05 Februari 2017

Cabaran tahun ke-8

Setiap tahun. Setiap masa. Setiap kerja. Semua aktiviti kita ada cabaran. Hanya cara kita menentukan penyelesaian bagaimana menghadapi cabaran itu.

Aktiviti atau program terdahulu ada yang berulang. Ada yang baharu. Yang paling penting,  program yang dilaksanakan, ada kesan dalam jiwa peserta.

Ketua dahulu dan ketua sekarang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hanya yang baik, terus diikuti. Yang buruk dan negatif, perlu dilontarkan jauh. Umur juga semakin meningkat.

2017 menyaksikan satu fenomena yang berlainan. Ikut 'flow'. Selesaikan hutang semampu yang boleh walaupun ekonomi negara tidak stabil. Hal ini dapat disaksikan dengan kenaikan harga minyak petrol. Kesan yang ketara adalah pada harga barang. Siapa mampu kawal?

Kawal perbelanjaan. Ini lah yang terbaik.

Sejak tahun 2010, aku mula kerja sebagai guru. Sejak itu,  aku sentiasa pegang matapelajaran 'killer' dalam PMR dan PT3.

Tahun 2016, menyaksikan peningkatan mendadak hasil usaha pelajar tahun lepas.  Tahniah!

Terlalu banyak kekurangan tumpuanku kepada mereka. Ada guru bertukar dan tidak diganti. Ada guru bersalin. Ada guru nak pencen. Semua pada tahun lepas. Hampir serentak. Tanggungjawab dan kerjaku berganda.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah sentiasa membantu diri ini untuk terus bangun dan terus berusaha. Aku sentiasa doa supaya aku sabar dan tabah hadapi cabaran yang mendatang.

Doakan supaya program kepimpinan kali ini dapat dilaksanakan. Program ini juga pernah dilaksanakan pada tahun 2012. Satu-satunya program yang sangat beri kesan terhadap diriku dan juga pelajar-pelajar pada tahun itu. Terkejut. Hampir semua guru dan pelajar menangis.

Moga semua perancanga tahun ni berjalan lancar. Aminn

2 ulasan:

  1. As salam..macamana nak contact ustaz ya? Akak nak tanya beberapa perkara. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Maaf puan. Saya hanya insan biasa dan perkongsian pengalaman hanya dalam blog sahaja. Boleh bagi soalan di sini. Jika saya ada jawapan, saya akan jawab. Insya Allah.Harap maklum

    BalasPadam

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...