadap papan putih. Aku panggil namanya. Dia menjeling. Aku minta dia mengadap kawan sekelas. Dia pusing. Mengadap rakan-rakannya. Muka menunduk ke bawah. Tiba-tiba dia menangis. Aku sedikit terkejut. Menangis???! Dia seorang lelaki. Bukan perempuan. Aku tidak pukul. Cuma minta dia buat ayat. Haru betul. Perkara inilah yang aku cuba elakkan selama ini.

Pernah suatu hari, aku melihat rakan sekelasnya berdarah pada bahu. Ada kesan darah pada baju putih. Dia yang lukakan kawan dengan pembaris! Aku terfikir,  apa masalah pelajar ini. Alasan yang dibuat adalah kerana diejek. Luar biasa sensitif.

Hari ini, sekali lagi aku menyaksikan si dia. Menangis di hadapan kelas. Dalam program berkaitan stress. Doktor minta lukis lukisan hati. Apa yang paling diingati sekarang.Apa yang dilukis? Orang yang pegang bendera atas bukit. Katanya,  teringat pejuang kemerdekaan. Lucu dan tidak logik. Ini hanya andaianku. Menipu memang bukan kepakarannya. Hairan dengan penjelasan dalam gambar itu. Ada sesuatu yang disembunyikan. Ada rahsia disebalik lukisan itu. Alasan tidak munasabah. Terpulang kepada diri sendiri.

Aku minta maaf jika entri kali ini menganggu pembaca sekalian. Coretan hatiku berhenti setakat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...