21 November 2016

Pelabuhan.

Aku masih dalam dilema. Esok, nak ponteng atau pulang ke rumah. Lantikan tetap lantikan. Aku perlukan maklumat. Aku dahagakan maklumat itu.

Letih memang letih. Aku nak habiskan tugasan aku disini. Biar aku faham habis. Tidak tertanya-tanya lagi.

Peruntukan 3 hari 2 malam perlu dihabiskan di sini. Aku rasa tak puas hati. Biar aku dengar dari mulut mereka bukan dari orang lain.

Aku nak cuba datang lagi setelah drive ke klia dan berpatah balik ke tempat itu.

Aku dah mulakan dan aku perlu habiskan walaupun tahun depan orang lain yang perlu bagi taklimat itu.

Peluang ini tidak selalu hadir. Jadi gunakan peluang ini. Bukan aku tak pernah drive jauh. Lebih 500km juga aku pernah pandu seorang. Apatah lagi perjalanan tak sampai 100km sehala ini.

Moga Allah terus pelihara diriku ini.

**********
Malam itu,  aku sampai pukul 12 malam. Keesokan hari, bangun 4.30 pagi untuk pergi ke klia. Mengantuk sangat. Singgah di Masjid klia dan terus pulang ke rumah.

Badan keletihan dan memaksa aku berehat di rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...