23 Julai 2017

Belajar dari Pelajar.

Sebagai seorang guru, aku dianggap gagal. Gagal mendidik pelajar. Gagal kerana aku masih belajar mencari titik penyelesaian. Aku cuba melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kebanyakan banyak berfokuskan guru. Aku masih tidak faham bagaimana menggunakan pembelajaran abad 21 yang diwar-warkan didalam kelas. Secara teori, aku boleh nampak hasilnya yang sangat bagus. Apabila masuk ke kelas dan cuba nak gunakan kaedah ini, aku gagal. Gagal.Aku belum faham.

Buku 'Guru Bukan Ultraman'. Setelah aku baca isi kandungan buku ini, aku terbaca tentang pembelajaran 'Talk N Chalk' yang dilaksanakan di China. Siapa sangka kaedah konvensional ini meletakkan China berada dalam kelompok negara teratas dalam Ujian PISA.

Apakah Ujian PISA dan TIMSS? rujuk SINI

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat. 

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). 


Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik. 

Image result for kedudukan china dalam ujian pisa


Image result for kedudukan china dalam ujian pisa


Image result for kedudukan china dalam ujian pisa


Image result for kedudukan china dalam ujian pisa

Image result for kedudukan china dalam ujian pisa



Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa

Image result for peperiksaan Team pisa
Gambar di atas adalah sumber dari pak google. Aku tak layak untuk memberi ulasan terhadap Ujian TIMSS dan PISA ini. Aku hanya kumpulkan maklumat ini dahulu sebelum aku dapat maklumat lebih lanjut lagi terutama cara pendidikan di Finland. Boleh rujuk di laman web saifulislam.com. Beliau orang yang layak bercerita tentang pendidikan di Finland. Sedang belajar Sarjana di Finland berkaitan pendidikan. Empat orang anak beliau juga masuk belajar di sekolah di Finland.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...