16 April 2016

Surah An-Nur

Pengisian untuk program Mentor mentee di sekolah.

Kelebihan surah An-Nur:

1. Adab dan akhlak - permulaan pendidikan selepas aqidah @ tauhid.

Ilmu tanpa akhlak hancur.

2. Hukum hudud bagi pesalah zina.

Muhsan(lelaki/perempuan) yang telah berumah tangga. Dengan kata lain telah berkahwin. Hukumannya rejam dengan batu hingga mati

Ghairu muhsan(lelaki/ perempuan) yang bujang atau belum berkahwin. Hukumannya100 kali sebatan. Ada syarat sebatan. Detail cari dalam bab fiqh jenayah.

3. Cadangan cegah jenayah zina.

Minta izin penghuni rumah sebelum masuk. Beri salam dan tidak berada dihadapan pintu rumah untuk elak terpandang aurat penghuni rumah.

Larangan perempuan menunjukkan perhiasan selain mahram. Dalil kepada tutup aurat.

Galakan kahwin bagi yang masih bujang.

4. Adab meminta izin dalam kalangan keluarga sendiri seperti meminta izin masuk bilik pada 3 waktu. Sebelum solat subuh, waktu tengah hari dan selepas isya'. Ini kerana3 waktu ini,  biasanya aurat-aurat biasanya terdedah.

SUMBER: Tafsir Fi zilalil Quran lrh Sayid Qutb. Terjemahan oleh Dato' Yusoff Zaky Hj. Yaacob.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Haji Pertama Mak Ayah

Assalamualaikum. Sebenarnya aku terjumpa diari aku. Diari lama 2003. Lama kan. Sebab sekarang tahun 2025.  "Hari ini mak buat kenduri k...