Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

24 Mac 2017

Doktor Jack

Kisah Dr Black Jack. Asal usul gelaran bagi Dr Jack Naim.

Komik mempengaruhi kehidupan seseorang termasuk diriku sendiri. Kisah yang komplek. Kisah yang ada unsur cabaran,  fiksyen dan penyiasatan. Semua jadi santapanku sejak sekolah rendah. Mungkin juga dipengaruhi oleh abang-abang.

Novel yang aku terus ikuti berbentuk thriller karangan RAM. Ramle Awang Murshid.
Berbalik kepada kisah Dr Jack,  aku cukup tertarik dengan kisah yang tidak hipokrit.
Pernah suatu ketika aku bertanya seseorang sebab minat jadi doktor. Antara jawapan glamour 'nak tolong orang susah'. Hakikatnya pasti ada sebab yang tersembunyi.

Walaupun aku tidak berada dalam bidang kedoktoran tetapi aku sangat minat mengikuti drama dan ceritera berkaitan doktor,  pembedahan dan cara kerja mereka. Bukan semua aku faham. Yang pasti mereka sangat teliti. Satu kesilapan menyebabkan hilang nyawa.

Aku juga di'cop' skema. Mungkin terlalu teliti. Mungkin juga tidak. Pejamkan mata, tutuplah telinga. Pasti tiada apa yang berbeza. Ikutlah kata hati selagi tidak melanggar syariat.

Image may contain: one or more people

Buku inspirasi dari komik. Sekarang dah jadi doktor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...